omniture

Jaminan MRI unik Global: Keselamatan MRI Tertinggi terhadap implan pendengaran daripada MED-EL

MED-EL Elektromedizinische Geräte GmbH
2021-02-02 15:00 29

Pengimejan resonans magnetik (MRI) yang selamat dan terjamin terhadap implan koklear, telinga tengah atau konduksi tulang MED-EL – kini dengan jaminan seumur hidup. Untuk akses segera kepada pemeriksaan MRI tanpa pembedahan, ketidakselesaan atau kerosakan pendengaran.

INNSBRUCK, Austria, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Reka bentuk inovatif magnet implan daripada MED-EL adalah benar-benar selamat ketika menjalani pemeriksaan MRI. Sehingga kini, peneraju inovasi global dalam penyelesaian pendengaran tersebut menekankan keselamatan ini dengan jaminan MRI yang tiada tandingan. Melalui jaminan tersebut, MED-EL merupakan satu-satunya pengeluar yang menerima liabiliti terhadap kerosakan kesemua implan koklear yang telah dihasilkan sejak tahun 1994, implan konduksi tulang dan implan telinga tengah generasi semasa ketika menjalani pemeriksaan MRI. Pengguna implan MED-EL ini bukan sahaja dapat menjalani pemeriksaan MRI pada bila-bila masa tanpa memerlukan pembedahan membuang magnet* dan tanpa rasa sakit – mereka juga dapat menjalani pemeriksaan tersebut dengan selamat dan tanpa sebarang kebimbangan. 

 

easyMRI MED-EL hearing implants MRI safety
easyMRI MED-EL hearing implants MRI safety

 

Tiga daripada empat orang akan memerlukan imbasan MRI dalam tempoh sepuluh tahun akan datang**. Sama ada rutin atau dalam keadaan kecemasan: pesakit yang mempunyai kehilangan pendengaran yang teruk mungkin menghadapi cabaran jika magnet dalam implan pendengaran mereka tidak selamat semasa berada di dalam mesin MRI. Keadaan ini akan memerlukan pembedahan membuang magnet terlebih dahulu. Keupayaan pendengaran hilang buat sementara waktu dan kerosakan jangka panjang pada implan boleh berlaku. Sekiranya pesakit menolak pembedahan, mereka mungkin mengalami kesakitan yang teruk semasa pemeriksaan serta dislokasi magnet mungkin berlaku.

Keselamatan MRI tertinggi dengan MED-EL 

Tidak semua implan mempunyai risiko ini. Sebagai pengeluar utama kepada penyelesaian pendengaran boleh implan, MED-EL mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun dalam menghasilkan implan yang menawarkan keselamatan MRI yang luar biasa. Untuk menekankan keperluan ini, MED-EL menawarkan Jaminan MRI yang unik yang bermaksud tiada kerosakan pada peranti semasa pemeriksaan MRI dijalankan. Ini menjadikan MED-EL sebagai satu-satunya pengeluar yang memberi jaminan MRI seumur hidup yang komprehensif kepada penggunanya di seluruh dunia. 

"Jaminan MRI memastikan keselamatan, keselesaan dan ketenangan minda yang lebih semasa pemeriksaan MRI dijalankan," kata Alexander Hofer, Pengarah Korporat Pengurusan Produk MED-EL. "Kami menjaga pengguna kami seumur hidup dan mereka berpeluang untuk memanfaatkan segala yang ditawarkan oleh perubatan moden. Ini amat penting apabila mendiagnosis penyakit serius seperti kanser, tumor, sklerosis berbilang atau penyakit Parkinson," Alexander Hofer menegaskan.

Keupayaan untuk menjalani pengimejan resonans magnetik dengan segera juga boleh menjadi sangat penting dalam keadaan kecemasan seperti kemalangan. Faedah selanjutnya: pesakit yang mempunyai kehilangan pendengaran yang teruk akan menjalani pemeriksaan MRI tanpa kemampuan mendengar hanya ketika pemeriksaan tersebut dijalankan sahaja.

Teknologi inovatif yang tidak menyebabkan komplikasi

Teknologi yang selamat dan boleh dipercayai daripada MED-EL memastikan bahawa magnet yang ada semasa pengimejan resonans magnetik tidak rosak, dislokasi atau menyebabkan kesakitan. Hanya komponen luaran seperti pemproses audio yang mesti ditanggalkan sebelum pemeriksaan MRI.

"MED-EL telah membangunkan sistem implan koklear yang sangat inovatif dan dipatenkan dengan implan magnet berserta pemasangan yang canggih di dalam implan. Ini menghindarkan, sebagai contoh, dislokasi magnet semasa imbasan MRI yang boleh jadi sangat menyakitkan bagi pesakit," kata Martin Zimmerling, Ketua Pembangunan Implan MED-EL. "Dengan implan koklear SYNCHRONY, magnet boleh berputar dan diselaraskan dengan bebas mengikut medan magnet imbasan MRI. Dengan reka bentuk implan yang telah diubah suai, daya yang tidak diingini semasa imbasan MRI dan kesakitan yang berkaitan terhadap pesakit dapat dielakkan," jelas Martin Zimmerling. "Kami berbangga kerana bukan sahaja generasi terkini implan koklear kami serasi dengan mesin MRI tetapi juga bagi kesemua implan koklea yang dilakukan sejak tahun 1994 serta implan konduksi tulang dan implan telinga tengah terkini daripada MED-EL."

Kepentingan pengimejan resonans magnetik yang semakin meningkat menunjukkan betapa pentingnya menyediakan proses pengimejan yang lembut dan mempunyai resolusi tinggi ini kepada pesakit yang mengalami kehilangan pendengaran yang teruk. MED-EL memikul tanggungjawab ini dan memberi keselamatan serta keselesaan tambahan kepada semua pengguna dengan Jaminan MRI.

*Bagi mengelakkan masalah pengimejan di kawasan berhampiran dengan implan, adalah dinasihatkan untuk mengeluarkan magnet tersebut.
**Sumber: OECD. Magnetic resonance imaging exams 2016–2019.

Tentang MED-EL:

MED-EL Medical Electronics, syarikat peneraju dalam penyelesaian pendengaran boleh implan, didorong oleh misi untuk mengatasi kehilangan pendengaran sebagai penghalang kepada komunikasi. Perniagaan milik swasta yang berpangkalan di Austria ini telah diasaskan bersama oleh perintis industri iaitu Ingeborg dan Erwin Hochmair yang penyelidikan cemerlangnya membawa kepada pembangunan implan koklear (CI) multi-saluran mikroelektronik yang pertama di dunia dan implan tersebut telah berjaya dilakukan pada tahun 1977 serta menjadi asas kepada CI moden pada masa kini. Ini merupakan permulaan kepada pertumbuhan syarikat ini pada tahun 1990 apabila mereka mengambil pekerja pertama mereka. Sehingga kini, MED-EL telah berkembang dengan mempunyai lebih 2,200 orang pekerja dari sekitar 75 buah negara dan mempunyai 30 buah lokasi di seluruh dunia. Syarikat ini menawarkan pelbagai penyelesaian implan dan bukan implan untuk merawat kesemua jenis kehilangan pendengaran serta membolehkan pesakit di 124 buah negara menikmati anugerah pendengaran dengan bantuan peranti MED-EL. Penyelesaian pendengaran MED-EL merangkumi sistem implan koklear dan telinga tengah, sistem implan Stimulasi Akustik Elektrik yang digabungkan, implan batang otak auditori serta peranti konduksi tulang pembedahan dan bukan pembedahan.

MED-EL Elektromedizinische Geräte Gesellschaft m.b.H.
Fürstenweg 77a
6020 Innsbruck, Austria
CEO Doz. DI Dr DDr med. h.c. Ingeborg Hochmair

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1429565/med_el_easymri.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1429566/MED_EL_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1429564/easyMRI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

 

 

Source: MED-EL Elektromedizinische Geräte GmbH
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services