omniture

Pengguna AppGallery Antara yang Pertama Dapat Bermain Save Eddy Smile Di Seluruh Dunia

AppGallery
2021-02-02 15:56 337

SHENZHEN, China, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pengguna AppGallery merupakan antara pemain Android pertama dapat bermain Save Eddy Smile yang amat dinanti-nantikan daripada Fineallday Games apabila permainan teka teki taktikal unik ini dilancarkan di seluruh dunia pada 29 Januari 2021.

AppGallery Save Eddy Smile
AppGallery Save Eddy Smile

Pemain perlu menavigasi melalui lebih 120 cabaran yang padat dengan aksi, membebaskan Eddy dan rakan-rakannya daripada Rory yang nakal dan membuka kunci serangan berbeza untuk melakukannya. Strategi dan perancangan merupakan satu kemestian – dengan lapan jenis bom disediakan untuk meletupkan aras dan memusnahkan blok yang meninggi dalam dunia terowong yang bersimpang siur.

Menyelesaikan teka teki membolehkan pemain untuk mendaki ke kedudukan lebih tinggi, menyerang Rory dengan setiap peringkat disempurnakan dan memperbaiki tork, kelajuan, kemagnetan serta statistik magnet cas. Dengan lebih 60 magnet untuk digunakan dan peringkat tersembunyi yang misteri untuk ditemui, pemain boleh menjangkakan corak permainan menyeronokkan selama berjam-jam lamanya.

"Fineallday Games gembira untuk bekerjasama dengan AppGallery dan menawarkan pemain Huawei dengan akses kepada permainan Save Eddy Smile kami yang amat dinanti-nantikan," kata Dominick Lareau. "Matlamat kami adalah untuk mencipta permainan yang bukan sahaja menarik dari segi visual tetapi juga inovatif dan asli. Kami turut berkongsi keterujaan serta keghairahan pemain Huawei dan merancang untuk menghasilkan lebih banyak permainan menyeronokkan yang disediakan melalui AppGallery pada masa akan datang."

Permainan ini mengundang pemain dari serata dunia untuk meraih manfaat daripada permainan yang memberi rangsangan, mencabar individu untuk mendaki ke kedudukan lebih tinggi, menewaskan Rory dan mencari peringkat tersembunyi yang misteri. Permainan ini dilancarkan di AppGallery dengan 12 bahasa berbeza secara global[1] dan akan disediakan kepada pemain untuk dimuat turun mulai 29 Januari 2021.

Huawei Tawar Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi

Perkongsian Huawei menjadi sempurna buat Fineallday. Pasukan ini memberi sokongan operasi yang padu untuk pelancaran Save Eddy Smile, yang diintegrasikan dengan HMS Core inovatif daripada Huawei.

"Pasukan Huawei menawarkan sokongan teknikal yang berkualiti tinggi semasa proses integrasi," kata Dominick Lareau. "Komunikasi adalah sangat baik dan mereka memberi bimbingan dan maklum balas jelas yang dapat membantu kami menangani sebarang isu teknikal dengan pantas."

Save Eddy Smile akan tersedia untuk dimuat turun secara percuma melalui AppGallery dari 29 Januari 2021.

Latar Belakang AppGallery - Salah Satu Daripada 3 Pasaran Aplikasi Utama di Seluruh Dunia

Dilancarkan di lebih 170 negara dan wilayah, AppGallery komited untuk memenuhi keperluan 500 juta pengguna aktifnya yang pelbagai namun berfokus. Pasaran aplikasi ini aktif mencari peluang perkongsian dengan pembangun global dan tempatan untuk mengundang mereka menyertai platform ini. Ini membolehkan AppGallery kekal menjadi platform pengedaran aplikasi terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh semua orang.

AppGallery turut menyediakan sokongan operasi yang lengkap untuk pembangun di seluruh dunia dan beberapa inisiatif bertumpu pembangun, bagi memperkasa pembangun untuk berinovasi selanjutnya dalam pembangunan aplikasi.

Latar Belakang Fineallday Games

Fineallday Games ialah sebuah studio bebas yang berpangkalan di Québec, Kanada, dengan matlamat untuk mencipta permainan dan kandungan asli, menyeronokkan serta artistik. Ditubuhkan oleh Dominick Lareau, dengan bantuan rakan kongsi beliau Samuel Archambault, sejak itu Fineallday menerbitkan beberapa permainan membuahkan hasil yang memberi tumpuan untuk mencipta keseronokan dan rangsangan buat pemainnya.

https://www.fineallday.com/games

[1] Save Eddy Smiles akan disediakan dalam 12 bahasa semasa dilancarkan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Portugis, Bahasa Rusia, Bahasa Hindi, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Jerman dan Bahasa Arab.

Source: AppGallery
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services