omniture

Era Baharu Keamanan: Syarikat Israel Biogal, Menjalinkan Perkongsian dengan Eurovets, UAE untuk Pengedaran Produk Veterinar Biogal

Biogal - Galed Laboratories
2021-02-02 17:00 54

GALED, Israel, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Biogal - Galed Laboratories hari ini berbesar hati mengumumkan yang ia telah menjalinkan perkongsian strategik bersejarah dengan Eurovets Veterinary Suppliers berikutan perjanjian damai baru-baru ini antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu. Kedua-dua syarikat peneraju global dalam bidang penyelesaian veterinar dan diagnostik ini akan menggabungkan sumber dan kepakaran kolektif mereka untuk meningkatkan kebajikan haiwan.

Biogal and Eurovets are entering into a strategic partnership, following the recent peace treaty between Israel and the UAE. The two global leaders in the field of veterinary diagnostics will combine their collective resources and expertise to improve animal welfare.
Biogal and Eurovets are entering into a strategic partnership, following the recent peace treaty between Israel and the UAE. The two global leaders in the field of veterinary diagnostics will combine their collective resources and expertise to improve animal welfare.

Pada bulan Ogos 2020, dua perjanjian normalisasi telah ditandatangani antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu serta Bahrain. Dikenali secara rasmi sebagai Abraham Accords Peace Agreement: Treaty of Peace, Diplomatic Relations and Full Normalization Between the United Arab Emirates and the State of Israel, perjanjian ini berhasrat untuk mewujudkan hubungan normal dan mesra antara negara-negara tersebut. Biogal ialah salah satu syarikat Israel pertama dalam era perdamaian baharu ini yang menjalin hubungan komersial dengan UAE melalui perkongsian dengan Eurovets yang akan memperkenalkan penyelesaian diagnostik veterinar Biogal kepada pasaran baharu di UAE, Bahrain, Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Qatar.

"Kami sangat teruja mengumumkan bahawa Eurovets telah menyertai ekosistem Biogal dan berbangga menjadi sebahagian daripada syarikat Israel yang pertama membentuk sebuah pakatan seumpamanya berikutan perjanjian damai antara Israel - UAE ," kata Marcela Raisman, Ketua Pegawai Eksekutif Biogal. "Bersama-sama Eurovets, kami menzahirkan sokongan terhadap perjanjian baharu dengan negara-negara ini dan berharap ia memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk melakukan perkara yang sama. Melalui kerjasama ini, kami percaya kami akan mewujudkan nilai lestari kepada doktor-doktor haiwan di seluruh dunia serta pesakit mereka."

"Melalui penyatuan peneraju industri untuk penyelesaian veterinar dan diagnostik dengan penyelesaian bekalan dan sokongan veterinar terkemuka dalam industri kesihatan haiwan UAE, kami menawarkan nilai tambahan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan sudah tentunya untuk pesakit itu sendiri," kata Dr. Martin Wyness, pemegang saham Eurovets. "Kami tidak sabar untuk memulakan kerjasama ini."

Tentang Biogal: 

Biogal - Galed Laboratories ialah peneraju penyelesaian diagnostik veterinar global yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan diagnostik veterinar untuk haiwan peliharaan dan ternakan sejak tahun 1986.

Tentang Eurovets: 

Eurovets diasaskan oleh dua orang doktor haiwan terlatih dari Barat, Dr. Martin Wyness dan Dr. Jonathan Hale. Matlamat mereka ialah untuk memperbaiki serta menutup jurang permintaan dan bekalan yang menjadi isu dalam kalangan para doktor haiwan. Selama bertahun-tahun mereka telah berkembang menjadi salah satu pembekal veterinar paling dipercayai di UAE.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1424334/biogal_and_eurovets_making_history.jpg?p=medium600

Hubungan Media 

Untuk Biogal:

Yotam Copelovitz 

yotam@biogal.com

+972 (0)4 9898605

Untuk Eurovets:

Ritika Bhagat 

ritika@eurovetsworld.com

Source: Biogal - Galed Laboratories
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Animal Welfare Animals/Pets Joint ventures