omniture

Piano Software Memperluas Jejak Global di Asia-Pasifik dengan Kepimpinan Baharu yang Beribu Pejabat di Singapura

Piano Software Inc
2021-02-03 18:07 2160

SINGAPURA, 3 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Piano, sebuah platform langganan perdagangan dan pengalaman pelanggan terkemuka, hari ini mengumumkan peluasan jejak globalnya yang lebih besar di Asia-Pasifik, dengan ibu pejabat baharu dan pasukan utama di Singapura yang memberi tumpuan terhadap perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada serta mengembangkan perniagaan Piano di seluruh rantau ini. Rantau ini akan diketuai oleh Tim Rowell, bekas Pengurus Besar pejabat Piano UK yang merangkumi fungsi jualan, pemasaran, perundingan teknikal, perkhidmatan strategik dan sokongan teknikal, dengan tambahan pakar pasaran serta pakar serantau di Australia dan Thailand.

Dengan pelanggan seperti South China Morning Post, The Star, Thai Rath, MIMO Tech Co., Ltd dan Australia Community Media yang menjadi sebahagian daripada tugasan serantaunya, kedudukan Piano telah sedia kukuh dalam pasaran yang bergerak pantas ke arah model penerbit berasaskan langganan. Menurut tinjauan Citi ke atas 580 orang eksekutif perniagaan kanan di APAC, 46% daripada mereka meramalkan bahawa model langganan akan tersebar luas dalam industri mereka menjelang tahun 2021, meningkat daripada 12% pada tahun 2018 dan 75% mempercayai bahawa peralihan kepada model perniagaan berasaskan langganan akan menjadi keutamaan di peringkat pengurusan tertinggi.

"Berkembang dengan luas di Singapura memberi kuasa kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami yang berpangkalan di APAC dan menonjolkan platform kami serta perkhidmatan perundingan yang serba lengkap kepada pasaran yang sedang berkembang pesat," kata Rowell. "Semua bukti ini menunjukkan bahawa syarikat media di seluruh rantau ini memperakui bahawa model langganan serta strategi data pihak pertama akan menjana penglibatan khalayak dan tidak ada yang lebih baik dari kami untuk membantu mereka."

Dalam tempoh empat tahun yang singkat, Piano telah menunjukkan keuntungan yang terus meningkat dalam pasaran sedia ada dengan nilai $77 bilion, dengan lebih 350 pelanggan di enam benua di seluruh dunia. Peluasan di APAC adalah kesinambungan pertumbuhan yang pesat oleh Piano, khususnya sejak 18 bulan yang lalu apabila syarikat tersebut mengembangkan perniagaan globalnya melebihi 300%. Di samping itu, pelantikan kepimpinan baru-baru ini seperti pelantikan Ketua Pegawai Pertumbuhan, Joanna Catalano, merupakan seorang bekas Eksekutif Dentsu Aegis dan Google yang mempunyai pengalaman membangunkan perniagaan baharu di pasaran Asia Pasifik, akan memacu pertumbuhan pendapatan syarikat lebih jauh melalui perkongsian strategik dan jangkauan pasaran global.

Platform serba lengkap Piano ini memanfaatkan data, kecerdasan buatan dan ciri-ciri perdagangan untuk membantu penerbit global, nasional dan tempatan mencapai pertumbuhan pendapatan serta memperkasakan pasukan untuk melancarkan pengalaman khalayak yang berkaitan. Sepanjang tahun lepas, Piano telah menerima pengiktirafan pasaran yang signifikan sebagai sebuah syarikat teknologi canggih yang sedang berkembang pesat. Piano termasuk dalam Perintis Teknologi Forum Ekonomi Dunia dan Deloitte's Technology Fast 500™ dan telah memenangi anugerah Product of the Year daripada Business Intelligence Group yang merupakan sebahagian daripada pencapaiannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari piano.io.

Tentang Piano
Piano membolehkan syarikat dan jenama media terbesar di dunia mempercepat langganan, pengiklanan, analitik dan inisiatif peribadi mereka untuk mengukur, menarik minat dan menjana pendapatan melalui pengalaman kandungan. Piano bekerjasama dengan organisasi global terkemuka seperti CNBC, Wall Street Journal, NBC Sports, Business Insider, Economist, Gannett, Le Parisien, TechCrunch, Prometheus, MIT, The Telegraph dan lebih 300 pelanggan lain. Pada tahun 2020, Piano diiktiraf sebagai salah satu syarikat teknologi inovatif yang berkembang pesat di dunia oleh Red Herring, Forum Ekonomi Dunia dan Deloitte serta menerima anugerah 'Product of the Year' daripada Business Intelligence Group.

Perhubungan Media Piano
Lauren Fritsky
001 1 215 528 8050
lauren.fritsky@piano.io

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/691003/Piano_Logo.jpg

 

Source: Piano Software Inc
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Publishing/Information Service Corporate Expansion Data Analytics