omniture

Projek Fusion Berfungsi Mempercepat Pengurusan Data untuk Kenderaan Terhubung dan Autonomi

Airbiquity
2021-02-04 02:35 3

Airbiquity, Cloudera, NXP, Teraki dan Wind River Bergabung untuk Mencipta Platform Kitaran Hayat Data Lengkap untuk Pembuat Automotif

SEATTLE, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, Cloudera, NXP® Semiconductors, Teraki™ dan Wind River® hari ini mengumumkan Projek Fusion, kerjasama industri automotif untuk mentakrifkan platform kitaran hayat data yang banyak bagi memajukan kenderaan pintar yang terhubung. Penyelesaian perkakasan dan perisian pra-integrasi menggabungkan teknologi inovatif daripada syarikat terkemuka untuk pembuat kenderaan mengumpul, menganalisis dan mengurus data kenderaan yang disambungkan secara efektif untuk pengembangan, penggunaan dan evolusi ciri yang berterusan.


Oleh kerana teknologi kenderaan terhubung terus maju, jumlah data yang tersedia adalah semakin meningkat. Data ini boleh digunakan untuk memberi kuasa kepada ciri-ciri berpusatkan data baharu bagi pengguna dan peluang menjana hasil kepada pembuat automotif. Pengurusan data yang berselerak di seluruh kitaran hayat pembelajaran mesin, ketidaktepatan yang disebabkan oleh model pembelajaran mesin statik, kemampuan terhad dalam pengkomputeran pintar dan kuasa pengkomputeran dalam kenderaan yang tidak mencukupi telah memberi cabaran unik kepada pembuat automatif untuk mengumpul, menganalisis dan mengurus data kenderaan secara efektif.

Projek Fusion menangani cabaran ini dengan mengintegrasikan teknologi daripada lima penyedia industri ke dalam penyelesaian yang dapat dinilai dan diperkenalkan dengan mudah oleh pembuat automotif ke dalam reka bentuk kenderaan dan kitaran pengeluaran kenderaan terhubung dan kenderaan autonomi generasi akan datang.

Aplikasi pertama untuk Projek Fusion ialah menentukan penyelesaian dalam pengesanan perubahan lorong kenderaan pintar dengan menggunakan teknologi sinergi daripada setiap syarikat:

  • Airbiquity – Pengurusan Perisian Melalui Udara (OTA)
  • Cloudera – Penyelesaian Kitaran Hayat Data daripada Data Pinggir (Edge) kepada Kecerdasan Buatan (AI)
  • NXP – Platform Pemprosesan Kenderaan
  • Teraki – Kecerdasan Buatan (AI) Data Pinggir
  • Wind River – Perisian Platform Sistem Pintar

Penyelesaian tersebut mewujudkan platform kitaran hayat data yang berkebolehan dan cekap daripada pengambilan data melalui kemas kini model pembelajaran mesin OTA tanpa kehilangan ketepatan data sambil memaksimumkan ketepatan keputusan sistem.

"Pembuat automotif sentiasa dicabar dengan menerapkan teknologi yang kompleks seperti yang diperlukan untuk fasa seterusnya ADAS canggih dan ciri kenderaan autonomi," kata Phil Magney, Pengasas dan Presiden VSI Labs juga mantan Pengasas Bersama Telematics Research Group. "Terdapat banyak aspek untuk ditumpukan oleh teknologi pengurusan data generasi berikutnya dengan terus meningkatkan dan menerapkan model pembelajaran mesin AI, supaya pembuat automotif memerlukan penyelesaian kenderaan ke awan seperti yang dicipta melalui Projek Fusion yang memanfaatkan teknologi utama daripada seluruh ekosistem automotif."

Penyelesaian pra-bersepadu boleh didapati untuk demonstrasi dan penilaian dengan pelanggan perspektif. Untuk maklumat lanjut tentang Projek Fusion dan penyelesaian pengesanan perubahan lorong kenderaan pintar awal, sila layari Projek Fusion di sini.

Tentang Airbiquity
Airbiquity® ialah pelopor dalam teknologi perisian telematik automotif dan penyampaian perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan. Sentiasa berada di barisan hadapan inovasi automotif, Airbiquity membangunkan konsep, menyelenggara dan menggunakan penyelesaian kenderaan terhubung yang paling maju dalam industri. Bekerja dengan Airbiquity, pembuat automotif dan pembekal automotif telah mewujudkan program kenderaan terhubung yang sangat berskala, terkawal dan selamat yang memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Penawaran terbaru Airbiquity ialah OTAmatic® untuk perisian dan pengurusan data berbilang ECU melalui udara (OTA) yang menampilkan komponen perisian berasaskan kenderaan dan awan serta kerangka keselamatan Uptane untuk perlindungan keselamatan siber yang komprehensif. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic di www.airbiquity.com atau sertai perbincangan di @Airbiquity.

Tentang Cloudera
Di Cloudera, kami percaya bahawa data boleh menjadikan apa yang mustahil pada masa kini menjadi kenyataan pada masa hadapan. Kami memperkasakan orang ramai untuk mengubah data yang kompleks menjadi maklumat yang jelas dan dapat dilaksanakan. Cloudera menyampaikan awan data perusahaan untuk sebarang data, di mana-mana sahaja, daripada Pinggir (Edge) kepada Kecerdasan Buatan (AI). Dikuasakan oleh inovasi berterusan daripada komuniti sumber terbuka, Cloudera memajukan transformasi digital untuk perusahaan terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di www.cloudera.com.

Tentang NXP Semiconductors
NXP®Semiconductors N.V. membolehkan sambungan selamat untuk dunia yang lebih pintar, memajukan penyelesaian yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih baik dan lebih selamat. Sebagai peneraju dunia dalam penyelesaian kesalinghubungan yang selamat untuk aplikasi tertanam, NXP telah memacu inovasi dalam pasaran infrastruktur automotif, perindustrian & IoT, mudah alih dan komunikasi. Dibina berdasarkan pengalaman dan kepakaran gabungan melebihi 60 tahun, syarikat ini mempunyai kira-kira 29,000 orang pekerja di lebih 30 buah negara dan mencatatkan pendapatan sebanyak $8.88 bilion pada tahun 2019. Ketahui lebih lanjut di www.nxp.com.

NXP dan logo NXP adalah tanda dagangan NXP B.V. Semua produk atau nama perkhidmatan lain adalah hak cipta bagi pemilik masing-masing. Semua Hak Terpelihara. © 2021 NXP B.V.

Tentang Teraki
Teraki™ ialah pembekal utama perisian pemprosesan data pinggir untuk industri Automotif dan IoT. Teknologi Pemprosesan Isyarat Pintar syarikat membolehkan aplikasi mencapai ketepatan tertinggi - menjadikan fungsi dan produk yang mampu mengatasi persaingan. Teraki membolehkan untuk menjalankan model-model ini dengan sangat cekap; pada kependaman terendah pada perkakasan berkuasa rendah – diperlukan untuk siri pengeluaran dengan jumlah yang tinggi. Perisian tertanam mengekstrak 10 kali lebih maklumat tanpa meningkatkan keperluan perkakasan data pinggir. Teraki memproses isyarat awan telematik, video dan 3D menggunakan jejak ultra-rendah. Teknologi ini diperakui untuk aplikasi dengan keselamatan kritikal. Platform Teraki mengautomasikan latihan berterusan untuk memastikan ketepatan tertinggi model AI pelanggan kami semasa kitaran hayat kereta. Produk Teraki digunakan untuk pemacu L2+, sambungan julat, kawalan jauh, penyetempatan (SLAM), penyelenggaraan ramalan dan gabungan sensor. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.teraki.com.

Tentang Wind River
Wind River® merupakan peneraju global dalam menyampaikan perisian bagi data pinggir pintar. Teknologi syarikat tersebut telah menggerakkan peranti paling selamat di dunia sejak tahun 1981 dan terdapat dalam berbilion-bilion produk. Wind River menawarkan portfolio yang komprehensif, yang disokong oleh perkhidmatan profesional global bertaraf dunia dan sokongan serta ekosistem rakan kongsi yang luas. Perisian dan kepakaran Wind River mempercepat transformasi digital sistem pintar kritikal misi yang akan semakin menuntut kemampuan pengiraan dan AI yang lebih tinggi sambil memberikan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan tertinggi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Wind River di www.windriver.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1431637/fusion_companies_slide.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1432002/Fusion_Projects_Circle_Logo.jpg?p=medium600

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Transportation Joint ventures Data Analytics