omniture

Hikvision lancar kamera ITS baharu demi peningkatan keselamatan jalan raya dan aliran lalu lintas

Kamera ITS Serba-Guna baharu direkayasa dengan struktur semua-dalam-satu, membenamkan video, radar dan cahaya tambahan dalam satu modul, membantu pihak berkuasa lalu lintas meningkatkan pengesanan pelanggaran peraturan dengan mudah
Hikvision
2021-02-04 15:00 284

HANGZHOU, China, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya, hari ini mengumumkan penawaran produk lalu lintas terkininya -- kamera ITS Serba-Guna -- direka bentuk untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan mengoptimumkan aliran lalu lintas. Sebagaimana namanya, kamera ini mencakupi kemahiran dan keupayaan berbeza, mempunyai fungsi pengesanan kelajuan, pengesanan pelanggaran peraturan lalu lintas, pengecaman plat automatik dan analisis sifat kenderaan dalam satu perumah. 

Kamera ITS semua-dalam-satu Hikvision untuk pengesanan pelanggaran peraturan lalu lintas
Kamera ITS semua-dalam-satu Hikvision untuk pengesanan pelanggaran peraturan lalu lintas

"Hikvision sentiasa menerobos sempadan teknologi video. Di luar julat visual yang diterima oleh kamera video, keupayaan untuk memahami jenis 'deria' yang lain akan membolehkan pemantauan dan pelaporan peristiwa atau kemalangan yang jauh lebih tepat dapat dibuat," kata Frank Zhang, Presiden Pusat Produk dan Penyelesaian Antarabangsa Hikvision. "Ini merupakan persepsi berbilang dimensi, trend yang kami fikirkan akan mempengaruhi industri keselamatan pada masa akan datang."

Kamera ITS baharu ini direka bentuk dan dibangunkan dengan mengutamakan konsep berbilang dimensi ini. Ia merupakan kamera pertama Hikvision yang mengintegrasikan tiga modul yang sebaliknya terpisah, dalam satu unit tanpa bertolak ansur terhadap prestasi, lantas menjadikan kamera ini dapat digunakan dengan amat baik dan fleksibel untuk persekitaran mencabar, kesemuanya dengan cara yang mudah dan berkesan kos.

Meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengoptimumkan aliran lalu lintas  

Produk ini menyediakan kamera HD, radar kelajuan dan susunan cahaya dalam satu perumah. Ia khususnya dapat berfungsi dengan radar pelbagai penjejakan yang terus memantau sehingga dua atau tiga lorong lalu lintas -- bergantung pada model kamera dan mengenal pasti kelajuan dan kedudukan objek di kawasan yang dipantau pada kelajuan sehingga 300 km/j. Sekiranya kenderaan melanggar had laju, radar terbenam mengaktifkan kamera terhubung dan gambar kenderaan serta plat nombornya diambil.

Sekiranya berlaku pelanggaran peraturan lalu lintas seperti memandu salah haluan, penggunaan lorong yang tidak betul, malah kegagalan untuk memakai tali pinggang keledar, kamera ini akan mengambil gambar kenderaan yang berkenaan, mengecam plat nombornya dan maklumat yang berkaitan termasuk jenis kenderaan, warna, jenama dan arah pergerakan, yang boleh disampaikan kepada pihak berkuasa pada waktu sebenar atau disimpan dalam kamera.

Pengesanan insiden dapat membantu meningkatkan standard pemanduan keseluruhan, yang akhirnya dapat mengurangkan bilangan kemalangan, meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan melancarkan aliran lalu lintas dengan lebih baik lagi.

Dalam kamera

Digunakan dengan algoritma Pembelajaran Mendalam, kamera ini berupaya mengecam lebih banyak bilangan plat nombor dan dengan kecekapan yang lebih tinggi berbanding sistem ANPR konvensional. Sensor GMOS memastikan lagi imej yang lebih cerah dan lebih jelas untuk dihasilkan semula dalam keadaan cahaya yang mencabar, terutamanya dalam persekitaran cahaya rendah.

Cahaya tambahan terbenam pada kamera ini mempunyai susunan cahaya 16-manik, lalu menawarkan julat IR sehingga 40 meter pada waktu malam.

Apabila kesemua fungsi ini disepadukan, produk itu sendiri dapat mengatasi produk ITS konvensional menerusi penjimatan-ruang dan kurang kabel bagi pemasangan yang lebih mudah. Ia menyokong pemasangan pada tiang atau pemasangan sisi yang fleksibel, yang menjadikan konfigurasi di lapangan sangat mudah.

Kamera ITS Serba-Guna Hikvision amat sesuai untuk pelbagai lokasi seperti jalan raya bandar, lebuh raya, terowong dan stesen tol. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman produk di iDS-TCV907-BIR.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri, dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited dengan kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision mendorong rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Transportation New products/services