omniture

China Mobile International Buka Pusat Data Frankfurt

China Mobile International Limited (CMI)
2021-02-04 14:57 151

FRANKFURT, Jerman, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Sebuah pusat data baharu China Mobile International Limited (CMI) kini dibuka di Jerman. Kemudahan Tahap III yang dibina khas ini terletak di Frankfurt, ibu kota kewangan bagi Kesatuan Eropah.

China Mobile International Buka Pusat Data Frankfurt
China Mobile International Buka Pusat Data Frankfurt

Perdagangan antara Asia dan Eropah kekal utuh dengan aliran pelaburan antara wilayah yang signifikan dan kolaborasi yang semakin berkembang dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan bidang-bidang lain. Pusat Data Frankfurt merupakan penambahan penting ke dalam rangkaian global CMI yang semakin berkembang dan berperanan baik sebagai hab Pertukaran Rangkaian Antarabangsa mahupun Pusat Data Internet (IDC).

"CMI menempatkan pusat data kedua kami di Eropah Frankfurt bagi membantu menyediakan sambungan berkelajuan tinggi yang selamat dan andal serta mendayakan hubungan yang lebih erat antara Eropah dan Asia. Akibat COVID-19, lebih ramai pengguna menghabiskan kebanyakan masa dalam talian, dengan peningkatan kebergantungan terhadap alat digital untuk bekerja dan belajar secara jarak jauh serta membeli belah dalam talian. Teknologi kini merupakan bahagian intrinsik hampir dalam semua aspek kehidupan kita, maka lebih banyak data diperlukan untuk diproses dan disimpan. Ini seterusnya menandakan permintaan yang lebih tinggi terhadap penyelesaian penyampaian awan dan kandungan," kata Dr Li Feng, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif CMI. "CMI menyediakan perkhidmatan kedai-sehenti profesional untuk membantu syarikat komunikasi dan pelanggan perusahaan bertindak balas dan memenuhi keperluan pengguna mereka dalam era globalisasi digital baharu."

Kemudahan Frankfurt baharu berhubung lancar dengan pusat data Singapura dan UK CMI, Pusat Rangkaian Globalnya di Hong Kong dan infrastruktur komunikasi mudah alih global serta rangkaian awan yang luas. Pusat data baharu ini akan mengukuhkan sambungan antarabangsa iConnect, satu penyelesaian bersepadu untuk syarikat telekomunikasi dan menyampaikan perkhidmatan perusahaan kepada perniagaan di seluruh dunia melalui iSolutions dan mCloud CMI. Lebih daripada 2,000 perniagaan antarabangsa kini memanfaatkan suit produk iSolutions CMI untuk penyambungan dan penyelesaian pakar yang meliputi IDC, teknologi maklumat dan komunikasi, Internet Pelbagai Benda dan awan, manakala lebih daripada 10,000 pengguna perusahaan bergantung pada platform integrasi rangkaian-awan mCloud CMI.

Jejak global CMI terdiri daripada sistem kabel, titik kehadiran (POP) dan pusat data, serta perjanjian kolaboratif bersama 29 penyedia perkhidmatan pusat data yang meluaskan perkhidmatannya ke lebih daripada 210 bandar di seluruh dunia.

Sebuah pasukan pakar membantu organisasi-organisasi sektor kewangan global membina infrastruktur IT hibrid fleksibel yang memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan industri yang berat tuntutannya dalam awan awam, awan persendirian dan seni bina fizikal. Produk perangkaian awan bersepadu CMI membantu bank, syarikat insurans, firma keselamatan dan syarikat teknologi kewangan mengakses pusat data global yang selamat, laluan kependaman rendah khusus dan sambungan awan. CMI memanfaatkan infrastruktur rangkaian globalnya bagi menawarkan tulang belakang rentas-sempadan khidmat-tersedia melalui mCloud yang mengurangkan masa pendulu penyediaan awan kepada beberapa saat—sebahagian kecil daripada yang diperlukan bagi tujuan penggunaan perkhidmatan penyambungan tradisional. Ia juga memastikan 99.99% ketersediaan untuk sambungan POP-ke-POP dengan penyelesaian Cloud Connect mCloud yang mengintegrasikan dengan lancar wilayah awan yang berbeza di seluruh dunia.

"Dengan jejak ekstensif sistem kabel, pusat data dan lebih daripada 80 POP Cloud Connect, CMI menyediakan akses global dengan lebar jalur yang mencukupi, sambungan fleksibel serta perkhidmatan sehenti yang komprehensif," kata Dr Li Feng. "Menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa, terutamanya perusahaan Cina yang ingin berkembang ke Eropah, kemudahan baharu kami membantu mengesahkan Frankfurt sebagai hab pusat data yang ulung."

Terletak di Mörfelden, Pusat Data Frankfurt CMI direka bentuk dengan dua pendahulu masuk kabel individu dengan dwilaluan kepelbagaian dan kawalan keselamatan sembilan lapisan yang canggih. Kemudahan yang baru dibina ini dibekalkan oleh bekalan dwikuasa daripada dua pencawang kuasa yang berbeza. Sistem kuasa ini disokong oleh Transformer 2N serta Bekalan Kuasa Tidak Terganggu (UPS), yang dilengkapi dengan bateri sandaran 12 minit. Sistem pendinginan pusat data tersebut termasuk penyimpanan air dingin yang disimpan untuk sokongan pendinginan berterusan.

Pusat data baharu ini merupakan pusat data Tahap III yang diperakui oleh Uptime Institute di bawah standard Pensijilan Tahap Dokumen Reka Bentuk (TCDD). CMI berharap dapat mengesahkan pensijilan antarabangsa lain termasuk Standard Keselamatan Data - Industri Kad Pembayaran (PCI-DSS), Tahap 3 Infrastruktur Tapak Dipercayai (TSI) TÜViT, standard Pensijilan Tahap Kemudahan Dibina (TCCF) dan pensijilan ISO yang berkaitan demi keselamatan dan pengurusan kualiti.

Dengan perusahaan yang semakin menginginkan faedah-faedah daripada penyelesaian kedai-sehenti yang komprehensif, CMI komited untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan bernilai tambah yang lengkap termasuk sokongan kolokasi profesional, sambungan silang dan bantuan jarak jauh (remote hands). Bantuan jarak jauh menyediakan juruteknik untuk tugas-tugas penyelenggaraan dan pengurusan IT bagi pihak perusahaan serta meminimumkan keperluan lawatan ke lokasi oleh kakitangan dalaman mereka.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada syarikat-syarikat multinasional, CMI akan terus memajukan kehadirannya di seluruh dunia dan memaksimumkan sinergi pusat datanya demi mencapai penumpuan dan ketangkasan yang cekap, lalu menyediakan akses global dengan penyambungan lebar jalur yang besar.

Latar Belakang China Mobile International Limited

China Mobile International Limited (CMI) ialah subsidiari milik penuh China Mobile yang bertanggungjawab terutamanya untuk operasi perniagaan antarabangsa China Mobile. Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran telekomunikasi antarabangsa, China Mobile menubuhkan sebuah subsidiari, CMI, pada Disember 2010. Kini, CMI mempunyai lebih 70 sumber kabel daratan dan bawah laut di seluruh dunia, dengan jumlah lebar jalur penghantaran antarabangsa mencecah lebih 90T serta sejumlah 180 POP. Dengan Hong Kong, China sebagai batu loncatannya, CMI mempercepatkan dengan ketara pembangunan IDC global, mencipta rangkaian yang kukuh untuk peralihan ke awan (cloudification) pusat data. Memanfaatkan sokongan padu oleh China Mobile, CMI ialah rakan kongsi dipercayai yang menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian telekomunikasi antarabangsa yang komprehensif kepada perusahaan antarabangsa, syarikat telekomunikasi dan pengguna mudah alih. Beribu pejabat di Hong Kong, China, CMI telah memperluas jejaknya dalam 37 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cmi.chinamobile.com.

Source: China Mobile International Limited (CMI)
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion New products/services Data Analytics