omniture

Laporan tawar pemeriksaan ke atas kesihatan warga Cina pada 2020

DXY
2021-02-06 07:01 3028

HANGZHOU, China, 6 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Lebih 60 peratus responden menunjukkan sikap yang positif ke atas prospek sistem rawatan kesihatan China serta potensi untuk teknologi, menurut satu laporan kesihatan.

Aplikasi China Daily dan DX Doctor (DXY), platform perkongsian maklumat kesihatan, menerbitkan laporan kesihatan ini pada Jumaat lalu.

Dengan menjalankan tinjauan secara dalam talian terhadap 56,196 penduduk Cina dan menganalisis data daripada platform-platform mereka, aplikasi China Daily dan DX Doctor menyasarkan untuk mendapatkan gambaran mengenai tahap kesihatan keseluruhan penduduk Cina dalam tempoh setahun dibelenggu novel coronavirus.

Semasa berjuang memerangi pandemik COVID-19 ini, sistem rawatan kesihatan China berdepan cabaran yang besar. Beberapa versi garis panduan untuk mencegah dan mengawal penularan novel coronavirus dikeluarkan kepada orang awam; keupayaan untuk menjalankan ujian asid nukleik meningkat kepada 15 juta dalam masa sehari; kaunseling perubatan dalam talian digunakan secara meluas; vaksin tempatan diluluskan dan diberikan di dalam mahupun di luar negara.

Menurut laporan ini, pandemik ini menjejaskan kehidupan harian penduduk Cina, bermula dengan kerja kepada perjalanan berulang alik dan pengembaraan, namun ia juga membawa kepada perubahan yang positif terhadap gaya hidup dan hubungan kekeluargaan.

Sejumlah 29 peratus responden berkata pandemik ini memberi impak negatif terhadap gaya hidup mereka manakala 42 peratus melaporkan pengaruh yang positif. Sejumlah 12 peratus responden berkata pandemik ini memberi kesan negatif terhadap hubungan kekeluargaan manakala 29 peratus menyaksikan pengaruh positif.

Tinjauan ini juga mendapati bahawa kesihatan fizikal kekal sebagai keutamaan tertinggi dalam kehidupan, dengan harapan kesihatan orang ramai dilihat tinggi iaitu 8.8 daripada 10.

Kesihatan mental mendapat perhatian yang semakin meningkat. Selama dua tahun berturut-turut, kesihatan mental tersenarai di tempat pertama antara kebimbangan kesihatan orang ramai, terutamanya dalam kalangan orang muda.

Kebanyakan responden berpendapat bahawa faktor-faktor peribadi, seperti gaya hidup, kerja dan keadaan ekonomi memberi kesan terbesar ke atas keadaan kesihatan mereka.

Sejumlah 98 peratus daripada responden mengakui bahawa mereka terganggu dengan masalah kesihatan. Tidak berubah daripada tahun lalu, tiga isu utama ialah masalah emosi, keadaan kulit yang teruk dan tidak berpuas hati dengan imej badan.

Dalam masa yang sama, orang ramai berpendapat mereka tidak melakukan secukupnya agar kekal sihat, hanya memberi mata 5.5 kepada diri mereka sendiri atas usaha mereka.

Lelaki lebih banyak berusaha daripada wanita untuk kekal sihat dan golongan lebih berusia cenderung menjadi lebih aktif berbanding rakan-rakan mereka yang lebih muda dalam menjalani kehidupan yang sihat.

Berdasarkan data tinjauan pelanggan daripada Decathlon, berlari dan berjalan merupakan senaman yang paling biasa dilakukan, diikuti dengan menari dan permainan bola.

Kaunseling dalam talian menyaksikan peningkatan ketara dari segi permintaan orang ramai semasa berlakunya pandemik ini. Kebanyakan responden berkata mereka memilih kaunseling dalam talian ekoran kemudahannya dan respons yang cepat. Penduduk di bandar-bandar tahap ketiga dan keempat juga memanfaatkan kaunseling dalam talian.

Aplikasi China Daily ialah sumber rujukan China untuk kandungan berita berbahasa Inggeris yang berkualiti tinggi termasuk berita terkini, siaran langsung, video, komentar dan laporan mendalam.

DX Doctor ditubuhkan pada tahun 2014 dengan matlamat untuk merapatkan jurang maklumat salah antara golongan profesional perubatan dan orang biasa. Ia telah mengeluarkan laporan kesihatannya selama tiga tahun berturut-turut.

Source: DXY
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research