Analisis baharu 5G - generasi kesalinghubungan mudah alih seterusnya - menganggarkan impak aplikasi baharu dan sedia ada.
Lebih separuh daripada impak ekonomi global (USD530 bilion) akan didorong oleh transformasi penjagaan kesihatan dan sosial dalam tempoh sepuluh tahun akan datang; suku daripadanya merupakan utiliti pintar yang didayakan oleh penjimatan dalam pengurusan tenaga, air dan sisa.
Ekonomi berasaskan pembuatan berskala besar berpotensi mendapat manfaat terbesar, termasuk Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun, namun keuntungan ini diunjurkan secara global apabila 5G menjadi bahagian paling kritikal dalam infrastruktur sosial.
Ketelusan amat penting untuk membina kepercayaan pengguna dan pengawal selia aplikasi 5G.
LONDON, 8 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Manfaat produktiviti dan kecekapan yang didayakan oleh aplikasi 5G akan mendorong peningkatan dalam perniagaan, kemahiran dan perkhidmatan ke atas nilai KDNK global sebanyak USD1.3 trilion menjelang tahun 2030.
Dalam Memperkasakan Masa Depan Anda, PwC buat pertama kalinya menyatakan impak penggunaan 5G baharu dan sedia ada dalam sektor utiliti, kesihatan dan penjagaan sosial, kepenggunaan, media dan perkhidmatan kewangan ke atas ekonomi di lapan buah negara dengan pertumbuhan ekonomi paling maju: Australia, China, Jerman, India, Jepun, Korea Selatan, USA dan United Kingdom (UK).
Sebagai versi kesalinghubungan mudah alih yang lebih pantas daripada 4G, kelajuan, kebolehpercayaan, penggunaan tenaga yang berkurangan dan kesalinghubungan besar-besaran 5G akan mengubah perniagaan dan masyarakat dalam konteks yang lebih luas, membolehkan akses kepada jalur lebar yang sentiasa tersedia dengan kepantasan luar biasa. Digunakan secara gabungan bersama pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) dan internet benda (IoT), 5G boleh digunakan sebagai platform untuk mendayakan perniagaan dan masyarakat demi merealisasikan manfaat penuh kemajuan yang ditawarkan oleh teknologi baru muncul.
Percambahan ekonomi diunjurkan di seluruh sudut ekonomi yang dinilai dalam kajian ini, kerana 5G menawarkan potensi untuk menilai semula model perniagaan, kemahiran, produk dan perkhidmatan dengan keuntungan yang melonjak bermula dari tahun 2025, berikutan aplikasi yang didayakan teknologi 5G mula berkembang secara meluas
Berdasarkan kajian ini, Amerika Syarikat (USD484 bilion), China (USD220 bilion) dan Jepun (USD76 bilion) akan mengalami pertumbuhan terbesar daripada penggunaan teknologi 5G memandangkan saiz ekonomi dan sektor pengeluaran industri moden mereka yang kukuh.
Di peringkat ekonomi serantau, Eropah, Timur Tengah & Afrika (EMEA) dijangka mendapat manfaat paling besar daripada aplikasi pembuatan 5G, berdasarkan saiz sektor pembuatan di negara-negara ini. Situasi ini menunjukkan potensi kelebihan daya saing serantau melalui pendekatan penerapan serta peraturan teknologi tersebut.
Wilson Chow, Ketua Telekomunikasi dan Media Industri Global Technology, PwC China, mengulas:
"Angka ini menunjukkan impak dari segi kuantiti, namun yang lebih penting ialah, kajian kami menggambarkan nilai 5G - tahap kesalinghubungan dan usaha sama baharu yang memberi maksud bahawa syarikat akan dapat melihat, melaksana dan mencapai lebih banyak lagi. Ia akan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan dan perubahan apabila organisasi menilai dan menyusun semula cara mereka beroperasi dalam dunia pasca pandemik.
"Dengan pandemik mempercepat digilitalisasi di seluruh sektor, 5G akan bertindak sebagai pemangkin lanjutan. Ia akan muncul sebagai asas infrastruktur masyarakat dan platform yang memacu daya saing ekonomi negara, model perniagaan, kemahiran dan industri baharu dekad ini."
Mencapai hasil yang lebih baik dan lebih pantas dalam penjagaan kesihatan dan sosial
Lebih separuh daripada impak ekonomi global (USD530 bilion) akan didorong oleh perubahan dalam pengalaman kesihatan dan penjagaan sosial pesakit, penyedia dan kakitangan perubatan dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Walaupun peningkatan pantas teleperubatan ketika pandemik COVID-19 memberi gambaran masa depan dalam penjagaan kesihatan, namun penjagaan jarak jauh hanyalah salah satu bidang yang membolehkan 5G menjana hasil kesihatan dan penjimatan kos yang lebih baik.
Aplikasi 5G termasuk pemantauan dan perundingan jarak jauh, perkongsian data hospital dalam masa nyata, komunikasi antara doktor dengan pesakit yang lebih baik dan automasi di hospital bagi mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Impak Serantau & Sektor
Di peringkat sektor, impak adalah berbeza-beza mengikut ekonomi individu. Amerika Syarikat dan Australia diunjurkan bakal memperoleh manfaat paling banyak daripada aplikasi perkhidmatan kewangan: India daripada utiliti pintar; China dan Jerman dalam pembuatan. Industri lain yang dianalisis dalam kajian ini yang menunjukkan potensi besar aplikasi baharu dan sedia ada ini dan mendorong perubahan dalam kemahiran, pekerjaan, produk pengguna dan peraturan dekad akan datang:
Wilson Chow mengulas:
"5G adalah lebih dari sekadar kesalinghubungan mudah alih. Ia meletakkan perspektif baharu dalam memajukan produktiviti dan menilai semula keseluruhan model perniagaan untuk masa depan. Berdasarkan pada skala potensi dan impak, setiap organisasi akan memerlukan pelan pelaksanaan 5G dalam tempoh lima tahun di seluruh teknologi dan strategi perniagaan untuk memaksimumkan peluang dan bersedia dengan cara mereka mengintegrasikan teknologi dan strategi perniagaan serta interaksi mereka dengan pelanggan, rantaian bekalan dan pengawal selia."
Polisi & Kepercayaan
Kajian ini menyorot bahawa potensi capaian teknologi 5G memerlukan entiti perniagaan dan kerajaan untuk mempertimbangkan pendekatan baharu terhadap penglibatan peraturan dan pengguna - yang memberi tumpuan tentang cara teknologi digunakan.
Wilson Chow berkata:
"Dengan mana-mana teknologi sekalipun, keterlibatan polisi, ketelusan dan kepercayaan awam merupakan faktor kritikal. Sama ada ia mempertimbangkan penggunaan alat penjanaan kendiri atau teleperubatan, bagaimana data diurus, infrastruktur digunakan atau cara sektor berbeza bekerjasama, entiti perniagaan dan kerajaan perlu mengalihkan tumpuan daripada kawal selia teknologi kepada penggalakan ketelusan dalam aplikasi 5G untuk membina dan mengekalkan kepercayaan awam terhadap potensi dan penggunaannya."
Muat turun laporan di sini
Tentang laporan
PwC mengambil kira pandangan pakar dan penggunaan model ekonomi untuk mengkaji impak penggunaan 5G dalam lima sektor industri. Unjuran dalam kajian ini mewakili kesan ekonomi bersih teknologi 5G berbanding pendapatan perniagaan telekomunikasi 5G, dengan mengambil kira kesan perubahan contohnya, sesetengah aktiviti ekonomi yang sudah tidak relevan serta memberi tumpuan kepada nilai tambah yang ada di seluruh rantaian nilai dan ekonomi. Maklumat lanjut tentang metodologi boleh didapati disini
Tentang PwC
Di PwC, kami beriltizam untuk membina kepercayaan masyarakat dan menyelesaikan masalah penting. Kami merupakan sebuah rangkaian firma di 157 buah negara dengan lebih 276,000 kakitangan yang komited untuk memberi khidmat jaminan, nasihat dan percukaian yang berkualiti. Ketahui lebih lanjut dan beritahu kami apa yang penting bagi anda dengan melawati kami di www.pwc.com.
PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau satu atau lebih ahli firmanya, masing-masing merupakan entiti berasingan dari sudut undang-undang. Sila layari www.pwc.com/structure untuk maklumat lanjut.
© 2021 PwC. Hak Cipta Terpelihara.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1121790/PWC_Logo.jpg?p=medium600