Logo Special Olympics World Winter Games Kazan 2022 telah dipertontonkan semasa sebuah acara di Kazan Kremlin dan ditayangkan di Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO
KAZAN, Rusia, 8 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Jumaat bertarikh 5 Februari yang lalu, Jawatankuasa Penganjur Tempatan Special Olympics World Winter Games Kazan 2022 telah mempertontonkan logo acara global tersebut dalam sebuah majlis di Kazan Kremlin, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Logo ini membawa simbolisme yang kaya dan dihasilkan melalui pertandingan yang disertai oleh pereka-pereka dari seluruh Rusia. Identiti visual ini berdasarkan konsep daripada pemenang pertandingan, Artemiy Lebedev: Zilant—makhluk naga mitos dan simbol bandar Kazan—melingkari logo berbentuk tulip yang berasal dari wilayah Tatarstan dan mewakili Sungai Volga. Gambaran Zilant memeluk logo ini melambangkan persahabatan, hospitaliti dan kegembiraan.
Di tengah-tengah logo, terdapat lima lembaga berterbangan dalam bulatan sebagai mewakili pergerakan Special Olympics global. Di sekeliling lembaga terbang tersebut ialah Volga, iaitu sungai terbesar di Eropah dan Kazan terletak di tebingnya. Naga mitos, Zilant melingkari logo sambil melindungi dan mengalu-alukan kedatangan semua peserta dan tetamu ke Sukan Olimpik tersebut.
"Kami percaya bahawa logo dan maskot yang berwarna-warni sebegitu akan menarik perhatian setiap mata yang memandang," kata Olga Slutsker, Presiden Special Olympics Russia. "Ia membawa perhatian kepada matlamat Special Olympics Russia: untuk membangunkan penyertaan masyarakat, keadilan dan peluang yang sama untuk semua orang tanpa menghiraukan keupayaan."
"Kami amat berbangga kerana simbol Kazan menjadi maskot rasmi Sukan Olimpik ini," kata Vladimir Leonov, Ketua Kementerian Sukan Tatarstan. "Zilant tidak seperti naga-naga lain. Dia mesra dan kasual serta menambah keceriaan, roh dan kepelbagaian kepada Special Olympics World Winter Games ini."
Acara yang disiarkan melalui penstriman langsung ini menampilkan logo yang ditayangkan pada Kazan Kremlin semasa konsert penyanyi mezzo soprano, Liza Novikova bersama komposer berketurunan Ukraine-Rusia, Igor Krutoy. Liza (Elizaveta) Novikova ialah seorang kurang upaya intelek dan mempunyai saluran YouTube yang beliau bangunkan dengan sebuah pangkalan peminat termasuk ramai penyanyi opera profesional. Beliau sering membuat persembahan konsert di bandar kelahirannya, Saint Petersburg. Liza mendendangkan sebuah gubahan daripada opera Itali, Ulisse iaitu karya tentang tumpuan terhadap sebuah perjalanan berbanding destinasinya. Igor Krutoy ialah seorang komposer muzik, penghibur, komposer dan penggalak muzik berketurunan Ukraine dan Rusia. Beliau menganjurkan pertandingan Gelombang Baharu untuk penghibur muda muzik popular.
Special Olympics World Winter Games Kazan 2022 akan berlangsung pada 22 Januari 2022 dan disertai seramai 2,000 orang atlet dari lebih 100 buah negara dengan sokongan 3,000 orang sukarelawan. Kazan dianggap sebagai ibu negara sukan tidak rasmi Rusia dan mempunyai kemudahan sukan, infrastruktur serta pangkalan sukarelawan untuk penganjuran pertandingan bertaraf dunia.
Atlet Special Olympics dan Unified Partners akan berpeluang untuk bersaing dalam tujuh acara sukan di World Winter Games Kazan 2022: ski alpine, papan luncur salji, bola lantai, ski merentas desa, luncur ais berbunga, luncur laju trek pendek dan kasut salji.
Tentang Special Olympics
Ditubuhkan pada tahun 1968, Special Olympics ialah suatu pergerakan global untuk menamatkan diskriminasi terhadap orang kurang upaya intelek. Kami memupuk penerimaan semua orang melalui kuasa sukan dan program dalam pendidikan, kesihatan dan kepemimpinan. Dengan lebih enam juta atlet dan rakan kongsi Unified Sports di lebih 190 buah negara dan wilayah serta lebih satu juta jurulatih dan sukarelawan, Special Olympics membawa lebih 30 sukan jenis Olimpik dan lebih 100,000 permainan dan pertandingan setiap tahun.
The Special Olympics World Games dianjurkan pada setiap dua tahun, bergilir antara musim panas dan musim sejuk serta disiarkan di seluruh dunia oleh ESPN, rakan siaran TV dan radio rasmi untuk Special Olympic Movement. World Winter Games yang lepas telah dianjurkan pada tahun 2017 di Austria.
Ketahui lebih lanjut di: Facebook, YouTube, Instagram, LinkedIn dan blog di Medium. Maklumat lanjut boleh didapati di www.SpecialOlympics.org.
Tentang Special Olympics Russia
Special Olympics Russia telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan salah satu program kebangsaan terbesar dalam pergerakan Special Olympics global. Di Rusia, sekitar 130,000 orang kurang upaya intelek terlibat dalam pendidikan jasmani dan kira-kira 5,000 acara budaya fizikal peringkat perbandaran, serantau dan seluruh Rusia dianjurkan setiap tahun di bawah program Special Olympics Russia. Pada masa ini terdapat pejabat serantau Special Olympics di 62 buah wilayah Rusia. Atlet Rusia kurang upaya intelek mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa setiap tahun dalam program Special Olympics Russia serta memegang pelbagai jawatan kepemimpinan.
Special Olympics menyediakan latihan sukan sepanjang tahun dalam pelbagai sukan jenis Olimpik untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya intelek. Latihan peserta Special Olympics yang akan datang telahpun bermula di sekitar Rusia. Atlet Rusia yang kurang upaya intelek boleh menyertai pasukan di wilayah mereka di laman web: https://specialolympics.ru/programs
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1434328/special_olympics_international_kazan_2022.jpg?p=medium600