omniture

Givenchy Menggayakan The Weeknd Dengan Busana Khas Untuk Persembahan Separuh Masa Super Bowl ke-55

Givenchy
2021-02-09 14:32 34

Pengarah Kreatif Matthew M. Williams mereka busana khas yang istimewa untuk persembahan superstar tersebut

PARIS, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- House of Givenchy dengan sukacitanya mengumumkan bahawa penyanyi Kanada, The Weeknd, mengenakan satu busana khas yang direka oleh Pengarah Kreatif, Matthew M. Williams di Super Bowl LV di Tampa, Florida, pada hari Ahad, 7 Februari 2021.

Givenchy
Givenchy

Untuk melihat Siaran Akhbar Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8849451-givenchy-dresses-the-weeknd-for-55th-super-bowl/.

Semasa Pertunjukan Separuh Masa Super Bowl LV, The Weeknd memakai jaket bersulam tangan kristal penuh yang direalisasikan oleh atelier busana anggun Givenchy Haute Couture di Paris. . Ia merupakan hasil keterampilan yang mengagumkan serta memerlukan empat orang penyulam dan lebih 250 jam untuk disiapkan. Jaket ini dipadankan dengan kemeja poplin kapas berwarna hitam dengan seluar panjang bulu berserta tali leher kulit berwarna hitam, sarung tangan dan derby berwarna hitam putih sebagai aksesori.  Walaupun ia dijahit khas untuk persembahan ini, busana The Weeknd menampilkan jahitan yang kemas, minimalis berserta perbezaan warna kontras yang dibawakan oleh Encik Williams ke dalam koleksi debutnya untuk House of Givenchy.

"Ia benar-benar suatu penghormatan kerana telah menggayakan The Weeknd dengan busana rekaan kami untuk persembahan Super Bowl beliau yang luar biasa," kata Matthew M. Williams. "Bagi saya, fesyen adalah tentang menggabungkan sesuatu yang anda pakai dengan personaliti yang unik dan The Weeknd menghidupkan penampilannya dengan tenaga, watak dan gaya."

Persembahan Super Bowl LV The Weeknd yang sinematik ini dianggarkan telah ditonton oleh lebih 100 juta orang penonton yang ingin menyaksikan pertandingan kejuaraan NFL antara Tampa Bay Buccaneers dan Kansas City Chiefs di Stadium Raymond James di Tampa.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1433271/givenchy.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1433270/Givenchy_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi:
Givenchy
+33 1 44 31 50 00
givenchyvip@givenchy.com

Source: Givenchy
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Sporting Events Sports Television Broadcast feed announcements MultiVu Photo