omniture

FTC Solar Melancarkan Penjejak Voyager+ Menyokong Peralihan Modul Melebihi 500 Watt

FTC Solar
2021-02-09 20:19 1

FTC Solar mengambil pesanan untuk Voyager+ dengan sokongan bagi modul berformat besar 

AUSTIN, Texas, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- FTC Solar hari ini mengumumkan pengeluaran Voyager+, generasi penjejak Voyager berpaksi tunggal yang seterusnya, direka bentuk bagi menyediakan keserasian dengan modul suria berformat besar baharu yang kini memasuki pasaran.  

Modul besar yang memasuki pasaran dibina bagi menggabungkan sel suria yang lebih besar, iaitu pusat penghasilan tenaga setiap panel suria.  Dengan sel-sel yang lebih besar berukuran 182 mm dan 210 mm, modul ini boleh mencapai output kuasa melebihi 500 watt. Voyager+ menyokong modul berformat lebih besar ini dan mampu menampung pelbagai saiz modul daripada pelbagai pengilang suria.  

"Kami menyaksikan peningkatan tahap minat terhadap modul berformat besar dan dengan sukacitanya memperkenalkan keluaran Voyager yang baharu ini untuk menyokong pelanggan kami," kata Tony Etnyre, Ketua Pegawai Eksekutif FTC Solar. "Ketika industri beralih kepada modul yang lebih besar, FTC Solar bersedia memberikan sistem penjejakan yang serasi dengan pelbagai saiz dan konfigurasi modul sambil mengekalkan format dua dalam potret dan kelajuan pemasangan yang menerajui industri kami," tambah beliau.  

FTC Solar sedang menjalankan ujian di kemudahan penyelidikannya berhampiran Denver, Colorado, dan akan menilai keperluan prestasi dan struktur untuk pelbagai modul berformat besar. 

Modul berformat besar dijangka mengurangkan kos pembangunan projek suria. Menurut analisis industri Wood Mackenzie, penjimatan buruh sahaja boleh mencapai sehingga 6%, dan pengeluaran tenaga bagi setiap ekar akan meningkat, dengan pertambahan pengeluaran bergantung pada saiz modul dan teknologi.

Peralihan ke modul format besar adalah langkah kemajuan seterusnya dalam industri yang selama ini diselaraskan dengan ukuran modul yang lebih kecil lebih dari sedekad. Ekosistem industri komponen elektrik dan struktur telah dibangunkan berdasarkan modul ini dan penyeragaman telah meringkaskan pembinaan, mendorong penurunan kos sistem secara keseluruhan.

Modul format besar yang baharu akan terus menggerakkan kemajuan kecekapan peringkat sistem. FTC Solar bekerjasama dengan pengilang modul untuk mengenal pasti dan melaksanakan perubahan kejuruteraan demi menyokong modul yang lebih besar seperti tiub kilas diperkukuh dan teknologi redaman terubah suai.  

Pengeluar modul sedang meningkatkan pengeluaran modul 500W dengan modul 600W dijangka dipasang atur pada separuh kedua 2021. 

Tentang FTC Solar    
FTC Solar ialah pembekal global untuk sistem penjejak, teknologi, perisian, dan perkhidmatan kejuruteraan suria yang sedang berkembang pesat.  Reka bentuk penjejak FTC Solar yang inovatif memberikan prestasi dan kebolehpercayaan yang mengagumkan, dengan kelebihan kos pemasangan setiap watt yang menerajui industri.   

Ditubuhkan pada 2017 oleh sekumpulan pakar industri tenaga boleh baharu yang berpengalaman, FTC Solar beribu pejabat di Austin, Texas, dan mempunyai pejabat jualan dan sokongan di Australia, India, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ftcsolar.com/

Hubungan Media:  

Amber Gallagher-Schranz  
E-mel: pr@ftcsolar.com  
Telefon: 866-FTC-SOLAR  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/606639/Ftc_solar_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FTC Solar
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Conservation/Recycling New products/services