omniture

Empire State Building Sambut Tahun Baharu Lunar Dengan Majlis Penyalaan Lampu Maya Dan Peragaan Tingkap Fifth Avenue

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-02-09 21:38 109

Bangunan Paling Terkenal di Dunia ini Akan Menandakan Permulaan Tahun Lembu melalui Kerjasama dengan Konsulat Besar China di New York 

NEW YORK, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini mengumumkan ia akan menyambut Tahun Baharu Lunar melalui kerjasama dengan Konsulat Besar China di New York dengan menyalakan lampu menara yang terkenal di dunia itu serta peragaan tingkap untuk Festival Musim Bunga baharu di lobi Fifth Avenue pada 10 Februari sempena meraikan Tahun Lembu.


Pada 10 Februari 2021, sejurus sebelum matahari terbenam pada pukul 5 petang EST, tetamu dari seluruh dunia boleh mengikuti majlis penyalaan lampu secara maya di laman YouTube Empire State Building dan menyaksikan "petikan suis" yang akan menukar bangunan menara terkenal menjadi merah sempena sambutan bulan pertama baharu dalam kalendar lunar pada 12 Februari. Anthony E. Malkin, Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Pengerusi Empire State Realty Trust akan menyampaikan ucapan bersama Duta Huang Ping, Konsul Besar, Konsulat Besar China di New York. Majlis tersebut akan tersedia di laman web Konsulat Besar, WeChat dan Instagram selepas acara tersebut berlangsung.

Empire State Building juga akan turut menyambut Tahun Baharu Lunar dengan peragaan tingkap berkualiti muzium di lobi Fifth Avenue, bertajuk "Back to Order" yang boleh disaksikan bermula dari 10 Februari 2021 hingga 10 Mac 2021. Direka oleh United Design Lab dalam kolaborasi dengan China Arts and Entertainment Group Ltd, peragaan ini menceritakan kisah Tahun Lembu yang kembali normal pada tahun 2021 setelah mengalami peristiwa pada tahun lepas yang belum pernah terjadi sebelum ini. Diperagakan dalam empat latar belakang, Tahun Lembu mengalu-alukan kedatangan musim bunga yang mewakili simbol kedamaian, sebagai pelindung daripada banjir dan membawa cuaca yang baik serta memberi hasil tuaian yang mewah. Ia dilengkapi dengan unsur-unsur tradisional seperti labu, awan yang cerah, bunga teratai, delima dan tanglung berterbangan, peragaan tingkap ini menghormati kepentingan simbol-simbol sejarah China ini.  Tingkap lobi Fifth Avenue hanya boleh diakses oleh penyewa ESB dan pelawat Aras Peninjau ESB.

"Tahun Baharu Lunar ialah suatu acara penting bagi orang-orang Cina dan berketurunan Cina di seluruh dunia. Ahli keluarga mengembara untuk meraikannya bersama-sama. Dalam keadaan dunia yang terganggu disebabkan oleh COVID, kami meraikan sambutan ini dengan penyalaan lampu menara yang bermakna dan istimewa serta peragaan tingkap yang luar biasa," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Pengalaman Aras Peninjau Empire State Building. "Empire State Building menzahirkan ucapan selamat kepada rakan-rakan kita yang meraikan Tahun Baharu Lunar, semoga Tahun Lembu menjadi tahun baharu yang makmur dan menguntungkan. Empire State Building dibuka dan bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Kota New York."

Untuk maklumat lanjut tentang Empire State Building serta penyalaan lampu dan acara istimewa, sila layari https://www.esbnyc.com/.

Tentang Empire State Building
Menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Midtown Manhattan (daripada tapak kepada bahagian atas antena), Empire State Building yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE) ialah "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Tahun 2021 menandakan ulang tahun ke-90 bangunan tersebut sebagai mercu tanda ikonik di tengah-tengah Bandar Raya New York.

Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan dan kemudahan awam, Empire State Building telah menarik penyewa kelas pertama dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Empire State Building merupakan sebahagian daripada portfolio setinggi 10.1 juta kaki persegi milik Empire State Realty Trust (ESRT). ESRT adalah peneraju kecekapan tenaga dalam persekitaran binaan dan kelestarian, dan merupakan portfolio hartanah komersial pertama di AS yang mencapai Penarafan Keselamatan Kesihatan WELL, penilaian berdasarkan bukti yang dibuat oleh pihak ketiga untuk semua jenis kemudahan, yang difokuskan tentang polisi operasi, protokol penyelenggaraan, rancangan kecemasan dan pendidikan para pemegang taruh untuk menangani persekitaran COVID-19 sekarang dan isu-isu berkaitan kesihatan dan keselamatan yang lebih meluas ke masa hadapan. 

ESRT memperoleh Pencapaian 5 Bintang GRESB, iaitu yang tertinggi serta pengiktirafan Green Star dan mendapat skor 88 dalam Penilaian Hartanah GRESB tahun 2020, suatu pencapaian yang meletakkan ESRT pada kedudukan 20% teratas mengatasi semua responden.  GRESB diiktiraf secara global sebagai suatu standard yang ketat dan diperakui secara meluas sebagai salah satu ukuran terbaik untuk pencapaian kelestarian dalam kalangan syarikat dan pembiayaan hartanah.

Bangunan tersebut telah dinobatkan sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia dalam kajian yang dilakukan oleh Uber dan dinobatkan sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam tinjauan yang dilakukan oleh Institut Arkitek Amerika. Empire State Building telah menduduki #1 sebagai Tarikan Bandar Raya New York dalamSenarai Perjalanan Hebat  Lonely Planet edisi ke-2. Untuk maklumat lanjut tentang Empire State Building, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, https://www.tiktok.com/@empirestatebldg atau www.pinterest.com/empirestatebldg

Tentang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh dan menempatkan semula hartanah pejabat dan peruncitan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York, termasuk Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Setakat 30 September 2020, portfolio pejabat dan peruncitan syarikat merangkumi 10.1 juta kaki persegi ruang sewaan yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang sewaan di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi ruang sewaan dalam portfolio peruncitan.  

Empire State Realty Trust ialah peneraju kecekapan tenaga dalam alam sekitar dan kelestarian terbina, dengan 76 peratus portfolio layak ENERGY STAR yang diperakui dan 100 peratus dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui. Sebagai portfolio hartanah komersial pertama di A.S. yang memperoleh WELL Health-Safety Rating untuk kesihatan dan keselamatan, berdasarkan bukti dan disahkan pihak ketiga, ESRT juga memperoleh pengiktirafan 5 Star Rating dan Green Star GRESB tertinggi untuk prestasi kelestarian dalam hartanah dan dinamakan sebagai Fitwel Champion untuk bangunan-bangunan berprestasi tinggi dan sihat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Empire State Realty Trust, sila layari empirestaterealtytrust.com dan ikuti ESRT di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn.   


 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1434723/ctc6505.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1434724/windows.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Future Events