omniture

endpoint Clinical Mengumumkan Pelantikan Christine Hurley sebagai Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Pelanggan

endpoint Clinical
2021-02-09 22:08 577

SAN FRANCISCO, 9 Februari 2021 /PRNewswire/-- endpoint Clinical, sebuah syarikat teknologi tindak balas interaktif global (IRT) yang terkemuka dalam industri, telah melantik Christine Hurley sebagai Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Pelanggan.  Christine bertanggungjawab menyelia Perkhidmatan Pelanggan berserta Pengurusan Akaun, Pengurusan Projek, Kejayaan Pelanggan dan Sokongan Pelanggan di bawah kepimpinan beliau dengan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam operasi dan teknologi klinikal.

"Saya berbesar hati dapat menyertai pasukan kepimpinan endpoint bagi membantu memacu visi syarikat untuk terus maju ke hadapan," kata Christine Hurley, Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Pelanggan. Sepanjang kerjaya Christine, beliau telah memegang pelbagai peranan dalam Operasi Klinikal dan kepimpinan teknologi serta mempunyai semangat sebenar dalam bidang IRT.  Memimpin strategi sistem klinikal, penambahbaikan proses serta pembangunan strategi perkongsian, beliau berpengalaman bekerja dengan vendor teknologi klinikal seperti PAREXEL dan 4G Clinical dan juga syarikat bioteknologi/farmaseutikal seperti Vertex Pharmaceuticals, Biogen dan Agios Pharmaceuticals. "Membawa perspektif pelanggan ke dalam organisasi Perkhidmatan Pelanggan akan membantu memastikan bahawa keperluan pelanggan endpoint terus dipenuhi sehingga mencapai standard kualiti tertinggi yang diharapkan."

"Di endpoint, kami komited untuk menyampaikan penyelesaian teknologi yang luar biasa secara konsisten yang bertunjangkan pasukan berkualiti tinggi," kata Christine Oliver, Ketua Pegawai Eksekutif. "Memandangkan organisasi kami berkembang pesat di seluruh dunia, Christine sememangnya pilihan yang sesuai sebagai pemimpin yang berani. Beliau merupakan penyokong budaya kualiti, mentor yang bersemangat dan pembina pasukan serta telah membuktikan kejayaan dalam membangunkan dan melaksanakan strategi teknologi yang menyokong objektif R&D perniagaan.  Kami amat teruja atas penyertaan beliau dalam pasukan kepimpinan eksekutif yang dapat membantu kami untuk terus menjangkaui jangkaan pelanggan."

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian endpoint di endpointclinical.com.

Tentang endpoint
endpoint ialah penyedia sistem dan penyelesaian teknologi tindak balas interaktif (IRT®) yang menyokong industri sains hayat.  Selama sedekad yang lalu, pasukan profesionalnya yang berdedikasi bagi memenuhi permintaan pelanggan terus mengembangkan rangkaian teknologi syarikat secara berterusan untuk membantu Penaja mencapai kejayaan ujian klinikal.  Penyelesaian IRT yang dinamik, PULSE ®, untuk perambangan dan pengurusan pesakit, pengurusan tapak dan pengurusan bekalan ubatan serta alat pengurusan bekalan klinikal terkemuka, DRIVE, telah terbukti dapat memaksimumkan rantaian bekalan dan meminimumkan kos operasi serta memastikan penetapan dos untuk pesakit yang sesuai dan tepat pada masanya. endpoint mempunyai ibu pejabat di San Francisco, California serta pejabat di seluruh AS, EU dan Asia. www.endpointclinical.com

Sila hubungi:
Catherine Ditzler
Pengarah Bersekutu Pemasaran
endpoint Clinical
1-415-688-3424
E: cditzler@endpointclinical.com

Source: endpoint Clinical
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements