omniture

39 Kakitangan Cemerlang Jereh Dianugerahkan Automobil

Jereh Group
2021-02-10 18:04 133

YANTAI, China, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Upacara 2020 Jereh Golden Key Car Award telahpun diadakan di ibu pejabat Jereh di Yantai dan seramai 39 kakitangan cemerlang menerima kereta. Sehingga kini, anugerah berkenaan telah diberikan selama 13 tahun dengan sejumlah 407 buah kereta bernilai 56 juta Yuan.

39 Outstanding Jereh Staff Rewarded with Automobiles
39 Outstanding Jereh Staff Rewarded with Automobiles

"Golden Key Car Award" diwujudkan pada tahun 2008 untuk memotivasikan pekerja dengan prestasi yang cemerlang menerusi jawatan berbeza. Mereka boleh terdiri daripada kakitangan rendah, pekerja barisan hadapan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau jualan.

Peluang sentiasa ada buat mereka yang bekerja keras. Terdapat lebih 40 jenis langkah insentif seperti ekuiti, kapal layar, anugerah inovasi dan insentif segera bagi menghargai dedikasi dan output cemerlang mereka.

Di upacara berkenaan, pekerja yang memenangi anugerah berasa teruja dan bangga. Salah seorang daripada mereka, En Liu, berkongsi kegembiraan beliau, "coronavirus membawa kesan riak ke atas pelbagai aspek dalam masyarakat. Teknologi penyemburan elektrostatik kami diaplikasikan serta merta bagi tujuan pencegahan dan penyahjangkitan wabak. Hanya 3 bulan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan penembak sembur elektrostatik pegang dan merealisasikan penyelidikan dan pembangunan bebas bagi peralatan semburan elektrostatik pegang tersebut. Di Jereh, saya telah berjaya dan sangat berbangga dengan pasukan saya."

Pada tahun 2020, Jereh menyediakan susun atur baharu untuk pembangunan yang berkualiti tinggi. Ia mencapai pertumbuhan kukuh dalam sektor-sektor termasuk peralatan khidmat telaga, pemampat gas asli, pengurusan alam sekitar, perkhidmatan tenaga, perkhidmatan industri dan EPC. Selain itu, ia mengembangkan perniagaan baharu secara aktif yang melibatkan peralatan penyahjangkitan elektrostatik canggih dan peralatan sanitasi persekitaran pintar.

"Kerja keras kakitangan Jerehlah yang membuatkan Jereh menonjol. Kami mencipta kekayaan dan bersedia untuk berkongsi kekayaan tersebut bersama mereka," kata Puan Wang Chunyan, Pengerusi Jereh Labor Union. "Kami membina platform yang memberi manfaat kepada pertumbuhan bakat, agar lebih banyak bakat dapat menyertai kami dan menyedari nilai mereka."

Source: Jereh Group
Related Stocks:
Shenzhen:002353
Related Links:
Keywords: Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities