omniture

Adyen menerbitkan penyata kewangan H2 2020

Adyen Inc.
2021-02-10 20:28 2616

AMSTERDAM, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Penyata kewangan menunjukkan pertumbuhan perniagaan berdaya tahan dan berterusan yang menguntungkan pada separuh kedua tahun 2020 yang menyaksikan peningkatan tinggi dalam jumlah peruncitan dan barangan digital dalam talian dan barangan digital yang mengimbangi penurunan jumlah perjalanan.

Angka H2 2020

  • Jumlah proses ialah €174.5 bilion: meningkat 29% tahun ke tahun
  • Hasil bersih ialah €379.4 juta: meningkat 28% tahun ke tahun
  • EBITDA bernilai €236.8 juta: meningkat 36% tahun ke tahun
  • Margin EBITDA ialah 62%, menunjukkan keuntungan yang berterusan sementara kami terus melabur untuk jangka panjang
  • Kadar penukaran aliran tunai bebas ialah 92%, dengan CapEx pada 4% daripada hasil bersih
  • Panduan margin EBITDA yang dikemas kini untuk mencapai tahap melebihi 65% dalam jangka panjang

Surat Pemegang Saham & Penyata Kewangan
Anda boleh mendapatkan penyata kewangan H2 2020 penuh kami dan surat pemegang saham yang disertakan di sini.

Panggilan Perolehan & Siaran Web
Pada hari ini jam 15:00 CET, Pieter van der Does (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Ingo Uytdehaage (Ketua Pegawai Kewangan) akan menganjurkan panggilan video perolehan.

Anda boleh mengakses webinar secara langsung di sini. Di lelaman web yang sama ini, rakaman akan tersedia selepas panggilan dibuat.

Angka Penuh Tahun 2020

  • Jumlah proses ialah €303.6 bilion: meningkat 27% tahun ke tahun
  • Hasil bersih ialah €684.2 juta: meningkat 28% tahun ke tahun
  • EBITDA bernilai €402.5 juta: meningkat 27% tahun ke tahun
  • Margin EBITDA sebanyak 59% untuk tahun kewangan penuh

Angka sejarah telah diselaraskan sejak penerbitan penyata kewangan terdahulu.

Siaran akhbar ini mengandungi maklumat yang layak, atau mungkin layak, sebagai maklumat dalaman yang mengikut maksud Article 7(1) EU Market Abuse Regulation.

Tentang Adyen
Adyen ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, menyediakan infrastruktur lengkap lagi moden yang dihubungkan terus ke Visa, Mastercard dan kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L'Oréal.

Notis Peraturan Penting
Pengumuman ini bukan untuk penerbitan, pengedaran atau siaran, secara langsung atau tidak langsung, di atau ke Amerika Syarikat (termasuk wilayah dan tanah miliknya, mana-mana negeri Amerika Syarikat dan Daerah Columbia), Kanada, Afrika Selatan, Australia atau Jepun atau bidang kuasa lain yang menyebabkan pengumuman sedemikian akan menyalahi undang-undang. Pengedaran bagi pengumuman ini mungkin disekat oleh undang-undang dalam bidang kuasa dan individu tertentu yang memiliki dokumen ini atau maklumat lain yang dirujuk di sini hendaklah memaklumkan mereka tentang dan mematuhi sebarang sekatan tersebut. Sebarang kegagalan untuk mematuhi sekatan ini mungkin merupakan pelanggaran undang-undang sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa sedemikian.

Sekuriti Adyen tidak pernah dan tidak akan didaftarkan di bawah U.S. Securities Act of 1933, seperti yang dipinda, dan mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran di bawahnya atau berdasarkan pengecualian yang tersedia daripadanya. Dokumen ini mahupun maklumat yang terkandung di sini tidak merupakan atau membentuk sebahagian daripada tawaran untuk menjual, atau merupakan pengumpanan tawaran untuk membeli, sekuriti di Amerika Syarikat. Adyen tidak akan menyediakan apa-apa surat bukan bantahan ke atas ADR yang tidak ditaja atau sekuriti lain di Amerika Syarikat atau mana-mana bidang kuasa lain. 

Pengumuman ini bukan suatu tawaran sekuriti atau pelaburan untuk jualan atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti atau pelaburan dalam mana-mana bidang kuasa, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Australia atau Jepun. Pengumuman ini atau apa-apa yang terkandung di dalamnya tidak boleh menjadi asas, atau dipercayai berhubung dengan, apa-apa tawaran atau komitmen dalam mana-mana bidang kuasa. Tiada tindakan telah diambil yang akan membenarkan penawaran sekuriti atau pemilikan atau pengedaran pengumuman ini dalam mana-mana bidang kuasa untuk tindakan bagi tujuan tersebut diperlukan. Individu yang diberi pemilikan tentang pengumuman ini perlu mengambil maklum dan mematuhi mana-mana sekatan yang sedemikian. 

Maklumat yang terkandung dalam pengumuman ini bertujuan untuk memberikan latar belakang sahaja dan bukan maklumat penuh atau lengkap. Tiada pergantungan boleh diletakkan untuk apa-apa tujuan pada maklumat yang terkandung dalam pengumuman ini atau ketepatan atau kelengkapannya. Pengumuman ini tidak bertujuan untuk mengenal pasti atau mencadangkan risiko (langsung atau tidak langsung) yang mungkin berkaitan dengan pelaburan dalam sekuriti Adyen. Sebarang keputusan pelaburan berhubung dengan sekuriti Adyen hendaklah dibuat semata-mata berdasarkan semua maklumat yang tersedia kepada umum yang berkaitan dengan sekuriti Adyen sedemikian. 

Komunikasi ini mungkin disekat oleh undang-undang dalam bidang kuasa dan individu tertentu yang menerima komunikasi ini perlu mengambil maklum tentang dan mematuhi sebarang sekatan sedemikian dan tidak boleh di bawah apa-apa keadaan memajukan komunikasi ini kepada mana-mana individu lain. Kegagalan untuk mematuhi sekatan sedemikian mungkin merupakan pelanggaran undang-undang sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa sedemikian. 

 

 

Source: Adyen Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Retail Conference call announcements Financial Technology