omniture

Randstad RiseSmart terus memacu pengembangan dan pertumbuhan di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika dengan pelantikan kepemimpinan utama

Randstad RiseSmart
2021-02-10 20:43

SYDNEY, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Randstad RiseSmart, penyedia penempatan dan mobiliti bakat global terkemuka, hari ini mengumumkan pengembangan berterusan pasukan perniagaan dan kepemimpinan di Asia Pasifik (APAC), India, Timur Tengah dan Afrika (IMEA).

"Ketika dunia pekerjaan berkembang pesat, kami melihat permintaan yang tinggi dalam penyelesaian peralihan kerjaya dan mobiliti bakat di seluruh dunia," kata Dan Davenport, Presiden dan Pengurus Besar Randstad RiseSmart. "Cabaran yang kami selesaikan untuk pelanggan – seperti membantu pekerja membuat peralihan kerjaya yang berjaya dan memupuk ketangkasan tenaga kerja – adalah universal. Pelantikan kepemimpinan terkini kami di APAC dan IMEA memperkukuh komitmen kami terhadap pasaran ini dan pelanggan berharap pada kami bukan semata-mata kerana liputan global kami yang kukuh, tetapi juga kerana kepakaran kami dalam pasaran tempatan."

Alison Hernandez, Pengarah Urusan rantau APAC, Randstad RiseSmart, baru-baru ini telah melantik Sandy Wong sebagai Pengarah Greater China dan Tina Lee sebagai Pengarah Asia Tenggara. Wong bertanggungjawab untuk pertumbuhan di China, Hong Kong SAR dan Taiwan serta menyelia pasukan pembimbing dan penyampaian perkhidmatan di rantau ini. Lee berpangkalan di Singapura, dengan seliaan tempatan untuk perkhidmatan di Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Jepun. Bagi menyokong pangkalan pelanggan dan aktiviti yang semakin meningkat di Timur Tengah dan Afrika, Joel Paul telah dinaikkan pangkat daripada Pengarah Urusan India kepada Pengarah Urusan IMEA.

Hernandez telah menerajui pembentukan dan pertumbuhan jenama RiseSmart di Australia dan New Zealand sejak tahun 2017 dan membawa bersama pengalaman dan kepakaran selama lebih 20 tahun dalam industri peralihan kerjaya untuk membantu memacu pengalaman yang luar biasa bagi pelanggan RiseSmart di APAC serta pekerja mereka.

"Ia merupakan suatu pencapaian kerjaya yang signifikan dalam membina dan mengembangkan kebolehlihatan pasaran Randstad RiseSmart di APAC," kata Hernandez. "Dengan platform teknologi bersepadu yang lancar dan jurulatih yang bertauliah serta berkelayakan, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk membantu organisasi di APAC dan rantau lain menyokong peningkatan pekerja mereka yang berterusan melalui penyelesaian peralihan kerjaya dan mobiliti bakat kami."

Sandy Wong ialah pemimpin eksekutif mobiliti bakat dan pengurusan tenaga kerja strategik berpengalaman dengan pengalaman perniagaan lebih 35 tahun di Greater China, Asia Pasifik, Eropah dan Rusia. Beliau mempunyai pengetahuan domain yang luas dan lebih 20 tahun pengalaman kepemimpinan bagi menguruskan projek peralihan kerjaya yang besar dalam industri perbankan, farmaseutikal, FMCG, kimia, FMCG, Syarikat Telekomunikasi dan IT.

Tina Lee merupakan pakar mobiliti bakat yang berpengalaman dalam sumber manusia, pendidikan tinggi dan perhubungan awam. Beliau telah memainkan peranan penting dalam membina hubungan dan kerjasama dengan organisasi di seluruh Asia Tenggara bagi menguruskan projek transformasi tenaga kerja dan perubahan yang merangkumi peralihan kerjaya, penempatan semula dan pengembangan kerjaya. Sebelum menyertai RiseSmart, Lee ialah Pengarah Bersekutu, Bahagian Pembangunan dan Latihan, Fakulti Perniagaan & Ekonomi, University of Hong Kong.

Joel Paul telah memainkan peranan penting dalam membina kehadiran RiseSmart di India sejak tahun 2008 dan kini, RiseSmart menyokong kebanyakan jenama paling terkenal dan pekerja paling ramai di negara tersebut serta menjadikan India sebagai salah sebuah pasaran RiseSmart yang paling pesat berkembang. Di bawah kepemimpinan Paul, Randstad RiseSmart India baru-baru ini telah diperakui sebagai tempat kerja popular oleh Great Place to Work Institute untuk tahun kedua berturut-turut. Dalam jawatan baharunya, Paul bertanggungjawab ke atas pertumbuhan berterusan RiseSmart di India, Timur Tengah dan Afrika.

"Kami melihat bahawa kebanyakan pelanggan kami semakin berusaha mencari penyelesaian penempatan dan mobiliti bakat untuk pekerja mereka di Timur Tengah dan Afrika," kata Paul. "Untuk menyokong strategi tenaga kerja mereka dengan lebih baik, kami memberi tumpuan untuk menyampaikan penyelesaian teknologi dan sentuhan inovatif kepada pasaran baru muncul ini melalui pengembangan Randstad RiseSmart di rantau ini." 

Source: Randstad RiseSmart
Keywords: Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion