SHANGHAI, 11 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul Internet Pelbagai Benda (IoT), hari ini mengumumkan pelancaran modul-modul radio baharu (NR) 5G generasi kedua yang mematuhi piawaian 3GPP Release 16. Pelancaran tersebut melibatkan modul-modul sub-6GHz Rx520F dan siri Rx520N selain siri RM530x bagi modul mmWave.
Modul-modul NR 5G yang baru dilancarkan adalah berasaskan Sistem Modem-RF 5G X65 dan X62 Qualcomm® Snapdragon™ terkini dan direka bentuk untuk memenuhi keperluan industri-industri yang memerlukan keupayaan jalur lebar mudah alih yang dipertingkat dan komunikasi yang andal. Modul-modul ini juga akan mempercepatkan pengkomersialan teknologi 5G dan membawa faedah jalur lebar mudah alih untuk senario biasa termasuk Akses Tanpa Wayar Tetap, IoT Industri, Pengkomputeran Mudah Alih, teleperubatan, rangkaian persendirian dan banyak lagi.
Modul-modul sub-6GHz NR 5G baharu daripada Quectel terdiri daripada RG520F (LGA), RM520F (M.2) berasaskan Snapdragon X65 dan RG520N (LGA), RM520N (M.2) berasaskan Snapdragon X62. Pembekal modul ini akan turut menawarkan modul-modul generasi kedua yang menyokong sub-6GHz dan dwisambungan mmWave, Quectel RM530F dan modul RM530N (M.2).
Wajar disebutkan bahawa modul 5G baharu daripada Quectel menyokong ketiga-tiga kombinasi TDD sub-6GHz dan pengagregatan pembawa (CA) FDD. Ini dapat memastikan liputan, kapasiti dan daya pemprosesan 5G yang lebih luas dengan mendayakan kombinasi aset-aset spektrum 5G yang tersedia.
Dibandingkan dengan modul-modul terdahulu, produk 5G generasi baharu Quectel menyediakan ciri peningkatan asas yang penting bagi membawa keandalan pautan yang lebih baik dan kependaman ultra rendah, yang dijangkakan dapat mempercepatkan penggunaan komersial aplikasi 5G seperti IoT industri, pengautomatan kilang dan kenderaan terhubung.
Modul-modul berasaskan Snapdragon X65 yang canggih dapat menyokong kelajuan muat turun puncak seakan gentian sehingga 10Gbps, yang dapat menangani keadaan penggunaan 5G eMBB tertentu yang memerlukan kadar data yang luar biasa tinggi seperti strim langsung definisi ultra tinggi (UHD) 4K/8K.
Baca teks penuh: https://www.quectel.com/infocenter/news/quectel-announces-second-gen-of-5g-nr-modules-compliant-with-3gpp-r16-standard.htm
Latar Belakang Quectel
Keghairahan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul selular dan GNSS unggul yang disokong oleh bantuan serta perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang yang terdiri daripada 2200 ahli profesional, yang terbesar dalam industri modul IoT di seluruh dunia, memastikan bahawa kami menjadi yang pertama memasarkan dan terus menetapkan kadar pembangunan. Disenaraikan dalam Shanghai Stock Exchange (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut: www.quectel.com, LinkedIn, Facebook dan Twitter.
Ashley Liu
+86-551-6586 9386 x 8016
media@quectel.com