omniture

Pergolakan Politik Meningkatkan Permintaan terhadap Kewarganegaraan Kedua di Saint Kitts dan Nevis kerana Pelabur Mengutamakan Keselamatan dan Keselesaan

CS Global Partners
2021-02-11 20:15 5922

 

LONDON, 11 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Oleh kerana berlakunya pergolakan politik dan ketidakstabilan ekonomi di beberapa buah negara di Asia Tenggara, ramai jutawan mencari jalan alternatif untuk melindungi masa depan diri dan keluarga mereka. Kewarganegaraan kedua merupakan trend yang semakin meningkat di rantau ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan para pelabur kaya mencari jaminan perlindungan sekiranya berlaku krisis di negara asal mereka. Mereka beralih kepada pilihan popular iaitu Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan (CBI) Saint Kitts dan Nevis – sebuah program kewarganegaraan ekonomi yang paling lama di pasaran.

Dilancarkan pada tahun 1984, Saint Kitts dan Nevis telah melaksanakan program CBI selama hampir empat dekad yang membolehkannya menerima gelaran Standard Platinum. Proses pemerolehan kewarganegaraan ini memerlukan pemohon membuat pelaburan kelayakan melalui Sustainable Growth Fund (SGF) (Dana Pertumbuhan Lestari). SGF mula diperkenalkan pada tahun 2018 oleh Perdana Menteri Timothy Harris dan diiktiraf sebagai laluan paling cepat dan mudah untuk mendapatkan kewarganegaraan negara tersebut.

Setelah menjalani proses usaha wajar pelbagai peringkat yang terdiri daripada kedua-dua semakan dalaman dan luaran, pemohon yang berjaya akan memperoleh kewarganegaraan sepanjang hayat dengan hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara tersebut. Faedah istimewa kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis juga merangkumi peningkatan kebebasan perjalanan ke 156 buah negara, termasuk hab perniagaan utama, prospek perniagaan alternatif dan keupayaan untuk mewarisi kewarganegaraan kepada generasi akan datang.

Pelabur yang memilih untuk menetap di Saint Kitts dan Nevis berbuat demikian dengan keyakinan bahawa mereka berada dalam negara demokratik yang komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Kedua-dua buah pulau ini mempunyai kadar jenayah yang rendah dan kepemerintahan stabil yang menawarkan keselamatan dan keselesaan kepada rakyat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Saint Kitts dan Nevis juga telah menduduki tempat pertama di rantau ini dalam indeks Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law) untuk order, keselamatan dan keadilan sivil.

Micha Emmett, Ketua Pegawai Eksekutif CS Global Partners, mengulas tentang kepentingan kestabilan politik. "Tahun lalu, apabila seluruh dunia melaksanakan sekatan pergerakan, ramai yang terkurung dalam negara yang ditadbir oleh rejim politik yang tidak stabil. Keselesaan memiliki kewarganegaraan kedua dan kebolehan untuk menetap di sebuah negara yang anda dapat nikmati keselamatan dan keselesaan daripada sebuah kerajaan yang stabil dan saksama adalah amat berharga. Kami telah melihat Saint Kitts dan Nevis benar-benar berbeza berbanding kebanyakan kerajaan lain dari segi keupayaan untuk menawarkan keselesaan sedemikian kepada keluarga," beliau berkata.

Dengan sebahagian negara di rantau ini yang berhadapan dengan gelombang pergolakan dan peristiwa demonstrasi Hong Kong tahun lalu yang masih segar di minda orang ramai, para jutawan semakin mendambakan laluan alternatif bagi melindungi masa depan, kekayaan dan keluarga mereka.

+447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel