omniture

Zymo Research Melancarkan Perkhidmatan Penjujukan COVID-19 untuk Mengesan dan Mengawasi Kemunculan Varian Baharu SARS-CoV-2

Zymo Research Corp.
2021-02-11 21:26 3

Pelaporan pantas dengan daya pemprosesan yang tinggi membolehkan pengesanan potensi vaksin untuk terlepas daripada strain varian 

IRVINE, California, 11 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Zymo Research hari ini mengumumkan tentang Perkhidmatan Penjujukan Varian COVID-19 mereka. Perkhidmatan baharu ini mengembangkan penyelesaian baharu serba lengkap SARS-CoV-2 Zymo Research yang merangkumi pengumpulan sampel, pengekstrakan RNA dan pengesanan SARS-CoV-2. Pengesanan mutasi yang pantas dapat membantu mencegah penyebaran jenis strain virus baharu dan memberi amaran awal tentang potensi vaksin untuk terlepas daripada strain tersebut.

Zymo Research introduces its COVID-19 Variant Sequencing Service that aids in tracking the emergence and prevalence of novel SARS-CoV-2 variants.
Zymo Research introduces its COVID-19 Variant Sequencing Service that aids in tracking the emergence and prevalence of novel SARS-CoV-2 variants.

Zymo Research, sebuah penyedia perkhidmatan penjujukan yang diperakui oleh Illumina, menggunakan aliran kerja NGS COVIDSeq Illumina. Perkhidmatan serba lengkap ini termasuk teknologi peranti pengumpulan dan pengekstrakan automatik yang diperlukan, dengan jujukan RNA yang telah dilengkapkan pada platform Illumina. DNA/RNA ShieldZymo Research digunakan untuk pengumpulan, penghantaran dan pengawetan sampel tersebut. Pengawetan ini menyahaktifkan virus SARS-CoV-2 sambil menstabilkan RNA dan membolehkan penghantaran pada suhu bilik yang selamat untuk penjujukan dan persediaan pustaka yang mantap.

"Zymo Research terus memainkan peranan yang penting dalam memerangi pandemik COVID-19," kata Dr. Keith Booher, Ketua Perkhidmatan Zymo Research. "Apabila virus SARS-CoV-2 bermutasi, kami komited untuk membangunkan produk dan perkhidmatan dalam portfolio ujian COVID-19 kami untuk membantu makmal kerajaan dan organisasi kesihatan persekutuan dan tempatan mengenal pasti varian koronavirus baharu yang membimbangkan, termasuk yang baru muncul dari UK (B.1.1.7), Afrika Selatan (B.1.351) dan Brazil (P.1)."

Aliran kerja Perkhidmatan Penjujukan Varian COVID-19 ini terdiri daripada pengumpulan sampel, pemprosesan, penjujukan dan pelaporan. Sampel COVID-positif dikumpul dari pusat ujian dan dihantar ke Zymo Research dan syarikat bersekutunya untuk diproses. Pengekstrakan RNA automatik daripada sampel yang dikumpul dilaksanakan menggunakan platform robotik KingFisher Flex. Penjujukan dijalankan menggunakan teknologi penjujukan sintesis Illumina dan kemudian dianalisis menggunakan perkakasan pantas COVIDSeq DRAGEN Analysis Pipeline. Laporan akhir merangkum pengenalpastian strain COVID-19, liputan penjujukan genom, mutasi yang disahkan, genom konsensus dan fail jujukan yang belum diproses.

Untuk maklumat lanjut dan harga, sila layari laman web Zymo Research atau hubungi mereka melalui e-mel di covid19requests@zymoresearch.com.

Tentang Zymo Research Corp.
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi khidmat kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. "Keindahan Sains adalah untuk Menjadikan Semua Perkara Mudah", merupakan moto yang dizahirkan dalam semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Dikenali dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research melangkaui batas kemajuan dengan penyelesaian baharu untuk pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiomik, peranti diagnostik dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut tentang produk COVID-19 Zymo Research, sila layari pautan berikut:

Zymo Research Releases Free Software to Streamline COVID-19 Test Reporting 
Zymo Research Obtains CE IVD Mark for its Quick SARS-CoV-2 Multiplex Kit 
Zymo Research Obtains Emergency Use Authorization from FDA for Their Quick SARS-CoV-2 rRT-PCR Kit 
Zymo Research Receives CE IVD Mark for its Quick-DNA/RNA Viral MagBead Kit 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1437224/zymo_covid_19_variant_identification_service_pr.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)