omniture

Pemimpin saintifik dan veteran Novartis yang diperakui, menyertai Sai Life Sciences

Sai Life Sciences
2021-02-12 12:32 683

HYDERABAD, India, 12 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, salah satu Organisasi Penyelidikan, Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CRDMO) yang paling pesat berkembang di India, hari ini mengumumkan penyertaan tambahan oleh Dr. Mahavir Prashad, seorang pemimpin saintifik dan veteran industri yang diperakui, ke dalam pasukan kepemimpinan saintifiknya sebagai Naib Presiden Pembangunan Proses Fasa Awal. Dengan lebih tiga dekad pengalaman dalam penyelidikan canggih dan peranan menggalas tanggungjawab yang semakin meningkat dalam salah sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka di dunia, Dr. Prashad akan menjadi pencetus keupayaan Sai Life Sciences yang semakin meningkat serta membantu mempercepat program pembangunan ubat-ubatan para pelanggannya.

Acknowledged scientific leader and Novartis veteran joins Sai Life Sciences
Acknowledged scientific leader and Novartis veteran joins Sai Life Sciences

Dalam pengumuman tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sai Life Sciences, Krishna Kanumuri menyatakan, "Kami melihat Pembangunan Proses Fasa Awal sebagai faktor utama dalam penyingkatan jangka masa program pembangunan ubat-ubatan pelanggan kami ke pasaran. Keutamaan ini kini mengalami momentum yang signifikan dengan kehadiran Dr. Mahavir Prashad. Kepakaran saintifik beliau yang mendalam dan pengalaman luas dalam menguruskan penyumberan program pembangunan ubat-ubatan kepada pihak luar, sudah tentu menjadi suatu tambahan nilai yang tidak dapat disangkal sementara kami berusaha membina jentera penyampaian bertaraf dunia." 

Dr. Prashad merupakan seorang pemimpin bertauliah dalam R&D proses kimia dan memanfaatkan prinsip kimia hijau serta teknologi moden dalam sintesis API. Beliau mempunyai rekod prestasi saintifik yang cemerlang dengan 94 buah penerbitan, 4 buah artikel ulasan, 1 bab buku, 71 paten/permohonan dan 10 ceramah jemputan di persidangan saintifik. Beliau telah menerima anugerah Novartis Leading Scientist pada tahun 2002 dan anugerah Kepelbagaian & Penyertaan, Novartis Pharmaceuticals Corporation 2010. Dr. Prashad berkelulusan Ph.D. dalam bidang Kimia Organik dari Central Drug Research Institute di Lucknow, India dan dianugerahkan Post-Doctoral Research Fellowship oleh Duke University, North Carolina, AS.

Mengulas tentang pelantikannya, Dr.Mahavir Prashad berkata , "Saya sangat teruja dapat menyertai Sai Life Sciences dan pasukan kepemimpinan yang penuh bersemangat dengan strategi pemecutan Pembangunan Fasa Awal yang jelas. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan para saintis berbakat dan berdedikasi di Sai yang membolehkan rakan kongsi mereka menyampaikan ubat-ubatan baharu kepada pesakit dengan pantas dan bertanggungjawab melalui sains dan inovasi."

Sai Life Sciences kini sedang melakukan transformasi di seluruh organisasi. Ia melabur sebanyak USD150 juta daripada tahun 2019 hingga 2023 sebagai sebahagian daripada inisiatif Sai Nxtyang merangkumi tiga bidang teras – manusia & budaya, proses & automasi, infrastruktur & keupayaan saintifik.

Tentang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences ialah CRO/CDMO khidmat penuh yang didorong oleh visi untuk menyokong pelancaran 25 ubat-ubatan baharu menjelang tahun 2025.  Ia bekerjasama dengan syarikat inovasi farmaseutikal dan bioteknologi global, mempercepatkan penemuan, pembangunan dan pengeluaran molekul kecil yang kompleks. Sebagai sebuah pemain industri CRO-CDMO yang sejati, Sai Life Sciences telah berkhidmat kepada pelbagai program pembangunan NCE, memberi nilai berdasarkan kualiti dan kadar tindak balas secara konsisten. Kini, ia bekerjasama dengan 7 daripada 10 syarikat farmaseutikal yang terbesar, serta beberapa syarikat farmaseutikal dan bioteknologi bersaiz kecil dan sederhana. Sai Life Sciences dimiliki secara persendirian dengan sokongan pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. www.sailife.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1437298/mahavir_prashad_sai_life_sciences.jpg?p=medium600  

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements