omniture

Venture Global LNG Memuktamadkan Pinjaman Berjangka Dengan Bank-Bank Terkemuka Global Bernilai USD500 Juta

Venture Global LNG, Inc.
2021-02-12 22:00

ARLINGTON, Virginia, 12 Februari, 2021 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan pinjaman berjangka dengan nilai USD500 juta bersama JPMorgan Chase Bank, N.A., Morgan Stanley Senior Funding, Inc, Mizuho Bank, Ltd. dan Bank of America N.A. Pinjaman tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti pembinaan di projek eksport Gas Asli Cecair (LNG) Plaquemines syarikat tersebut sebelum keputusan pelaburan akhir (pre-FID) di samping untuk tujuan umum korporat.  Urus niaga ini telah ditingkatkan daripada USD400 juta kepada USD500 juta berdasarkan faedah pinjaman yang kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mike Sabel menyatakan, "Kami berbangga dapat terus bekerjasama dengan kumpulan bank terkemuka ini, yang kesemuanya merupakan pemberi pinjaman kemudahan eksport Gas Asli Cecair Calcasieu Pass sambil kami bergerak ke arah pelancaran pembinaan penuh Gas Asli Cecair Plaquemines pada tahun 2021.  Dengan mengulangi strategi kejayaan yang telah dirintis serta menggunakan konfigurasi yang sama, kami akan terus merealisasikan komitmen kami untuk menghasilkan Gas Asli Cecair pada kos terendah di pasaran global dan membekalkan tenaga yang bersih dan dipercayai bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia."

Projek Gas Asli Cecair Plaquemines Venture Global telah memperoleh 3.5 MTPA daripada 10 MTPA kontrak fasa pertama kemudahan tersebut, di bawah perjanjian dagangan selama 20 tahun dan mendapat kelulusan mengeksport daripada Jabatan Tenaga (DOE) serta kelulusan akhir Kesatuan Kawal Selia Tenaga Persekutuan (FERC).  

JPMorgan dan Morgan Stanley bertindak sebagai pengatur bersama utama dalam urus niaga tersebut manakala Bank of America dan Mizuho sebagai pemberi pinjaman.  Davis Polk & Wardwell LLP dan Simpson Thatcher & Bartlett LLP masing-masing bertindak sebagai peguam Peminjam dan Pemberi Pinjaman.  

Tentang Venture Global LNG 

Venture Global LNG ialah syarikat penyedia Gas Asli Cecair A.S. jangka panjang dan berkos rendah yang dibekalkan dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber.  Syarikat tersebut sedang membina atau membangunkan lebih 50 MTPA kapasiti pengeluaran di Louisiana untuk menyediakan tenaga yang bersih dengan harga yang berpatutan ke seluruh dunia.  Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com

 

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Contracts