BEIJING, 13 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Tahun 2021 merupakan Tahun Lembu mengikut zodiak Cina. Dalam budaya Cina, lembu melambangkan pekerja yang bekerja keras yang kurang diperhatikan, pintar dan andal. CGTN Digital akan menyiarkan Gala Festival Musim Bunga penuh tahun ini buat julung kalinya. Sertai kami dan ketahui tentang resolusi tahun baharu dan aspirasi yang dihasratkan oleh warga Cina untuk tahun baharu ini.
Gala Festival Musim Bunga, atau "Chunwan" dalam bahasa Cina, disiarkan pada malam menjelang Tahun Baharu Lunar Cina apabila berjuta-juta keluarga Cina berkumpul. Gala tahun ini jatuh pada tarikh 11 Februari dan tetap diteruskan meskipun dengan pandemik yang masih melanda.
Pertama kali diadakan pada tahun 1983 oleh China Central Television (CCTV), rancangan tahunan ini merupakan rancangan televisyen yang paling banyak ditonton di dunia. Sebagai bahagian penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina, pertunjukan hebat selama berjam-jam lamanya itu biasanya menampilkan lagu, persembahan dan sketsa komedi.
CGTN Digital telah membuat satu rangkuman untuk menyampaikan segala yang perlu anda ketahui mengenai rancangan yang hebat ini.
Penerokaan belakang pentas: Temui pengarah dan penghibur
Pada hari Rabu, hanya tinggal sehari sebelum tersiarnya rancangan tersebut, CGTN Digital ke belakang pentas bagi membongkar rahsia gala 2021.
Chen Linchun, ketua pengarah Gala Festival Musim Bunga 2021, mengulas mengenai sorotan utama tahun ini dan ciri-ciri pesta visual ini. Beliau berkata bahawa gala ini telah beradaptasi dengan pandemik COVID-19 dan akan menggunakan teknologi yang terkini menerusi banyak cara.
Salah seorang penghibur gala pada tahun ini ialah penyanyi Roy Wang, atau Wang Yuan, yang merupakan anggota kumpulan popular TFBoys. Beliau berkata bahawa beliau akan menyanyikan sebuah lagu untuk kanak-kanak dengan gabungan muzik elektronik dan tarian, yang turut menyatakan bahawa muzik tersebut mempromisi budaya Cina tradisional menerusi beberapa bentuk baharu.
Pelakon wanita Cina Yang Mi merupakan penghibur gala kali pertama. Beliau berkata bahawa pentas tersebut merupakan satu acara yang sangat istimewa untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan di tengah-tengah pandemik ini dan beliau mengucapkan selamat maju jaya buat semua untuk tahun yang mendatang.
Tinjauan semula gala lalu
Gala ini bukan sahaja menjadi penetap trend hiburan, tetapi juga sebagai saksi kepada pertumbuhan ekonomi China sepanjang beberapa dekad yang lalu. Berikut merupakan sorotan utama Gala Festival Musim Bunga sepanjang 38 tahun yang lalu.
Faye Wong (Kanan), penyanyi Cina yang berkembang di Hong Kong, membuat penampilan sulung dengan menyanyikan "Meet in 1998" bersama Na Ying (Kiri) pada Gala Festival Musim Bunga 1998. /CCTV
A hingga Z Gala Festival Musim Bunga: Detik-detik yang tidak dapat dilupakan pada tahun 1980-an
A hingga Z Gala Festival Musim Bunga: Detik-detik yang tidak dapat dilupakan pada tahun 1990-an
A hingga Z Gala Festival Musim Bunga: Detik-detik yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2000-an
A hingga Z Gala Festival Musim Bunga: Detik-detik yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2010-an
Apa yang boleh diharapkan tahun ini
Sebagaimana banyak acara lain yang diadakan semasa pandemik, rancangan tahun ini turut menampilkan beberapa persembahan maya. Gala ini menonjolkan unsur Cina, ciri-ciri etnik, budaya serantau dan tamadun berbeza di dunia, menurut sidang akhbar berkenaan. Pelbagai gaya tarian termasuk tarian klasik Cina, tarian rakyat etnik minoriti dan tarian kontemporari turut dipersembahkan, bagi menawarkan persembahan penjamu mata kepada penonton.
Treler Gala Festival Musim Bunga 2021 menggamit perhatian penonton
Gala Festival Musim Bunga 2021 akan menampilkan 5G, 3D dan AI
Raptai Gala Festival Musim Bunga 2021 kelima memastikan kelancaran penyiaran
Raptai Gala Festival Musim Bunga 2021 keempat menjamin kelancaran persembahan
Raptai kedua Gala Festival Musim Bunga 2021 memaparkan teknologi baharu
Gala Festival Musim Bunga lwn. Super Bowl
Tahun ini, waktu penganjuran Gala Festival Musim Bunga yang bertempat di China dan Super Bowl yang bertempat di A.S. adalah sangat dekat. Masing-masing menikmati populariti yang cukup besar antara rakyat dari kedua-dua negara, kedua-dua acara ini berkongsi banyak persamaan serta perbezaan. Disertai oleh wartawan dari Beijing dan Los Angeles, CGTN mempersembahkan vox pop bagi menunjukkan apa yang difikirkan oleh dua orang individu mengenai dua simbol budaya kedua-dua negara ini.
Warga asing kagum dengan persembahan gala Festival Musim Bunga yang lalu
Bagaimana Gala Festival Musim Bunga, iaitu simbol budaya China, dilihat pada mata warga asing? Dalam video reaksi ini, CGTN memilih enam detik gala klasik sejak 38 tahun yang lalu dan menjemput seorang warga Amerika di Beijing untuk menonton klip video tersebut, yang berbeza-beza bermula dengan lagu popular, tarian yang indah hinggalah seni mempertahankan diri. Adakah beliau akan mengalami kejutan budaya? Ayuh kita saksikan!
Permainan mudah alih 'Fighting Monster Virus'
Dalam mitologi Cina, Festival Musim Bunga berasal daripada sebuah kisah mengenai seseorang yang menewaskan raksasa yang bernama Xi. Tahun 2020 menyaksikan dunia dilanda pandemik yang tidak dijangkakan. Percutian dan perhimpunan dibatalkan tatkala virus raksasa melanda jalanan, lantas menimbulkan ketakutan dan panik. CGTN memperkenalkan permainan mudah alih "Fighting Monster Virus," yang melaluinya anda bukan sahaja dapat mempelajari mengenai budaya Cina dan Festival Musim Bunga, tetapi turut menyedari kepentingan perpaduan umat manusia apabila memerangi coronavirus.
CGTN mengadakan sesi Soal Jawab
Kami turut memperkenalkan siri video Soal Jawab (Q&A) dan mewawancara enam pembaca berita daripada CGTN termasuk Liu Xin, Wang Guan, Tian Wei, Zhong Shi, Li Dongning dan Zou Yun. Pembaca berita CGTN Liu Xin dan Wang Guan merumuskan tahun 2020 mereka dan berkongsi resolusi Tahun Baharu Cina mereka bersama CGTN Digital.
Secara Langsung: Sambutan maya untuk Festival Musim Bunga 2021
Sambutan untuk festival tahun ini kelihatan jauh berbeza. Semua perkara yang wajib dilakukan seperti perjumpaan, makan malam bersama keluarga dan pelancongan kini harus diberi pertimbangan mengenai jarak sosial ekoran wabak COVID-19. Namun begitu, sambutan maya masih merupakan cara yang baik untuk kita semua menyampaikan ucapan selamat kita kepada sanak saudara dan rakan taulan.
Dalam episod "The Chat Room" ini, kami menjemput tetamu asing yang menetap di China dan warga Cina yang berhijrah ke luar negara selama bertahun-tahun untuk berkongsi rancangan Tahun Baharu Cina 2021 mereka. Apakah bahagian yang digemari oleh mereka daripada Festival Musim Bunga? Apakah tradisi Festival Musim Bunga yang diamalkan bersama keluarga mereka? Sejauh manakah pandemik akan mempengaruhi aktiviti perayaan mereka? Sertai CGTN untuk sambutan dalam talian bagi mengalu-alukan Tahun Lembu dan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 yang luar biasa.
Nantikan CGTN untuk butiran lanjut mengenai Gala Festival Musim Bunga bagi menyambut Tahun Lembu.
Artikel asal: di sini