omniture

PICS Telecom menerima Anugerah Pembekal Lestari Verizon 2020

PICS Telecom
2021-02-15 20:00 1181

BRISTOL, England, 15 Februari 2021 /PRNewswire/ -- PICS Telecom dipilih sebagai pemenang anugerah pembekal lestari global Verizon untuk tahun 2020.

Penganugerahan yang disampaikan oleh James J. Gowen, Ketua Pegawai Kelestarian Verizon ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap jalinan kerjasama yang wujud antara PICS dan Verizon dan bagi menyokong kerja-kerja kelestarian Verizon di seluruh dunia yang dijalankan melalui aktiviti pemulihan, penugasan, penggunaan dan kitar semula lebihan aset di seluruh rangkaian mereka yang luas.

Pada tahun 2019, penduduk dunia menghasilkan 53.6 juta tan metrik e-sisa yang membimbangkan dengan purata 7.3 kg per kapita (The Global E-waste Monitor 2020).

Jika sesuatu proses itu tidak dapat dikekalkan pada kadar atau tahap tertentu, ia ditakrifkan sebagai tidak lestari. Aset rangkaian di penghujung hayat yang dihantar ke tapak pelupusan merupakan suatu amalan yang tidak lestari. Verizon dan PICS bekerjasama secara kolektif untuk membangunkan sistem yang lestari, sambil bersedia untuk menggunakan serta mengitar semula sisa sedia ada kami bagi melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah dan lebih hijau.

"PICS berbangga menerima anugerah ini daripada rakan kongsi kami di Verizon. Anugerah ini bukan sahaja membuktikan etos PICS dalam membantu rakan kongsi kami berurusan dengan rangkaian mereka melalui cara yang paling lestari dan paling hijau, namun turut menjadi bukti komitmen Verizon sebagai peneraju amalan lestari berskala global."
– Tim Williams Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden PICS Telecom

Tentang PICS

PICS Telecom merupakan penjual peralatan telekomunikasi dan data baharu dan terpakai global, yang disokong dengan pengalaman melebihi 28 tahun dalam industri ekonomi kitaran. Kami menyokong pengendali rangkaian dalam semua saiz di seluruh dunia menggunakan penyelesaian teknologi hijau untuk menambah baik, mengekal serta melanjutkan jangka hayat rangkaian mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian ekonomi kitaran kami, sila klik di sini.

PICS menawarkan perkhidmatan pengurusan aset yang telus dan komprehensif yang membolehkan rakan kongsi kami membeli, mengguna, membersih, menjual dan mengitar semula peralatan rangkaian sama ada Optik, tanpa wayar, IP, CPE atau apa-apa sahaja yang berada di antaranya.

Pasukan kami di PICS Telecom terdiri daripada pakar industri global yang bekerjasama dan mempunyai lebih 400 tahun kombinasi pengalaman dalam membantu rakan kongsi kami mencapai sasaran Perbelanjaan Modal (CAPEX), Perbelanjaan Operasi (OPEX) dan alam sekitar mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian PICS yang memenangi anugerah, sila layari www.picstelecom.com.

Hubungan Media: 
marketing@picstelecom.com 

 

 

Source: PICS Telecom
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility