![]() |
Rangkuman kluster negeri membolehkan penjual dan pembeli media memahami khalayak dari pelbagai platform melewati sempadan negara
NEW DELHI, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Comscore mengumumkan penambahan kluster negeri baharu ke dalam set pengukuran khalayak digital di India, hari ini. Pengenalan kluster baharu ini membolehkan pelanggan penyelesaian pengukuran khalayak digital Comscore untuk memperluas akses mereka bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang khalayak digital berdasarkan lokasi di India.
Pelancaran kluster negeri ini turut membuka peluang baharu kepada para penerbit, pengiklan dan agensi kerana pengguna kini berupaya membahagi-bahagikan pelanggan berdasarkan lokasi mereka di 16 buah negeri di seluruh India. Sehubungan itu, pelanggan akan dapat menyesuaikan keperluan khalayak agar berpadanan dengan lokasi pelanggan yang ingin dicapai oleh sesuatu jenama atau produk.
"Kami amat gembira membawakan keupayaan baharu ini ke dalam set pengukuran khalayak digital kami di India" kata Kedar Gavane, Naib Presiden Kanan APAC, Comscore. "Apabila merancang untuk sebuah pasaran yang pelbagai dan besar seperti India, semakin banyak data granular yang mampu anda miliki adalah lebih baik. Sebagai contoh, dengan terdapatnya lebih 70,000 suratkhabar, pengguna India mempunyai kepelbagaian dalam pilihan dan pengiklan perlu memahami kedudukan khalayak mereka dalam satu landskap media yang luas. Kluster baharu ini akan memberikan pelanggan kami pemahaman yang diperlukan untuk membuat keputusan yang bernas dalam perancangan mereka."
Untuk maklumat lanjut tentang set pengukuran khalayak digital Comscore dan kluster khalayak baharu yang kini tersedia, sila hubungi kami.
Tentang Comscore
Comscore (NASDAQ: SCOR) merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam merancang, melakukan urus niaga dan menilai media di seluruh platform. Dengan jejak data yang menggabungkan digital, TV linear, kecerdasan tontonan yang canggih dan teaterikal serta pemahaman yang maju tentang khalayak, Comscore membolehkan penjual dan pembeli media mengukur tingkah laku pelbagai paparan dan membuat keputusan perniagaan dengan penuh keyakinan. Sebagai sebuah syarikat terkemuka yang terbukti dalam pengukuran digital dan khalayak kotak atas set serta pengiklanan berskala, Comscore merupakan sumber pihak ketiga yang baru muncul dalam industri untuk pengukuran silang platform yang boleh dipercayai dan komprehensif. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Comscore, sila layari Comscore.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/327730/comScore_Logo.jpg?p=medium600