omniture

LogiNext, sebuah syarikat teknologi logistik global, bekerjasama dengan AmRest iaitu salah sebuah syarikat pengendali francais terbesar bagi KFC, Pizza Hut, Burger King dan Starbucks, dalam perkhidmatan penghantaran kepada pengguna akhir

LogiNext
2021-02-18 22:21 1760

NEW YORK dan LONDON, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- LogiNext, sebuah syarikat teknologi global dengan misi untuk mengoptimum dan mengautomasikan dunia logistik B2B dan penghantaran ke rumah, hari ini mengumumkan kerjasama dengan AmRest Holdings, pengendali restoran francais pelbagai jenama terkemuka di Eropah yang beribu pejabat di Sepanyol. Perkongsian ini melibatkan pelancaran teknologi kepada ratusan restoran yang dilaporkan oleh Amrest, telah memberi manfaat kecekapan yang besar dari segi pendigitalan operasi penghantaran dan memenuhi janjinya kepada pelanggan untuk penghantaran yang pantas.

Global Logistics Tech company LogiNext partners with Amrest, Europe's leading multi-brand franchise restaurant operator
Global Logistics Tech company LogiNext partners with Amrest, Europe's leading multi-brand franchise restaurant operator

Melalui perkongsian ini, AmRest mendapat akses ke platform Mile LogiNext yang mempunyai fungsi-fungsi seperti pengambilan pesanan, penjadualan, penugasan pemandu serta pengalaman pelanggan yang lengkap secara automatik untuk lebih 2,000 restoran khidmat pantas dan kasual  AmRest yang merangkumi jenama seperti KFC, Pizza Hut, Burger King dan Starbucks. Bagi LogiNext, kehadiran AmRest yang besar di Eropah akan membantu meletakkan rantau ini kepada kedudukan nombor 2 dari segi hasil LogiNext. Perkongsian ini turut meletakkan  AmRest sebaris dengan syarikat teknologi makanan gergasi seperti Uber Eats, Meituan, Grubhub dan Deliveroo dengan pengalaman penghantarannya yang pantas dan unik.

"Melalui penggunaan algoritma AI dan ML LogiNext untuk automasi logistik keseluruhan, beberapa perusahaan Fortune 500 telah mengautomasi sepenuhnya kedua-dua model penghantaran atas permintaan dan berjadual. Kerjasama dengan AmRest ini adalah amat penting kerana ia akan membawa pengalaman pelanggan ke fasa seterusnya dalam domain perkhidmatan pantas dan restoran kasual," kata Mradul Khandelwal, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan LogiNext.

"Platform LogiNext Mile telah mengendalikan jutaan pesanan pada tahun lalu untuk restoran AmRest berserta pengoptimuman laluan yang hebat, manakala algoritma peruntukan automatik telah berjaya membawa peningkatan yang signifikan dari segi kecekapan. Penggunaan teknologi ini memberikan keterlihatan yang lebih baik kepada pengurus operasi, mengurangkan jejak karbon untuk bumi yang lebih hijau serta menyampaikan pengalaman yang lebih selamat dan lebih baik kepada rakan penghantaran dan pelanggan akhir," kata Dinesh Dixit, Naib Presiden Kecemerlangan Pelanggan LogiNext.

"Amrest telah menjadi pengendali restoran rantaian bebas yang terbesar di Eropah Timur. Kini, perkongsian yang menarik ini meningkatkan keupayaan operasi kami ke tahap yang lebih tinggi.  Berdasarkan keputusan  setakat ini, kami amat yakin bahawa teknologi LogiNext akan mempercepat pertumbuhan kami seterusnya bagi segmen dalam talian dan penghantaran di seluruh dunia," kata Dingeman Heijboer, Presiden Perniagaan dan Inovasi Baharu AmRest.

Hubungan Media:
admin@loginextsolutions.com
+1 339 244 0380

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1439784/loginext_amrest_partnership.jpg?p=medium600

 

Source: LogiNext
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Trucking and Road Transportation