omniture

Mahasiswa India telah Berkembang Maju di Peringkat Antarabangsa melalui Universiti-universiti Perubatan Luar Pesisir di Saint Kitts dan Nevis

CS Global Partners
2021-02-18 22:40 5021

LONDON, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Persekutuan Saint Kitts dan Nevis merupakan salah sebuah negara paling cantik dan meriah di atas muka bumi. Walau bagaimanapun, hutan hujan dan pelbagai hidupan liar di pulau tropika tersebut bukanlah satu-satunya sebab yang menjadikannya amat menarik. Ribuan doktor di seluruh dunia telah memperoleh ijazah mereka dari institusi perubatan di Saint Kitts dan Nevis. Sebagai sebuah negara yang berkembang maju dalam sektor pelancongan perubatan dan memiliki beberapa institusi perubatan luar pesisir yang sangat bertauliah, Saint Kitts dan Nevis membantu dalam membuka peluang kepada mahasiswa India yang ingin mengamalkan perubatan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan India.

 University of Medicine and Health Sciences (UMHS) terletak di Basseterre, Saint Kitts dan menganugerahkan ijazah Doktor Perubatan (MD) kepada siswazahnya. Sejak Mac 2011, para mahasiswa UMHS telah menyertai program latihan perubatan setiap tahun dan ditempatkan dalam pelbagai bidang kepakaran di seluruh AS dan Kanada. Institusi tersebut diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Saint Kitts dan Nevis, sebuah agensi yang tersenarai dalam Direktori Organisasi FAIMER dan Suruhanjaya Akreditasi Kolej Perubatan, sebuah badan antarabangsa yang tersenarai dalam Jawatankuasa Nasional untuk Pendidikan dan Akreditasi Perubatan Asing, iaitu sebahagian daripada Jabatan Pendidikan AS.

Medical University of the Americas juga merupakan suatu pilihan popular bagi mahasiswa India yang ingin belajar dalam bidang perubatan. Universiti ini terdiri daripada kelas yang bersaiz kecil untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam. Para mahasiswa mendapat sokongan seorang ke seorang daripada tenaga pengajar semasa mereka mempelajari sains asas dan asasi. Malah semasa giliran klinikal, para mahasiwa boleh mendapatkan sokongan peribadi yang berterusan. Sejak tahun 2001, kira-kira 88 peratus daripada jumlah keseluruhan siswazah telah berjaya memperoleh tempat dalam program latihan perubatan di AS dan Kanada. Kira-kira 99 peratus siswazah juga telah lulus Langkah 1 USMLE dalam percubaan pertama mereka.

Sebuah lagi institusi pendidikan tinggi yang paling berprestij di negara tersebut ialah Ross University School of Veterinary Medicine. Institusi ini ditauliahkan oleh American Veterinary Medical Association Council on Education dan ia menarik ramai mahasiwa dari AS serta mereka yang ingin memulakan kerjaya di sana. Tambahan pula, "Gaya hidup pulau yang aman dan sihat ini meyakinkan keluarga di India untuk menghantar anak mereka belajar di universiti di Saint Kitts dan Nevis," kata Paul Singh, Pengarah sebuah badan penasihat undang-undang yang berpusat di London.

Selain itu, mandat Perdana Menteri Timothy Harris yang mengutamakan keselamatan di pulau tersebut telah menjadikannya sebuah negara yang "berjaya", mengikut sebuah kajian oleh 4,000 orang saintis. Baru-baru ini, Perdana Menteri menyatakan, "Pada masa ini tiada penularan komuniti, tiada penularan kluster dan tiada kematian yang berlaku di Saint Kitts dan Nevis."

Pilihan Dana Pertumbuhan Lestari dalam Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan (CBI) negara tersebut menaja kebanyakan infrastruktur penjagaan kesihatan di Saint Kitts dan Nevis. CBI juga membiayai Program Pengurangan Kemiskinan semasa sekatan pergerakan dengan menyediakan gaji bulanan kepada isi rumah berpendapatan rendah untuk kekal bertahan.

Sebagai negara pertama yang melaksanakan program kewarganegaraan melalui pelaburan, Saint Kitts dan Nevis diiktiraf sebagai Standard Platinum dalam industri.  Pilihan dana ini kekal sebagai laluan terpantas untuk memperoleh kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis yang membolehkan pemohon membuat sekali sumbangan berjumlah $150,000 untuk sebuah keluarga dengan maksimum empat orang ahli dalam tawaran masa terhad yang telah dilanjutkan tempoh. Setelah diluluskan, warganegara Saint Kitts dan Nevis boleh melakukan perjalanan tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 156 buah negara.

Kewarganegaraan kedua St Kitts dan Nevis juga akan memudahkan proses permohonan untuk mana-mana institusi akademik yang dinyatakan di atas serta proses yang lebih lancar untuk memperoleh visa AS dan Kanada bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Sebagai sebuah Negara Komanwel, kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis juga boleh membantu dalam pengalaman kehidupan pelajar yang lebih teratur di UK.

pr@csglobalpartners.com
www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Education Health Care/Hospital Higher Education Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel