omniture

Dole Melancarkan Dana Sunshine For All untuk Memacu Inovasi bagi Menutup Jurang pada Pemakanan yang Baik

Dole Packaged Foods, LLC
2021-02-19 08:00 72

Dana Global ini Akan Memacu Jenama bagi Memenuhi Janjinya

SINGAPURA, 19 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Setelah lebih enam bulan mengisytiharkan The Dole Promise (Janji Dole) kepada dunia, Dole Asia Holdings dan anak syarikatnya sedang memberi tumpuan terhadap kesedaran global dan tindakan segeranya melalui pelancaran Dana Sunshine for All™ , sebuah dana tahunan bernilai $2 juta yang akan menyokong perkongsian dan inovasi strategik global dalam bidang kelestarian yang penting iaitu akses makanan dan pengurusan sisa. Dana ini dilancarkan seiring dengan pelancaran The Growing Distance iaitu sebuah filem pendek berkenaan jurang kritikal yang dilihat oleh syarikat tersebut sebagai halangan kepada pemakanan yang baik untuk semua.


Statistik pemakanan global yang mengejutkan dan semakin merosot mendorong Dole untuk mencari penyelesaian. Sebagai contoh, hampir satu perempat daripada populasi dunia mengalami tahap kebimbangan pemakanan daripada sederhana hingga teruk1 dan satu pertiga makanan global yang dihasilkan untuk kegunaan manusia telah hilang atau dibazirkan2. Melalui kerjasama dengan inovator berbakat, syarikat permulaan yang berjaya dan rakan kongsi progresif, Dana ini akan menangani jurang kemampuan dan sisa makanan serta kebolehcapaian dan kebolehterimaan – kesemuanya adalah untuk mendorong ke arah memenuhi Janji Dole dan untuk Manusia, Bumi ini serta Kemakmuran kita semua.

"Kami telah menetapkan tempoh lima tahun untuk mencapai matlamat dan  inovasi beriltizam tinggi kami yang akan mendorong kami bergerak pantas ke hadapan. Hasrat kami adalah untuk bekerjasama dengan para inovator dan membuka peluang evolusi yang besar dengan penyelesaian yang ketara. Ini akan menjadi penyebab utama yang mendayakan perniagaan kami ke arah kebaikan secara berterusan," kata Christian Wiegele, Presiden Dole Asia Fresh.

Dole menyedari keperluan kerjasama dengan rakan kongsi yang sehaluan untuk turut serta dalam memerangi ketidakadilan makanan di seluruh dunia. Oleh itu, syarikat ini sedang mencari rakan kongsi – merangkumi usahawan, syarikat permulaan, perusahaan dengan pemikiran strategik hingga kepada yang berimpak sosial serta NGO – untuk membawa bersama kepakaran mereka dalam pengeluaran makanan, sains pemakanan, pembungkusan boleh dikompos, rantaian bekalan, logistik, pertanian lestari dan barangan pengguna cepat laris sebagai sokongan. 

"Usaha kami untuk membawa Dana Sunshine for All semasa pandemik ini mengukuhkan kepercayaan kami bahawa orang ramai akan menyertai kami sekiranya mereka percaya dengan usaha yang kami lakukan," kata Barbara Guerpillon, Ketua Perusahaan Global, Dole Packaged Foods and Asia Fresh. "Dana ini merupakan isyarat kami kepada dunia bahawa kami membuka peluang kepada perniagaan yang sedang mencari, mendorong dan memupuk inovasi, tindakan serta perubahan."

Untuk mengetahui lebih lanjut atau memohon dana tersebut, sila layari sunshineforall.com

Tentang Dole Asia Holdings Pte Ltd. 
Dole Asia Holdings Pte Ltd. merupakan peneraju dunia dalam penanaman, penyumberan, pengedaran serta pemasaran buah-buahan dan makanan ringan yang sihat. Dole menjual serangkaian lengkap buah-buahan yang dibungkus untuk penjualan di rak merangkumi buah-buahan beku, buah-buahan kering dan jus. Syarikat ini memberi tumpuan kepada empat bidang kelestarian dalam kesemua operasinya: pengurusan air, jejak karbon, pemuliharaan tanah dan pengurangan sisa makanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari dolesunshine.com.

Tentang Janji Dole 
Pada tahun 2020, Dole telah mengumumkan Janji Dole, dengan tiga terasnya berkisarkan pemakanan, kelestarian dan penciptaan nilai bersama.

  • Lebih Baik untuk Manusia: Akses kepada pemakanan lestari untuk 1 bilion orang menjelang tahun 2025, menuju ke arah sifar gula yang diproses dalam semua produk Dole Packaged Foods menjelang tahun 2025.
  • Lebih Baik untuk Bumi: Berusaha untuk mencapai kehilangan sifar buah-buahan dari ladang Dole ke pasaran menjelang tahun 2025, menyasarkan kepada pembungkusan plastik berasaskan fosil sifar menjelang tahun 2025. Berusaha ke arah pelepasan karbon sifar bersih dalam operasi Dole menjelang tahun 2030.
  • Lebih Baik untuk Pihak Berkepentingan: Dole akan terus memberikan impak positif kepada semua petani, masyarakat dan orang yang bekerja untuk Dole – melalui komitmennya terhadap peluang yang sama, sara hidup dan tahap keselamatan, pemakanan dan kesejahteraan yang semakin meningkat. Syarikat ini juga berusaha untuk memajukan hak asasi manusia dalam operasi langsung dan rantaian bekalan dengan membina budaya ketelusan dan akauntabiliti. Syarikat ini turut menyasarkan peningkatan sebanyak 50% dalam nilai perniagaannya menjelang tahun 2025.

1 World Health Organization: The State of Food Security & Nutrition in the World
2
 Food & Agriculture Organization of the UN: Food Loss & Food Waste

 

 

 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1440032/dole_childhood_nutrition.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/152677/dole_packaged_foods_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Dole Packaged Foods, LLC
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Retail Corporate Social Responsibility