Diperbuat daripada botani disuling yang sama seperti London Dry, Tanqueray 0.0% menawarkan pilihan arak tanpa alkohol yang kekal dengan rasa Tanqueray dengan sempurna.
LONDON, 22 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini merupakan pelancaran bagi Tanqueray 0.0%, suatu alternatif minuman keras tanpa alkohol kepada gin Tanqueray London Dry, yang menjadi pilihan minuman terbaik bagi mereka yang tidak mahu berkompromi dengan rasa. Pilihan minum keras tanpa alkohol dan rendah alkohol dijangka akan meningkatkan pertumbuhan minuman dewasa sebanyak 23% dalam tempoh tiga tahun akan datang*, disertai dengan Tanqueray 0.0% yang menjadi penambahan menarik kepada pasaran.
Terdapat banyak masa apabila kita semua berhak mendapat sedikit ganjaran; suatu minuman istimewa untuk diminum dan dinikmati dengan rakan-rakan dan dengan Tanqueray 0.0% yang baharu, ia membuatkan anda tidak perlu berkompromi dengan kualiti atau rasa. Tanqueray 0.0% telah diperbuat menggunakan campuran botani berkualiti yang sama yang digunakan dalam pembuatan gin Tanqueray London Dry seperti: juniper pain, ketumbar pedas, anjalika beraroma dan likuoris manis. Ia menghasilkan minuman keras tanpa alkohol yang menakjubkan, dengan rasa terbaik, walaupun tanpa alkohol.
Ditubuhkan di Bloomsbury, London pada tahun 1830; Tanqueray sentiasa didorong oleh semangat pengasasnya iaitu Charles Tanqueray dalam penerokaan dan inovasi. Tanqueray 0.0% menyertai pilihan terkenal seperti: Tanqueray London Dry, Tanqueray No. Ten, Tanqueray Rangpur, Tanqueray Flor De Sevilla, Tanqueray Blackcurrant Royale dan beberapa edisi terhad yang lain.
Pakar Penyuling Tanqueray, Terry Fraser, berkata "Pasukan inovasi kami yang mahir telah menggabungkan kepakaran dan pengetahuan penyulingan Gin yang bersejarah selama bertahun-tahun untuk menghasilkan pengalaman minuman keras tanpa alkohol yang boleh dipercayai. Sebagai salah satu jenama gin premium terlaris di dunia, kami tahu bahawa Tanqueray 0.0% merupakan suatu pengalaman yang peminat kami tidak mahu lepaskan. Minuman ini mempunyai kualiti rasa seperti koktel yang sofistikated dan apabila dicampurkan dengan air tonik klasik, ia menjadi minuman yang anda tidak perlu berkompromi dengan kualiti dan rasa jika anda memilih untuk tidak meminum alkohol.
"Dihasilkan melalui penyulingan botani yang sama yang digunakan dalam Gin Tanqueray London Dry, botani ini secara individu direndam di dalam air, dipanaskan dan kemudian disuling sebelum dicampurkan secara mahir untuk mendapatkan intipati rasa Tanqueray dalam minuman alternatif tanpa alkohol yang lazat. Proses penyulingan istimewa ini merupakan rahsia yang dijaga dengan teliti yang hanya diketahui oleh segelintir orang dan kami sangat berbangga untuk memberi rasa juniper dan sitrus yang dijangkakan daripada Tanqueray kepada peminum gin apabila mereka memilih untuk tidak meminum alkohol."
Tanqueray 0.0% juga merupakan pilihan rendah kalori bagi mereka yang memilih untuk menyederhanakan, dengan hanya 6 kcal setiap 50ml. Ini tidak termasuk tonik kerana ia berbeza-beza.
Tersedia untuk dibeli dari bulan Mac 2021 di seluruh Sepanyol dan UK, Tanqueray 0.0% akan dijual pada harga runcit yang dicadangkan iaitu £16 bagi setiap botol 70cl serta boleh dibeli di Waitrose, Morrisons dan Sainsbury pada bulan Mac dan di semua pasar raya negara lain pada bulan April.
Cadangan Penyajian:
Sama seperti Tanqueray dan tonik kebiasaan anda, isi gelas sejuk dengan ais, tuangkan 50ml alkohol, 150ml air tonik segar dan hias dengan hirisan limau untuk dinikmati.
Maklumat kalori:
Kalori untuk 25ml ialah 3kcal, 50ml ialah 6kcal, tonik adalah berbeza-beza.
Tanqueray 0.0% juga tersedia untuk dibeli secara dalam talian:
Pelanggan UK boleh layari: http://bit.ly/2Nive88
Pelanggan Sepanyol boleh layari: https://www.amazon.es/dp/B08VY28PZV
#Tanqueray
#UnmistakablyTanqueray
Instagram: @tanquareygin
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441227/tanqueray_alcohol_free.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441228/tanqueray_bottle.jpg?p=medium600