omniture

Moët Hennessy Mengumumkan Kerjasama dengan Shawn JAY-Z Carter melalui Pemerolehan 50% dalam Champagne Armand de Brignac

Moët Hennessy
2021-02-22 22:08 100

PARIS, 22 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Moët Hennessy, peneraju dunia dalam minuman keras dan wain mewah dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan Shawn JAY-Z Carter melalui pemerolehan 50% kepentingan dalam Armand de Brignac, peneraju champagne berprestij. Perkongsian ini mencerminkan visi bersama antara Moët Hennessy dan Shawn JAY-Z Carter untuk masa depan Maison yang ikonik ini.

 

Mr. Shawn JAY Z Carter, Armand de Brignac
Mr. Shawn JAY Z Carter, Armand de Brignac

 

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/8855051-moet-hennessy-partnership-with-shawn-jay-z-carter/

Dengan penampilan menarik dan daya tarikan semula jadinya kepada pelbagai pengguna mewah dan global, Armand de Brignac telah membawa inovasi dan tenaga yang unggul untuk kategori Champagne sejak tahun 2006. Ia mencapai kejayaan di seluruh dunia dengan kehadiran yang kukuh di Amerika Utara, Asia dan Eropah serta lebih 500, 000 botol telah terjual pada tahun 2019, khususnya dengan kedudukan yang cemerlang dalam saluran bertenaga tinggi.

"Kami telah menyaksikan kejayaan hebat Armand de Brignac selama bertahun-tahun dan mengagumi kemampuan mereka untuk mencabar beberapa peraturan dalam kategori Champagne. Sering disebut sebagai "Ace of Spades", Armand de Brignac menembusi halangan dan mencerminkan kemewahan kontemporari sambil mengekalkan tradisi terroir Champagne. Hari ini, kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan mereka dan percaya bahawa gabungan pengalaman dan rangkaian antarabangsa Champagne kami berserta visi Shawn JAY-Z Carter, kekuatan jenama Armand de Brignac dan kualiti rangkaian cuvées berprestijnya akan membolehkan kami meningkatkan perniagaan ini ke tahap baharu di seluruh dunia," kata Philippe Schaus, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy.

"Saya dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan keluarga Arnault ke dalam syarikat kami melalui perkongsian ini yang bermula dengan Alexandre Arnault dan diteruskan oleh bapanya Bernard Arnault serta Philippe Schaus, di rumah saya di Los Angeles. Ia adalah sebuah perkongsian yang dirasakan begitu erat sepanjang masa. Kami yakin bahawa kekuatan rangka kerja pengedaran global, kekuatan portfolio yang tiada tandingan dan rekod prestasi cemerlang yang telah lama wujud dalam membangunkan jenama mewah Moët Hennessy akan memberi kuasa komersial yang diperlukan oleh Armand de Brignac untuk bercambah dan berkembang maju dengan lebih luas," kata Shawn JAY-Z Carter.

Perkongsian ini akan diperkukuhkan dengan pemerolehan kepentingan 50% dalam Armand de Brignac oleh Moët Hennessy, termasuk perjanjian pengedaran global. Struktur 50%-50% tersebut merupakan elemen yang penting dalam kerjasama ini dan memastikan kedua-dua rakan kongsi membawa bersama kekuatan dan kepakaran masing-masing.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441253/moet_hennessy_armand_de_brignac.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1388256/Moet_Hennessy_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Akhbar: 
Moet Hennessy
Jean-Christophe Laizeau
E-mel: jclaizeau@moethennessy.com

Source: Moët Hennessy
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Accounting news, issues Acquisitions, mergers, takeovers Broadcast feed announcements Joint ventures