omniture

Gan & Lee Umum Perkongsian Baharu dengan Persekutuan Diabetes Antarabangsa

Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
2021-02-23 13:09 61

BEIJING dan BRIDGEWATER, New Jersey, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd. (kemudiannya disebut sebagai Gan & Lee) (Shanghai: 603087.SH), sebuah syarikat biofarmaseutikal global, telah mengumumkan perkongsian kolaboratif dengan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) yang bermatlamat untuk menyokong usaha global mereka dalam mempromosikan penjagaan dan pencegahan diabetes di seluruh dunia. Kerjasama ini akan membolehkan peluang untuk menyokong inisiatif masa depan seperti pendidikan perubatan melalui School of Diabetes IDF serta menjadi rakan kongsi sulung dalam pelancaran platform WeChat IDF di China. Kerjasama ini juga akan membuka peluang untuk turut terlibat dalam inisiatif sokongan seperti Hari Diabetes Sedunia dan Ulang Tahun Keseratus Insulin. "Kerjasama Gan & Lee dengan IDF akan memberi peluang untuk menyokong inisiatif sokongan dan capaian global bagi membantu meningkatkan kehidupan pesakit diabetes," kata Kai Du, Ketua Pegawai Eksekutif Gan & Lee Pharmaceuticals, Pengerusi Gan & Lee USA Corporation.

Penjagaan diabetes adalah berbilang dimensi kerana interaksi yang kompleks antara faktor alam sekitar, gaya hidup, klinikal dan genetik. Komplikasi yang unik ini berserta akses kepada penjagaan, pendidikan dan perubatan yang berterusan amat mempengaruhi aliran klinikal tersebut. Menurut edisi terbaharu Diabetes Atlas IDF, kira-kira 463 juta orang dewasa (20-79 tahun) menghidap diabetes pada tahun 2019 dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 700 juta orang menjelang tahun 2045. Selain itu, 1 daripada 2 individu yang menghidap diabetes pada tahun 2019 tidak didiagnosis1. Gan & Lee memahami kepentingan menyokong inisiatif sumber pendidikan dan sokongan dalam talian untuk pesakit diabetes. "Persekutuan Diabetes Antarabangsa amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Gan & Lee sebagai rakan kongsi bagi menyokong kesedaran global, sokongan dan inisiatif pendidikan kami. Pada tahun yang menandakan ulang tahun keseratus penemuan insulin, tindakan penyelarasan dan kolaboratif bagi memastikan penjagaan dan pendidikan yang berpatutan dan lancar kepada semua penghidap diabetes, tanpa mengira tempat tinggal atau keadaan ekonomi mereka, adalah lebih penting," kata Profesor Andrew Boulton, Presiden Persekutuan Diabetes Antarabangsa.

Tentang Gan & Lee 

Gan & Lee berjaya membangunkan insulin manusia biosintesis domestik China yang pertama. Syarikat tersebut mempunyai lima analog insulin rekombinan yang dikomersialkan di China termasuk suntikan glargine bertindak lama (Basalin®), suntikan lispro bertindak pantas (Prandilin®), suntikan aspart bertindak pantas (Rapilin™), suntikan campuran lispro protamina zink (25R) (Prandilin®25), suntikan aspart 30 (Rapilin™30), pen suntikan insulin boleh guna semula (GanleePen™) dan jarum pen pakai buang (Ganlee Fine™). Hubungi kami di investorrelations@ganlee.us.

Rujukan 

1. International Diabetes Federation. IDF Diabetes Atlas, 9th ed. 2019.  https://www.diabetesatlas.org/upload/resources/material/20200302_133351_IDFATLAS9e-final-web.pdf

Hubungan Media:
Gina Antonucci
888-288-5395
investorrelations@ganlee.us

 

Source: Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603087
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts