omniture

American Wave Machines, Inc. Mengumumkan PerfectSwell® Shizunami

American Wave Machines, Inc.
2021-02-23 20:04

Projek Hampir Selesai Sebagai Persiapan Untuk Latihan Olimpik 

SOLANA BEACH, California, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- American Wave Machines, Inc. (AWM) mengumumkan bahawa PerfectSwell® Shizunami (静波サーフスタジアムPerfectSwell®) telah dibina dalam masa yang ditetapkan di bandar meluncur ombak Shizunami, Makinohara, Jepun.  Banyak kedai meluncur tempatan termasuklah  Jack Ocean Sports sudah pun menyediakan perkhidmatan kepada sebahagian besar peluncur tempatan dan dari luar. 

 

 

 

Pembinaan tempat Teknologi Peluncuran PerfectSwell® telah disiapkan pada tahun ini yang menyaksikan keadaan perniagaan yang sangat terganggu yang mempengaruhi perjalanan antarabangsa dan memberi cabaran terhadap produktiviti. Dengan bekerjasama, pemegang lesen Stadium Meluncur Jepun (SSJ) dan AWM mengatasi cabaran-cabaran rantaian bekalan dan logistik bagi menghantar ribuan komponen. Kerja-kerja awam telah disiapkan dalam masa 389 hari.

Semasa pemasangan oleh AWM, inovasi yang tidak pernah terlihat akan dilaksanakan secara berperingkat. 'Herotan Sementara', iaitu ciri reka bentuk ombak yang baru dicipta memungkinkan dimensi baharu bagi kawalan hidrodinamik. "Herotan Sementara akan membawa kepada pilihan gelombang yang sama sekali baharu bagi penggunaan berprestasi tinggi dan yang sedang belajar," kata William McFarland, Pengatur Cara Meluncur AWM. "Ia akan menambah elemen baharu kepada peluncuran yang menghasilkan gelombang yang lebih dinamik secara keseluruhan." Ciri-ciri baharu lain termasuk penaiktarafan kepada tindak balas kuasa sistem. "Keputusan ujian awal mengesahkan bahawa tindak balas prestasi yang dipertingkatkan telah dicapai." kata Ketua Jurutera Miquel Lazaro.

PerfectSwell® Shizunami menunjukkan bahawa peluncuran berprestasi tinggi boleh dicapai di lokasi yang agak kecil, yang terletak di kawasan bandar yang berpusatkan meluncur, yang dipanggil sebagai 'arena meluncur'. Skalabiliti ini menunjukkan bagaimana Teknologi Peluncuran PerfectSwell® boleh digunakan secara global dalam pelbagai bentuk penggunaan.  "Sukan meluncur diperkenalkan buat pertama kalinya di dalam Sukan Olimpik.  Ini adalah detik yang indah bagi sukan ini." kata Bruce McFarland, Pengasas AWM. "PerfectSwell® Shizunami menyediakan platform yang konsisten bagi atlet untuk latihan, pameran dan acara menjelang Sukan Olimpik." 

Tarikh pembukaan akan diumumkan setelah sekatan perjalanan ke Jepun ditamatkan dan AWM boleh menyiapkan PerfectSwell® Shizunami.

Tentang American Wave Machines

Teknologi peluncuran American Wave Machines, Inc. dilindungi oleh 39 paten dalam 11 bidang kuasa. Tempat-tempat SurfStream® berkapasiti 100 orang, manakala kolam meluncur PerfectSwell® adalah berkeluasan lebih 1 ekar dengan kapasiti 1,000 orang. Sejak tahun 2007, lebih 4,000,000 sesi telah berjaya diadakan di seluruh lokasi American Wave Machines di seluruh dunia.

Tentang Stadium Meluncur Jepun 

Stadium Meluncur Jepun ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan prinsip untuk menyumbang semula kepada komuniti. Stadium Meluncur Jepun akan meningkatkan semangat meluncur yang kuat yang sudah pun berkembang di Shizunami.

info@americanwavemachines.com 

 

Aerial view of PerfectSwell® Shizunami under final construction. Photo: Surf Stadium Japan.
Aerial view of PerfectSwell® Shizunami under final construction. Photo: Surf Stadium Japan.

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=SjBFcBpZH94 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441478/perfectswell_shizunami_aerial_view.jpg?p=medium600

Source: American Wave Machines, Inc.
Keywords: Entertainment Sports Outdoors/Camping/Hiking