omniture

Hopium Mengesahkan Prototaip Sedan Hidrogen Miliknya Akan Dilancarkan Dalam Bulan Jun 2021

Hopium
2021-02-23 21:00 90

PARIS, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Masa depan yang kini sedang dalam pembuatan. Pemandu lumba, Olivier Lombard mengesahkan pelancaran prototaip Hopium Māchina iaitu sedan berkuasa hidrogen dengan pelepasan sifar canggih yang pertama, dalam bulan Jun 2021.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8854851-hopium-confirms-hydrogen-sedan-prototype-coming-june-2021/.

Pengilang Perancis Hopium, yang tersenarai di Bursa Saham Paris pada akhir tahun lalu, berhasrat untuk menjadi peneraju dunia dalam mobiliti hidrogen apabila kenderaan tersebut akan mula digunakan di jalan raya menjelang tahun 2025.

Bagi mencapai hasil industri yang menakjubkan ini, Olivier Lombard, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hopium, dikelilingi oleh sepasukan pakar termasuk pereka bentuk kereta, Félix Godard yang sebelum ini berkhidmat di Porsche, Tesla dan yang terkini, Lucid Motors yang telah mencipta reka bentuk anggun dan garisan aerodinamik Hopium Māchina; serta Loïc Bouillo, Pengarah Program (sebelum ini di PSA dan Safran) yang bertanggungjawab dalam menyusun atur pembangunan kenderaan ini dan platform teknologinya.

Platform unik ini yang dilancarkan pada akhir Januari lalu, menetapkan standard untuk kereta hidrogen generasi akan datang. Ia direka khusus untuk menghasilkan ciri terbaik di atas muka bumi dan membawanya ke tahap tertinggi.

Model ini yang dilengkapi dengan teknologi proprietari revolusioner, menjanjikan prestasi unggul sebuah kenderaan hidrogen:  melebihi 500 hp serta jarak melebihi 1,000 km (lebih 629 batu) dengan rekod masa terpantas selama 3 minit. Ia akan menggabungkan ketersambungan hiper, keselamatan dan ergonomik dalam kabin bergaya sport dan selesa, serta menangani cabaran alam sekitar pada era masa kini.

Prototaip tersebut kini berada di peringkat pembuatan lanjutan dan merupakan yang pertama mengesahkan kecanggihan pelbagai teknologi yang digabungkan dalam kenderaan tersebut. Ia merupakan satu langkah penting dalam persediaan ketat untuk pengembangan industri.

Tentang HOPIUM

Sebuah syarikat Pengeluar Berteknologi Tinggi yang diasaskan oleh Olivier Lombard, pemenang termuda dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans, Hopium merupakan hasil pengalamannya sebagai pemandu lumba profesional. 

Olivier Lombard telah memandu kereta lumba berkuasa hidrogen selama 7 tahun menjadikannya sebagai pelumba paling berpengalaman di dunia dalam bidang ini. Perlumbaan tersebut umpama sebuah makmal terbuka yang memungkinkan Olivier Lombard dan pasukannya menghasilkan penyelesaian mobiliti baharu dalam menangani cabaran persekitaran kontemporari. Walaupun sektor pengangkutan bertanggungjawab dalam pelepasan gas rumah hijau hanya sebanyak 20%, namun syarikat tersebut menganggap dirinya berperanan dalam perubahan iklim.

Hopium menggabungkan sebuah pasukan yang terdiri dari rakan kongsi dan pakar terkemuka yang menerajui inovasi dalam sektor sel bahan api hidrogen dan kejuruteraan automotif.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441185/hopium_hydrogen_sedan_prototype.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1432668/Hopium_Logo.jpg?p=medium600

 

Hopium Machina Front View
Hopium Machina Front View

 

 

Source: Hopium
Related Stocks:
Bloomberg:MLHPI@FP EuronextParis:MLHPI ISIN:FR0014000U63 RICS:MLHPI.PA
Keywords: Alternative Energies Art Auto Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Broadcast feed announcements Environmental Issues New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)