omniture

Los Angeles Lakers Menamakan Hyperice Sebagai Penaja Rasmi Teknologi Pemulihan

Hyperice; Los Angeles Lakers
2021-02-23 21:56

Urus Niaga Pasukan NBA Pertama Mengembalikan Peneraju Teknologi Pemulihan kepada Asal Usulnya di Selatan California 

EL SEGUNDO, California dan IRVINE, California, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Los Angeles Lakers dan Hyperice hari ini mengumumkan perjanjian penajaan berbilang musim yang menamakan Hyperice sebagai Penaja Rasmi Teknologi Pemulihan untuk pasukan tersebut. Penajaan ini menandakan kerjasama pertama yang dilaksanakan dengan pasukan NBA individu dan memperluas kejayaan Hyperice dalam perkongsian liga NBA global yang dimeterai pada bulan Julai 2020 yang lalu.

Hypervolt Plus x L.A Lakers
Hypervolt Plus x L.A Lakers

Hyperice, peneraju industri dalam teknologi pemulihan dan perintis teknologi perkusi, getaran, pemampatan udara dinamik dan haba, akan menyediakan suatu rangkaian penuh peranti dan teknologi Hyperice kepada pasukan tersebut bagi mengoptimumkan prestasi dan mempercepat pemulihan. Para pemain juga akan dilengkapi dengan pengurut perkusi Hypervolt Plus dengan haba dan getaran Venom di tepi gelanggang semasa permainan, sebagai tambahan kepada HyperTanks yang disesuaikan di Pusat Latihan Kesihatan UCLA.

"Saya merupakan peminat fanatik Lakers sejak sekian lama. Ketika saya menubuhkan Hyperice, saya menggunakan khidmat pemain dan kakitangan latihan Lakers untuk mengesahkan teknologi kami dalam fasa ujian dan pembangunan produk," kata Anthony Katz, Pengasas dan Presiden Hyperice. "Sebahagian daripada produk-produk tersebut dan ulangan keluaran pada masa hadapan akan terus membawa pembaharuan kepada industri dan jenama. Setelah bekerjasama selama sembilan tahun dengan pasukan tersebut, kami berbangga dapat menjadikan tajaan ini rasmi dengan francais utama di NBA."

"Kami teruja dapat menjadi pasukan NBA pertama yang ditaja secara rasmi oleh Hyperice," kata Presiden Operasi Perniagaan Lakers, Tim Harris. "Kami komited untuk memberikan pemain kami akses kepada alat dan teknologi terbaik bagi membantu mengoptimumkan prestasi dan pemulihan mereka. Hyperice ialah peneraju industri dalam teknologi ini dan kami gembira dapat menyediakan peranti dan peralatan terkini yang paling canggih kepada pasukan kami di Pusat Latihan Kesihatan UCLA serta di gelanggang permainan kami."

"Sama seperti Lakers, Hyperice berinovasi dengan kadar yang jauh lebih pantas daripada persaingan dan saya gembira kerana Lakers merupakan pasukan NBA pertama dalam senarai mereka," kata Anthony Davis, Pelabur Hyperice.

Tentang Hyperice
Hyperice ialah sebuah syarikat Inc. 500 dalam teknologi peningkatan pemulihan dan pergerakan global serta mengkhusus dalam teknologi getaran, perkusi dan haba. Teknologi Hyperice digunakan oleh para atlet paling elit di dunia dalam bilik latihan dan kolej profesional serta kemudahan pemulihan dan kecergasan di seluruh dunia. Hyperice telah menerapkan teknologi dan pengetahuannya ke dalam industri yang merangkumi kecergasan, e-sukan, penjagaan kesihatan, urutan dan kesejahteraan di tempat kerja. Pada bulan Mac 2020 yang lalu, Hyperice telah mengambil alih Normatec, inovator sistem pemampatan dinamik yang canggih dan pada bulan Disember 2020, telah mengambil alih RecoverX iaitu perintis teknologi haba pintar untuk memberikan penyelesaian prestasi dan kesejahteraan bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyperice.com.

Hubungan Media:
Hyperice
Ross Fenton, Perhubungan Awam Jack Taylor
415-722-3489
ross@jacktaylorpr.com 

Los Angeles Lakers
Will Patterson
310-426-6009
wpatterson@la-lakers.com 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441695/lalakers_hyperice_volt_plus.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441696/LALAKERS_Hyperice_logo.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441756/LALAKERS_Hyperice_court_logo.jpg?p=medium600  

Source: Hyperice; Los Angeles Lakers
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Sports Sports Equipment & Accessories Contracts