omniture

Atlas Renewable Energy menduduki tempat teratas sebagai pembangun tenaga bersih bagi PPA korporat di Amerika Latin dan sepuluh teratas di peringkat global

Atlas Renewable Energy
2021-02-23 22:37 105

MIAMI, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Seperti yang dibentangkan oleh Tinjauan Pasaran Tenaga Korporat 1H 2021 Bloomberg NEF yang diterbitkan pada 26 Januari 2020, Atlas Renewable Energy menduduki tempat nombor satu sebagai pemaju tenaga bersih yang menjual tenaga boleh diperbaharui kepada pembeli korporat di Amerika Latin pada tahun 2020 dan menduduki tempat ke-6 di seluruh dunia dengan lebih daripada separuh gigawatt kontrak diberikan kepada syarikat swasta di rantau ini.

Kejayaan ini merangkumi Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) jangka panjang penting yang dimeterai oleh Atlas Renewable Energy dengan Anglo-American, syarikat sumber semula jadi multinasional, yang akan memperoleh tenaga bersih untuk operasinya di Brazil daripada projek Casablanca, loji tenaga solar 349MW milik Atlas Renewable Energy di Minas Gerais. Casablanca merupakan PPA solar bilateral terbesar yang telah dimeterai di Amerika Latin setakat kini.

Di samping itu, Atlas Renewable Energy turut menandatangani satu lagi projek rintis dengan anak syarikat kepada salah sebuah syarikat multinasional petrokimia terbesar Brazil, Dow Chemical. Tenaga untuk projek tersebut akan bersumber dari loji solar Jacaranda milik Atlas Renewable Energy dan akan memberikan tenaga bersih untuk operasi Dow di negeri Bahia di bawah struktur perjanjian baharu yang mengendalikan gangguan solar dan menyediakan tawaran tenaga selama 24 jam dengan menukar lebihan tenaga solar pada waktu siang kepada sumber tenaga bersih lain yang dapat dihasilkan pada waktu malam, seterusnya menampung beban tenaga secara berterusan.

Kedua-dua projek tersebut berada di bawah strategi syarikat-syarikat ini untuk mencapai matlamat kelestarian yang beriltizam tinggi, bertujuan untuk mengurangkan sejumlah besar pelepasan CO2 dan membersihkan matriks tenaga mereka, suatu trend yang diterap dan dilaksanakan di Amerika Latin dengan cepat oleh pengguna tenaga yang besar dalam sektor sumber semula jadi dan kimia. Dan yang penting, kedua-dua projek ini dicirikan secara unik oleh program penglibatan komuniti sosial yang sama-sama mempelopori dan beriltizam tinggi untuk mempromosikan kepelbagaian dan rangkuman.

"Kami amat berbangga dengan perkembangan Atlas Renewable Energy yang dapat mengekalkan penyelesaian tenaga yang dibuat khas untuk pelanggan kami secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi di ruangan ini untuk mengurangkan jejak karbon syarikat dan institusi, di samping mengurangkan bil tenaga mereka." kata Carlos Barrera, Ketua Pegawai Eksekutif Atlas Renewable Energy. "Sektor swasta kini lebih sedar akan keperluan untuk beroperasi secara lestari. Oleh itu, pemerolehan tenaga bersih kini amat penting bagi pengguna tenaga yang besar dan Atlas boleh membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kreatif yang lebih pintar bagi mempercepat penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih."

Menurut laporan Bloomberg NEF yang mengesan trend tenaga bersih korporat, aktiviti PPA Korporat di Amerika Latin pada tahun 2020 berjumlah 1.5GW, yang menyaksikan 1.047MW diperoleh di Brazil, pasaran ekonomi dan tenaga bersih terbesar di rantau ini. Jumlah PPA Brazil hampir dua kali ganda berbanding pada tahun 2019 dan kontrak solar menyumbang hampir 80% daripada pertumbuhan ini, mendorong trend yang kukuh ke arah penggunaan tenaga solar di peringkat serantau.

Dengan perjanjian ini, syarikat-syarikat perlombongan dan kimia yang besar di Brazil telah menguasai landskap perolehan korporat Amerika Latin pada tahun 2020. Pelombong global, Anglo American merupakan pengguna korporat terbesar, berdasarkan laporan Bloomberg, diikuti oleh Dow Chemical, sebuah syarikat multinasional iaitu anak syarikat Brazil yang berpangkalan di AS.

Dengan pencapaian penting ini, Atlas Renewable Energy akan terus membekalkan tenaga bersih kepada pengguna tenaga yang besar di seluruh Amerika pada masa hadapan, mempercepat peralihan ke arah tenaga bersih di rantau ini sambil mempromosikan amalan terbaik dan meningkatkan standard industri.

Tentang Atlas Renewable Energy 

Atlas Renewable Energy ialah sebuah syarikat penjanaan tenaga boleh diperbaharui yang membangun, membina dan mengendalikan projek tenaga boleh diperbaharui dengan kontrak jangka panjang di seluruh Amerika. Portfolio semasa syarikat ialah kontrak projek 2.2GW yang sedang berada di peringkat pembangunan, pembinaan atau operasi dan bermatlamat untuk berkembang dengan tambahan 4GW tenaga pada tahun-tahun akan datang.

Dilancarkan pada awal tahun 2017, Atlas Renewable Energy memiliki satu pasukan berpengalaman dengan rekod prestasi paling lama dalam industri tenaga solar di Amerika Latin. Syarikat ini amat terkenal dengan standardnya yang tinggi dalam projek pembangunan, pembinaan dan operasi berskala besar.

Atlas Renewable Energy ialah sebahagian daripada Energy Fund IV, yang diasaskan oleh Actis, pelabur ekuiti swasta terkemuka dalam sektor tenaga. Pertumbuhan Atlas Renewable Energy memberi tumpuan kepada pasaran dan ekonomi baru muncul yang terkemuka, memanfaatkan pembangunan, pengkomersialan dan penstrukturan pengetahuan yang terbukti untuk mempercepat transformasi ke arah tenaga bersih. Melalui penglibatan secara aktif dengan komuniti dan pihak berkepentingan sebagai teras strategi projeknya, syarikat ini berusaha setiap hari untuk memberikan masa depan yang lebih bersih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Atlas Renewable Energy, sila layari: www.atlasrenewableenergy.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1441896/Atlas_Renewable_Energy_Logo.jpg?p=medium600  

Butiran Perhubungan:
David Chambers +44 (0)75 5788 7405, dchambers@headlandconsultancy.com 


1221 Brickell Ave. Suite 1200
Miami, FL 33131, USA
www.atlasrenewableenergy.com
contacto@atlasren.com,
+1 786 358 5614

Source: Atlas Renewable Energy
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Utilities Awards Survey, Polls & Research