omniture

ENOC membuka Stesen Perkhidmatan Masa Depan di Expo 2020 Dubai

ENOC Group
2021-02-23 23:05 101

DUBAI, UAE, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Kumpulan ENOC, Rakan Kongsi Tenaga Bersepadu Rasmi untuk Expo 2020 Dubai, melancarkan reka bentuk Stesen Perkhidmatan Masa Depan yang inovatif, terletak di tapak Expo 2020. 

ENOC Service Station of the Future
ENOC Service Station of the Future

Selain menyokong keperluan logistik kumpulan Expo 2020 sebelum acara global itu bermula, ia akan memberikan perkhidmatan kepada orang awam di District 2020, sebuah komuniti pintar berteraskan manusia yang akan menjadi warisan fizikal Expo selepas acara selesai pada 31 Mac 2022.

Stesen ini merupakan LEED Platinum yang pertama diperakui di dunia dan yang pertama di rantau ini yang menggabungkan turbin angin dalam grid bagi penjanaan kuasa dan gentian karbon dalam pembinaan kanopi, dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh pokok kebangsaan Emiriah Arab Bersatu iaitu ghaf.

Lebih daripada 43,000 m2/37 tan gentian karbon digunakan untuk membina 133 rangka kanopi berbilang lapisan. Kanopi kusyen etilena tetrafluoroetilena berbentuk daun dilindungi 100 peratus daripada sinaran UV dan kalis kakisan, serta disinari dengan lebih daripada 3,800 modul cahaya LED. Reka bentuk sembilan batang pokok yang menyokong stesen tersebut dibina daripada 22,500 m2 gentian karbon yang lain. Sebanyak 283 panel fotovolta suria menjana 143 MWj tenaga suria setiap tahun dan turbin angin sepanjang 25 meter menghasilkan 12.7 MWj tenaga angin setiap tahun.

Menekankan aspirasi kumpulan untuk 'Pemikiran Semula Tenaga', TYT Saif Humaid Al Falasi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ENOC, berkata: "Peranan kami sebagai Rakan Kongsi Tenaga Bersepadu Rasmi untuk Expo 2020 Dubai memberi kami peluang mempamerkan industri dan negara kami di persada global. Stesen ini menonjolkan lagi penyertaan kami pada acara tersebut. Stesen yang pertama seumpamanya di dunia ini, yang memanfaatkan kuasa boleh diperbaharui, menandakan kemunculan era baharu dalam peruncitan bahan api."

Stesen ini menggunakan teknologi penurasan karbon untuk mengitar semula air buangan bagi pengairan dan mempunyai unit udara boleh diminum menggunakan teknik pengozonan yang menukarkan molekul air daripada udara kepada air minuman untuk kakitangan. Pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan analisis data yang disesuaikan dengan penawaran runcit, menguruskan giliran dan masa menunggu di pekarangan, lantas menambah baik perjalanan pelanggan. 

Pencahayaan pada permukaan pemetaan kenderaan mengarahkan kenderaan ke kawasan bekalan bahan api, serta pintu keluar masuk. Lebih daripada 12 juta cip LED menerangi skrin digital. Demi meningkatkan keselamatan, stesen menggunakan sistem pengurusan dan penolokan bahan api yang canggih, menyediakan pengesanan kebocoran selama 24 jam. 

ENOC merekodkan 400,000 jam tenaga kerja semasa proses pembinaan, dengan sifar masa hilang kecederaan, menunjukkan komitmennya untuk mematuhi amalan terbaik dalam kesihatan, keselamatan dan persekitaran.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1442116/enoc_service_station_of_the_future.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: ENOC Group
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Water Utilities New products/services Trade show news