omniture

Dominica Melancarkan Latihan Pembangunan Profesional Guru bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan di Pulau

CS Global Partners
2021-02-24 17:19 4457

LONDON, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pada minggu lalu, Kementerian Pendidikan Dominica, yang merupakan sebuah negara Komanwel, menamatkan program latihan pembangunan profesional untuk para gurunya. Dengan memberi tumpuan untuk mempertingkat dan mengekalkan standard pendidikan yang tinggi, guru-guru menjalani latihan untuk menerapkan teknologi ke dalam bilik darjah dan mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk populasi pelajar dari Haiti, Sepanyol dan China.

Walaupun dalam suasana pandemik, pendidikan tetap menjadi agenda penting dalam senarai keutamaan kerajaan negara tersebut.  Beberapa tahun kebelakangan ini, Dominica telah melabur sehingga $26 juta dalam sektor pendidikan yang menyumbang kepada pemulihan 15 buah sekolah yang rosak dilanda Taufan Maria dan Program Bimbingan Pendidikan yang menghubungkan 169 orang pelajar dengan para mentor. Dana diperoleh secara langsung daripada Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (Citizenship by Investment, CBI) Dominica, suatu inisiatif yang menggalakkan kewarganegaraan kedua untuk jutawan asing sebaik sahaja mereka membuat pelaburan ke dalam dana kerajaan atau dengan membeli hartanah yang telah diluluskan terlebih awal. 

Ditubuhkan pada tahun 1993, Program CBI Dominica dianggap sebagai laluan terbaik dunia kepada kewarganegaraan kedua dan telah diberi taraf Program terbaik oleh PWM Financial Times selama empat tahun berturut-turut. Mereka yang menjadi warganegara Dominica melalui kaedah ini mendapat akses kepada sebilangan besar destinasi tanpa memerlukan visa dan senarai ini dijangka akan terus berkembang, termasuk hab pendidikan dan perniagaan utama di seluruh dunia. Selain itu, manfaat lain turut merangkumi prospek perniagaan alternatif dan rumah kedua untuk anda dan keluarga.

Warganegara berasaskan ekonomi ini juga diberi akses kepada pendidikan berkualiti tinggi di Dominica dan luar negara. Baru-baru ini, pulau kecil ini membuka sebuah sekolah veterinar canggih yang termasuk dalam senarai institusi American Veterinary Medical Association dan menawarkan pelajar peluang untuk menjalani satu pertiga daripada latihan mereka di Kanada, AS atau UK.  Dalam masa yang sama, gugusan pulau Caribbean ini juga merupakan tempat terletaknya sekolah perubatan berprestij lain yang berkait rapat dengan Amerika Syarikat.  

"Kadar literasi kami di Dominica ialah 96%. Semua kanak-kanak di Dominica mempunyai akses kepada pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi. Kami mempunyai 100% akses kepada ketiga-tiga tahap pendidikan ini di negara kami. Pendidikan di Dominica diberikan percuma kepada semua warganegara kami," seperti yang diterangkan oleh Perdana Menteri Roosevelt Skerrit dalam webinar baru-baru ini.

Sebagai alternatif, Dominica menaja pelajar yang ingin belajar di luar negara, terutama di negara seperti Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Oleh kerana status Dominica dalam Komanwel, warganegaranya turut mendapat manfaat pilihan yang eksklusif seperti mana warganegara di 54 buah negara anggota organisasi tersebut.

"Di UK, warganegara Komanwel layak untuk mendapat pelbagai biasiswa dalam pengajian sarjana dan PhD yang biasanya merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup dan perjalanan," kata Natasha Jones, pembantu undang-undang di CS Global Partners.

+447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel