omniture

Bina Ekosistem Pemesejan 5G Baharu dan Perkasa Ekonomi Baharu Digital

ZTE Corporation
2021-02-24 19:00 319

SHENZHEN, China, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Di MWC Shanghai, ZTE dan GSMA menganjurkan Forum Pemesejan 5G: Membina Ekosistem Pemesejan 5G Baharu dan Memperkasa Ekonomi Baharu Digital. Forum berkenaan menggamit pemimpin-pemimpin industri daripada GSMA, CCSA (China Communications Standards Association), AFCA (Asia Financial Cooperation Association), China UnionPay, Zhejiang Meteorological Service Centre, China Telecom, China Mobile, China Unicom, KDDI Jepun dan operator terkemuka lain dari seluruh dunia, selain vendor Pemesejan 5G yang terkemuka seperti ZTE, Guodu Interconnection, Shanghai Dahantricom Corporation dan Whale Cloud Technology. Lebih daripada 300 eksekutif dan pakar daripada kerajaan, operator dan perusahaan dari serata dunia turut hadir, secara dalam talian mahupun luar talian, untuk berkongsi pengalaman mereka dalam Pemesejan 5G dan meninjau prospek aplikasi mereka.


Pada April tahun lalu, ketiga-tiga operator utama di China bersama-sama menyiarkan kertas putih yang bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan Pemesejan 5G sebagai satu perkhidmatan maklumat dan komunikasi 5G sejagat dengan sokongan berbilang terminal, liputan luas dan pemerkasaan pelbagai industri. Dalam tahun yang sama, GSMA mengeluarkan spesifikasinya yang menunjukkan bahawa Pemesejan 5G harus dimasukkan ke dalam fungsi wajib terminal 5G. Ketika ini, piawaian industri yang berkaitan telah dirumuskan di China.

Wang Xiang, Naib Presiden Kanan (SVP) ZTE, berkata: "Pemesejan 5G berpotensi mempunyai masa depan yang cerah. Bagi membantu memacu ekonomi digital. ZTE berharap agar dapat memberi sokongan penuh kepada operator bagi membina rangkaian Pemesejan 5G dan membangunkan perkhidmatan, memanfaatkan teknologi Pemesejan 5Gnya dan pengalaman komersial. ZTE juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi huluan dan hiliran dalam rantaian industri, termasuk operator, pengeluar terminal, penyedia perkhidmatan dan pengguna perusahaan bagi membina ekosistem aplikasi Pemesejan 5G."

Hari ini, melalui usaha bersama tiga operator Cina yang utama dan rakan kongsi rantaian industri, ekosistem industri Pemesejan 5G telahpun terbentuk. Dari segi aplikasi komersialnya, ketiga-tiga operator utama tersebut, bersama-sama ZTE dan rakan kongsi peralatan rangkaian yang lain, mempromosikan dengan aktif pembinaan platform Pemesejan 5G dan rangkaian tersebut kesemuanya telah memenuhi syarat aplikasi komersial berskala besar. Dari segi aplikasi terminal, lebih daripada 60 terminal daripada pengeluar telefon mudah alih arus perdana telah dikeluarkan bagi menyokong Pemesejan 5G sehingga kini. Dari segi pembinaan ekosistem aplikasi, Pemesejan 5G memperlihatkan sepenuhnya senario aplikasi inovatif yang dapat disepadukan dengan beribu-ribu industri. ZTE menyokong ketiga-tiga operator utama tersebut untuk menjalankan kajian industri, mengadakan pertandingan pembangun dan percubaan komersial serta telah menginkubasikan lebih 300 aplikasi dalam sembilan industri utama seperti kerajaan dan kewangan.

"Dengan mempelajari daripada kes-kes di Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, ketiga-tiga operator tersebut akan berusaha untuk meneroka dengan aktif kerjasama ekologi serta membangun bersama-sama. Mereka akan berusaha untuk memusatkan sumber dan membangunkan sepenuhnya nilai rangkaian yang dinyatakan dalam Hukum Metcalfe, meletakkan asas demi saling hubungan yang lebih baik dan akses yang seragam untuk CSP pada masa depan," kata Zhang Yunyong, anggota CPPCC dan Pengurus Besar Pusat Produk di China Unicom.

Pada masa kini, trend dilihat menuju ke arah ekonomi digital. "Pemesejan 5G memperkasa beribu-ribu industri dan akan menghubungkan langkah terakhir perkhidmatan untuk mendekati pengguna dalam ekonomi digital," kata Wang Quan, Naib Presiden ZTE, dalam satu ucapan dasar. "ZTE komited untuk menjadi pemacu ekonomi digital dan membina saluran pesanan langkah terakhir yang 'paling luas dan paling pantas' untuk pengguna. Penyelesaian platform Pemesejan 5G AnyMessaging ZTE menyokong AnyNetwork (sebarang akses rangkaian), AnyService (sebarang akses aplikasi industri), AnyWhere (sebarang penggunaan persekitaran awan) dan AnyScale (sebarang penggunaan kapasiti)," jelas beliau. "ZTE akan terus membina platform Pemesejan 5G yang terkemuka dalam teknologi dan yang utama dari segi komersial untuk operator. Semua siri telefon mudah alih 5G ZTE yang dilancarkan tahun ini akan menyokong Pemesejan 5G dan platform Pemesejan 5G ZTE menerajui percubaan dan kini bersiap sedia untuk dikomersialkan. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong operator bagi menggalakkan liputan penuh terminal. Bagi mempercepatkan penaiktarafan industri, kami telah melancarkan Openlab 2.0 dan mengeluarkan sistem pensijilan pertama dalam industri ini, memberi cadangan kepada CSP mengenai teknologi, operasi dan latihan Pemesejan 5G. Empat CSP pertama telah memperoleh sijil berkenaan. Kami juga akan bekerjasama dengan China Telecommunication Technology Labs (CTTL) dalam bidang pensijilan Pemesejan 5G," sambung beliau.

Tambahan pula, dengan penaiktarafan era-5G untuk perkhidmatan pesanan ringkas tradisional, Pemesejan 5G telah diiktiraf secara meluas oleh operator global. Wang Quan mengesahkan bahawa "Pemesejan 5G harus membangun seiring dengan skop global bagi membina ekosistem Pemesejan 5G bertaraf global." Di forum berkenaan, ZTE mengumumkan rancangan kerjasama Pemesejan 5G global dan melancarkan inisiatif 'Percubaan 0 CAPEX' yang akan menyediakan operator global dengan percubaan Pemesejan 5G 0 CAPEX berasaskan awan awam. ZTE akan mengundang rakan kongsi rantaian industri global untuk membina ekosistem Pemesejan 5G global dan mempromosikan faedah-faedah perkhidmatan Pemesejan 5G global.

Pada masa akan datang, sebagai aplikasi 5G pertama dalam penggunaan komersial secara besar-besaran yang menyediakan perkhidmatan untuk khalayak awam dan pengguna industri, Pemesejan 5G akan membawa manfaat teknologi 5G dan perkhidmatan digital kepada berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia. Pemesejan 5G mendemonstrasikan konsep "Sains demi Kebaikan", lalu membolehkan semua pengguna menikmati kemudahan daripada perkhidmatan pintar, membawa model baharu ke dalam transformasi digital industri, menyuntik momentum ke dalam pembangunan ekonomi digital dan memperkasakannya dengan ciri-ciri yang selama dan membawa manfaat sejagat.

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news