omniture

Alex Tan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hyva, Marco Mazzù dilantik sebagai Pengerusi

Hyva
2021-02-24 19:09

Trend positif disahkan pada tahun 2020, walaupun berlakunya pandemik COVID-19 

ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hyva, sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian pemuatan dan pemunggahan hidraulik industri perkhidmatan kenderaan dan alam sekitar komersial, melantik Alex Tan sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baharu bermula 1Mac depan. Beliau menggantikan Marco Mazzù yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.

Alex Tan, CEO Hyva
Alex Tan, CEO Hyva

Alex telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Hyva di China pada tahun 2004 dan telah memimpin perniagaan dengan cemerlang, menyelia pertumbuhannya yang pantas sejak awal penubuhan hingga menjadi peneraju pasaran. Beliau dilantik sebagai Ketua Hyva di Asia pada tahun 2011 serta memegang tanggungjawab global untuk perniagaan pengurusan sisa Hyva pada tahun 2015. Beliau berkata: "Saya amat berbesar hati diberi peluang untuk memimpin syarikat yang telah menjadi kehidupan saya selama 21 tahun. Kejayaan Hyva telah dicapai melalui semangat keusahawanan yang kuat serta fokus kami terhadap pelanggan dan kejayaan mereka. Saya berharap dapat mengekalkan kualiti ini walaupun ketika kami mengukuhkan keupayaan dalam inovasi dan pembangunan produk baharu untuk menyokong pelanggan kami secara berkesan bagi menghadapi perkembangan pantas teknologi dan pendigitalan baharu dalam industri kami."

Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Marco Mazzù, akan mengambil alih tugas sebagai Pengerusi. Sebelum menyertai Hyva, beliau telah memegang jawatan kepemimpinan kanan selama 20 tahun dalam industri automotif, kenderaan komersial dan peralatan pertanian di empat benua yang berlainan: "Saya amat berbesar hati kerana telah memimpin pasukan Hyva enam tahun yang lalu dan membantu memantapkan semula kedudukan syarikat dan organisasi global serta proses perniagaan kami. Saya berbangga dengan hasil dan kejayaan hebat yang dicapai oleh syarikat pada masa ini. Saya telah bekerjasama dengan Alex selama enam tahun dan saya percaya beliau akan memimpin Hyva untuk memperoleh pencapaian baharu yang hebat."

Dalam suatu pernyataan, Ahli Lembaga Pengarah Hyva menyatakan: "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Marco atas tugas yang dilakukan dengan baik. Beliau menyertai Hyva ketika syarikat menghadapi masa-masa yang amat mencabar dalam kebanyakan pasaran utama dan sejak itu, beliau telah menyelia peningkatan dalam prestasi operasi dan kewangan syarikat yang luar biasa, yang bertahan hingga tahun 2020 walaupun berlakunya gangguan akibat COVID-19. Kami juga ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Alex atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi. Alex mempunyai rekod prestasi kepemimpinan yang terbukti dalam memacu kecemerlangan. Sebagai orang dalam Hyva, beliau membawa bersama pengetahuan yang mendalam tentang produk, pasaran dan pelanggan kami ke dalam jawatan tersebut. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau."

Syarikat ini mempunyai jejak di seluruh dunia dalam semua pasaran utama, dengan kehadiran yang lama di rantau Asia Pasifik yang berkembang pesat. Hyva menyediakan penyelesaian kepada lebih 20,000 pelanggan dan merupakan peneraju dunia dalam bahagian hadapan silinder berjongket dengan lebih 40% bahagian dalam pasaran global. Syarikat ini beroperasi di lebih 110 buah negara dengan lebih 3,500 orang pekerja di seluruh dunia. Kumpulan ini merangkumi lebih 30 buah anak syarikat di seluruh Eropah, Asia, Amerika dan MEA dengan liputan jualan dan perkhidmatan yang luas serta pangkalan pembuatan lengkap yang terdiri daripada 12 buah kemudahan pengeluaran di Brazil, China, Jerman, India dan Itali. 

Sepanjang tempoh yang mencabar sewaktu pandemik Koronavirus ini, Hyva berjaya melindungi kesihatan pekerjanya dan kekal memberi perkhidmatan kepada pelanggannya di seluruh dunia yang merangkumi empat sektor perniagaan: Penyelesaian Pengjongketan, Kren, Penyelesaian Pengendalian Kontena dan Penyelesaian Pengendalian Sisa.

Sila layari www.hyva.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441194/hyva_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441195/hyva_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441196/Hyva_Logo.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lanjut:
Marcello Laugelli 
marcello.laugelli@omnicomprgroup.com 
+393358438856
 

 

Marco Mazzù, Chairman Hyva
Marco Mazzù, Chairman Hyva

 

 

 

Source: Hyva
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation Personnel announcements