omniture

Algeness® Advanced Aesthetic Technologies, Inc. Terpilih sebagai Finalis Terbaik dalam Pertandingan Inovasi Kesihatan Kulit Terra2 Solution yang Berprestij

Advanced Aesthetic Technologies, Inc.
2021-02-24 23:15

BROOKLINE, Massachusetts, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Advanced Aesthetic Technologies, Inc. (AAT), peneraju dalam teknologi implan gel estetik, dengan bangganya mengumumkan bahawa AAT dan produk terkemuka kami, Algeness® telah dipilih sebagai salah satu daripada dua finalis terbaik dalam Pertandingan Inovasi Kesihatan Kulit Terra2 Solutions, yang dianugerahkan Inovasi Estetik Terbaik dan mendapat tempat kedua keseluruhan dalam acara global yang berprestij ini.

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk melabur dan menyokong pertumbuhan pertandingan kesihatan kulit yang inovatif, Gore Range Capital telah bekerjasama dengan Terra2 Solutions iaitu sebuah kumpulan pemikir global dan DermX Media Group yang merupakan peneraju dalam pendidikan dermatologi untuk menganjurkan Pertandingan Inovasi Kesihatan Kulit Terra2 Solutions. Peringkat akhir pertandingan tersebut telah diadakan semasa Persidangan Dermatologi Klinikal Musim Sejuk Tahunan-Hawaii® (WC21) ke-18 baru-baru ini yang diadakan secara maya pada tahun ini dan telah menarik seramai 3,700 orang peserta.

Doug Abel, Ketua Pegawai Eksekutif AAT, mengulas, "Kami sangat berbesar hati apabila Algeness® dijemput untuk menyertai pertandingan yang berprestij ini dan berasa gembira dipilih sebagai salah satu daripada empat peserta separuh akhir terbaik yang akan membentangkan semasa WC21 serta teruja dianugerahkan sebagai salah satu daripada dua yang terbaik yang dipilih oleh sekumpulan peneraju industri dan pakar perubatan yang sangat dihormati. Pengiktirafan besar daripada bakal pelanggan dan pelabur ini menekankan kelebihan unik teknologi Algeness® sebagai pembeza dalam pasaran pengisi dermal global."

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian telah dijemput untuk membuat pembentangan kepada barisan panel hakim dan penyedia yang pakar dalam bidang dermatologi klinikal, perubatan estetik dan aspek-aspek lain dalam kesihatan kulit serta pemimpin eksekutif farmaseutikal, peranti perubatan, diagnostik dan syarikat IT. Empat peserta separuh akhir termasuk AAT mempersembahkan video mereka kepada seluruh khalayak semasa persidangan tersebut dan dua finalis iaitu AAT dan Mindera Corporation diberi peluang untuk membuat pembentangan secara langsung yang disusuli dengan soalan daripada panel hakim.

"Pasaran pengisi dermal merupakan salah satu segmen yang paling menarik dalam penjagaan kesihatan. Advanced Aesthetic Technologies mempunyai pengetahuan, aset dan keupayaan yang diperlukan untuk membawa produk yang inovatif dan luar biasa ke pasaran ini. Pertandingan Kesihatan Kulit Terra2 Solutions baru-baru ini mengiktiraf Algeness® AAT sebagai finalis antara teknologi paling inovatif dalam perubatan kesihatan kulit di dunia," kata Humberto Antunes, Pengasas Terra2 Solutions, Rakan Kongsi Gore Range dan mantan Ketua Pegawai Operasi global Galderma Laboratories.

Menurut pakar dermatologi yang diperakui ahli lembaga Valerie Callender, MD, FAAD, Callender Dermatology and Cosmetic Center di Glenn Dale, MD, yang merupakan salah seorang hakim pertandingan Terra2 Solutions tersebut, "Ciri-ciri unik Algeness® seperti yang dibentangkan akan menjadi tambahan yang penting kepada pasaran pengisi dermal, memenuhi keperluan suatu produk yang menawarkan keupayaan luar biasa dalam mencapai definisi bentuk dan kontur wajah serta berpotensi untuk mencapai profil keselamatan yang cemerlang."

Algeness® ialah daripada keluarga yang dipatenkan untuk pengisi dermal implan gel boleh disuntik dan boleh diserap semula sepenuhnya yang 100% semula jadi, memberi kelebihan dari segi keselamatan, keremajaan kulit serta hasil yang kelihatan semula jadi pada wajah dalam keadaan rehat mahupun bergerak. Kelebihan klinikal yang biasa termasuk pembengkakan minimum semasa suntikan dan hasil yang dapat dilihat dengan segera. Algeness® memperoleh Tanda CE dan kini diedarkan di lebih 30 buah negara di seluruh dunia. AAT telah memulakan usaha untuk mendapatkan kelulusan FDA AS.

Tentang Pertandingan Inovasi Kesihatan Kulit Terra2 Solutions 

Pertandingan Inovasi Kesihatan Kulit Terra2 Solutions menampilkan syarikat-syarikat yang membangunkan rawatan, keupayaan diagnostik dan teknologi baharu untuk meningkatkan kesihatan kulit kita. Pertandingan ini merupakan peluang kepada para peserta Persidangan Dermatologi Klinikal Musim Sejuk Tahunan-Hawaii® untuk mengetahui tentang penyelesaian baru muncul dalam dermatologi klinikal dan perubatan estetik. https://www.gorerangecapital.com/innovationcompetition

Tentang Advanced Aesthetic Technologies, Inc. 

AAT ialah sebuah syarikat korporat global yang berkembang pesat dan membangunkan teknologi baharu untuk perubatan estetik. Produk utama kami, daripada keluarga implan suntikan iaitu Algeness® merupakan kemuncak penyelidikan saintifik dan klinikal selama lebih 10 tahun dan dibangunkan dengan matlamat untuk menyediakan kemajuan penyuntikan estetik dengan keupayaan untuk mencapai sokongan struktur yang mendalam, definisi yang bersih dan hasil klinikal yang luar biasa yang didapati daripada hasil akhir semasa rawatan. Algeness®ialah pengisi semula jadi dan boleh dibiodegradasi 100% berasaskan pati agarose dengan profil prestasi klinikal dan keselamatan yang luar biasa. AAT melabur secara berterusan dalam penyelidikan dan pengembangan produk untuk memperluas pengetahuan saintifik tentang Algeness® dan agarose serta mendapatkan teknologi baharu dan inovatif bagi meningkatkan perubatan estetik dan memperluas portfolio produk kami. Algeness® memperoleh Tanda CE, mempunyai pelbagai pendaftaran tambahan di peringkat kebangsaan dan kini tersedia di lebih 30 buah negara. AAT sedang dalam proses meneruskan pendaftaran di AS melalui FDA dan juga di China melalui kerjasama dengan Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD (Lanzhou) dan syarikat induk mereka, China National Biotec Group Co., LTD (CNBG). http://www.algeness.com

Tentang Persidangan Dermatologi Klinikal Musim Sejuk

Selama 18 tahun yang lalu, Persidangan Dermatologi Klinikal Musim Sejuk-Hawaii®, sebuah acara Pendidikan Perubatan Berterusan (CME), telah menyediakan kemas kini terapeutik berdasarkan pengalaman sebenar fakulti tersebut kepada para pengamal perubatan yang merangkumi pakar dermatologi, pakar pembedahan dermatologi, residen, felo perubatan, pembantu pakar perubatan dan pengamal kejururawatan. https://fallclinical.health

About Terra2 Solutions

Terra2 Solutions ialah sebuah syarikat pemikir global yang memberi tumpuan terhadap penerokaan dan reka bentuk penyelesaian yang menangani isu-isu penjagaan kesihatan baru muncul yang berbangkit daripada kemajuan kami ke arah Terra2. Dinamik sosial, demografi dan institusi tradisional yang telah mendorong dan mentakrifkan masyarakat sejak 2,500 tahun yang lalu sedang berubah dengan pantas. Gangguan ini didorong oleh perubahan dalam demografi umur dan ekonomi, trend globalisasi dan pendigitalan yang pantas. Pandemik Sars-2-Cov telah mempercepat trend ini dan mewujudkan keperluan yang semakin meningkat untuk model produk, teknologi dan perniagaan yang berpandangan ke hadapan. http://www.terra2solutions.com/

Tentang Gore Range Capital 

Gore Range Capital ialah sebuah firma modal teroka yang melabur dalam perniagaan penjagaan kesihatan peringkat awal dengan fokus terhadap kesihatan kulit. Firma ini menggabungkan pendekatan langsung ekuiti swasta yang difokuskan secara operasi dengan panduan peringkat awal yang diperlukan dalam modal teroka.https://www.gorerangecapital.com/

Sila hubungi: filler@algeness.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1443163/Algeness_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Advanced Aesthetic Technologies, Inc.
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Supplementary Medicine Awards Trade show news