omniture

Hotel dan Restoran Nobu akan dibuka di Elbtower Hamburg, Jerman bersama SIGNA Real Estate

Nobu Hospitality
2021-02-25 01:26

NEW YORK, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup global yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan sukacitanya mengumumkan pengembangan global ke "Pintu Gerbang Dunia," Hamburg, Jerman.

 

"Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan SIGNA dalam membangunkan Hotel Nobu di bandar hebat Hamburg," kata Robert De Niro dan Chef Nobu Matsuhisa, Pengasas Nobu Hospitality.

Hotel dan Restoran Nobu akan terletak di Elbtower iaitu sebuah projek SIGNA Real Estate yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terkemuka di Eropah. Elbtower akan menjadi destinasi pembangunan kegunaan bercampur yang merangkumi ruang pejabat premium serta Hotel dan Restoran Nobu dalam bangunan tertinggi di bandar ini.

Timo Herzberg, Ketua Pegawai Eksekutif SIGNA Real Estate, Jerman, menyatakan, "Kerjasama dengan Nobu Hospitality dalam pelancaran Hotel dan Restoran Nobu Hamburg menekankan pembangunan Elbtower yang menarik sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di Utara Jerman. Hamburg merupakan destinasi yang amat bersesuaian dalam rangkaian Hotel dan Restoran Nobu yang bakal disambut oleh penyewa pejabat Elbtower kami yang berprestij sebagai destinasi paling eksklusif di Hamburg."

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality berkata, "Kami amat berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan SIGNA dalam projek yang unik ini.  Ini merupakan projek pertama dalam perkongsian yang semakin berkembang ini dan kami sedang meneroka destinasi lain bersama SIGNA. Hamburg ialah sebuah pusat ekonomi di Jerman dan merupakan destinasi menarik bagi para pelancong sama ada untuk perniagaan atau bersantai dan amat sesuai dengan pelanggan global kami.  Elbtower sendiri merupakan projek yang amat istimewa yang dirancang sebagai destinasi gaya hidup dinamik bertaraf dunia di Hamburg dengan Hotel dan Restoran Nobu kami sebagai terasnya."

Sebuah bangunan 64 tingkat yang berketinggian 245 meter di tepi Sungai Elbe, Elbtower direka bentuk oleh firma seni bina terkenal, David Chipperfield Architects dan akan melengkapkan pencakar langit bandar dengan fakad melengkung yang menarik. Ia menjadi reka bentuk yang seakan berlawanan dengan dewan konsert Elbphilharmonie yang terkenal dan merupakan penanda pintu masuk ke daerah HafenCity yang berprestij. Elbtower akan menempatkan Hotel dan Restoran Nobu, malahan menara itu sendiri akan dipenuhi ruang pejabat dengan reka bentuk yang fleksibel berserta pemandangan bandar yang menakjubkan, saujana mata memandang. Tingkat bawah, dengan susun atur yang inovatif akan membentuk hab komuniti Elbtower dan memainkan peranan penting dalam meletakkan Elbtower sebagai tempat paling menarik untuk bekerja, tidur, makan dan minum, membeli-belah serta bersosial di Hamburg. Penawaran ini akan merangkumi pelbagai pilihan membeli-belah, restoran dan ruang kerja bersama. Elbtower akan menambah portfolio SIGNA Group tentang pembinaan hartanah eksklusif di lokasi utama bandar-bandar di Eropah.

Hotel Nobu Elbtower, Hamburg akan menawarkan 191 buah bilik tetamu dan suite yang luas, restoran Nobu dengan kapasiti 200 tempat duduk, bar berteres dan ruang istirahat yang bergaya dengan pemandangan Sungai Elbe serta dilengkapi kemudahan kecergasan dan kesejahteraan yang canggih.  Selain daripada restoran dan ruang makan peribadi, hotel ini juga menawarkan ruang acara yang sofistikated untuk perhimpunan korporat dan sosial serta sebuah teres terbuka. Satu lagi keistimewaan ialah keahlian kelab persendirian Nobu untuk komuniti tempatan yang membolehkan ahlinya memanfaatkan ruang istirahat persendirian dengan tawaran makanan dan minuman, akses kepada kemudahan kecergasan dan kesejahteraan hotel serta acara-acara eksklusif untuk ahli sahaja. Nobu merupakan salah satu jenama perhotelan mewah yang terkemuka di dunia dan terkenal dengan masakan Jepun "gaya baharu" yang memenangi anugerah serta tawaran hotel yang luar biasa di lokasi-lokasi paling diidamkan di dunia, dengan perkhidmatan yang mesra, ruang awam yang bertenaga serta reka bentuk semula jadinya.

NOBU BATHROOM
NOBU BATHROOM

 

NOBU HOSPITALITY FOUNDERS
NOBU HOSPITALITY FOUNDERS

 

THE ELBTOWER HAMBURG
THE ELBTOWER HAMBURG

 

NOBU GUEST ROOM
NOBU GUEST ROOM

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1443422/NOBU_Hotel_Hamburg.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443418/nobu_hospitality_bathroom.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443419/nobu_hospitality_founders_robert_de_niro_nobu_matsuhisa_meir_teper.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443420/nobu_hospitality_elbtower.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443421/nobu_hospitality_guest_room.jpg?p=medium600  

 

Source: Nobu Hospitality
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion