omniture

Tinjauan Persekutuan Pergigian Sedunia FDI baharu mendedahkan dua pertiga negara di dunia tidak membenarkan doktor gigi mengendalikan vaksin COVID-19

FDI World Dental Federation
2021-02-25 07:01 65

Tinjauan juga menunjukkan bahawa separuh daripada negara-negara yang memberi maklum balas telah bersetuju untuk menyertakan doktor gigi dalam kumpulan keutamaan vaksin mereka 

GENEVA, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Persekutuan Pergigian Sedunia FDI hari ini menyeru lebih banyak negara membenarkan para doktor gigi mengendalikan vaksin COVID-19 selepas tinjauan dalam kalangan ahli-ahlinya mendedahkan hanya sebilangan kecil negara-negara kini dibenarkan berbuat demikian. Tinjauan ini dijalankan oleh Pasukan Petugas COVID-19 FDI.

Lima puluh tujuh ahli persatuan pergigian kebangsaan dari seluruh dunia mendedahkan bahawa hampir dua pertiga negara tidak memberi kebenaran kepada doktor gigi untuk mengendalikan vaksin COVID-19 sebagai sebahagian daripada pelaksanaan di peringkat negara. Di Eropah, negara-negara yang tidak membenarkan doktor gigi mengendalikan vaksin termasuk Switzerland, Portugal, Austria, Denmark, Slovakia dan Rusia (lihat Jadual 1).

Di Perancis, National Order of Dental Surgeons telah meminta kerajaan membenarkan profesion tersebut menguruskannya, namun masih belum ada kebenaran yang diberikan setakat ini. Perbincangan juga sedang diadakan di Sepanyol, Sweden, Ireland, Australia, Kenya, Hong Kong dan Jerman.

"Kesihatan oral ialah komponen asas keseluruhan kesihatan serta kesejahteraan dan penjagaan kesihatan oral merupakan perkhidmatan awam yang penting," kata Dr Gerhard Konrad Seeberger, Presiden Persekutuan Pergigian Sedunia FDI.

"Usaha perlu dilakukan untuk membolehkan doktor gigi mengendalikan vaksin COVID-19 sekiranya boleh, mengikut undang-undang dan peraturan negara dengan gangguan minimum terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan oral."

Negara-negara yang membenarkan doktor gigi untuk mengendalikan vaksin COVID-19 

Daripada 57 jawapan tinjauan, negara-negara yang memberi kebenaran kepada profesion pergigian untuk mengendalikan vaksin termasuk: Kemboja, Colombia, Mesir, India, Indonesia, Lebanon, Nigeria, Serbia, Slovenia dan United Kingdom (17 peratus) (lihat Jadual 2). Jelas sekali, sesetengah negara ini adalah termasuk negara yang tidak pernah membenarkan doktor gigi untuk mengendalikan vaksin, atau sekurang-kurangnya vaksin influenza sebelum ini.

Di Amerika Syarikat lebih kurang 20 buah negeri pada masa ini membenarkan doktor gigi mengendalikan vaksin COVID-19.

Penyertaan doktor gigi dalam kumpulan keutamaan vaksin 

Tinjauan ini juga mengkaji keutamaan para doktor gigi dalam program pelaksanaan vaksin COVID-19.

Sebanyak 53 peratus daripada negara-negara yang memberi maklum balas dengan menyatakan bahawa doktor gigi akan dimasukkan ke dalam kumpulan keutamaan vaksin (lihat Jadual 2), 12 peratus menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertakan profesion tersebut dan 18 peratus memaklumkan bahawa program vaksin dan kumpulan keutamaan masih dalam perancangan. Negara-negara yang TIDAK menyertakan doktor gigi sebagai kumpulan keutamaan termasuk Kemboja, Colombia, Kazakhstan, Romania, Arab Saudi, Korea Selatan dan Thailand (lihat Jadual 1).

Menjelang Hari Kesihatan Oral Sedunia pada 20 Mac, FDI akan mengeluarkan satu set data baharu tentang kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan doktor gigi di seluruh dunia.

Maklumat lanjut: 

Michael Kessler
Hubungan Media FDI 
Mudah Alih:+ 34 655 792 699
E-mel: michael.kessler@intoon-media.com 
Twitter :@ mickessler

Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI: FDI ialah badan perwakilan utama untuk lebih satu juta doktor gigi di seluruh dunia, dengan wawasan untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. Keahliannya terdiri daripada 200 ahli persatuan kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. www.fdiworlddental.org

Nota kepada Editor: 

Jadual 1 

Negara-negara yang tidak membenarkan doktor gigi mengendalikan vaksin COVID-19 

Negara-negara yang tidak menyertakan doktor gigi ke dalam kumpulan keutamaan vaksin 

Andorra

Kemboja

Austria

Colombia

Burkina Faso

Kazakhstan

Denmark

Romania

Guam

Arab Saudi

Honduras

Korea Selatan

Israel

Thailand

Jepun


Myanmar


Belanda


Portugal


Romania


Rusia


Arab Saudi


Seychelles


Slovakia


Switzerland


Thailand


Turki


 Jadual 2 

Negara-negara yang membenarkan doktor gigi mengendalikan vaksin 

Negara-negara yang mengesahkan penyertaan doktor gigi ke dalam kumpulan keutamaan vaksin 

Kemboja

Australia

Colombia

Austria

Mesir

Kanada

India

Chile

Indonesia

Denmark

Lebanon

Mesir

Nigeria

Georgia

Serbia

Jerman

Slovenia

Greece

United Kingdom

Guam

Amerika Syarikat

Honduras


India


Indonesia


Israel


Jepun


Lebanon


Myanmar


Belanda


Panama


Portugal


Rusia


Serbia


Seychelles


Slovakia


Slovenia


Sepanyol


Sri Lanka


Turki


Ukraine


United Kingdom

Sumber: FDI World Federation Member Survey November 2020-Januari 2021.Tinjauan ini dihantar ke 113 buah negara. 

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Survey, Polls & Research