omniture

Asia's 50 Best Restaurants Menobatkan DeAille Tam sebagai Asia's Best Female Chef 2021

Asia’s 50 Best Restaurants
2021-02-25 15:30 31

SHANGHAI, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- DeAille Tam, ketua tukang masak eksekutif dan pengasas bersama Obscura di Shanghai, telah memenangi anugerah Asia's Best Female Chef 2021 (Ketua Tukang Masak Wanita Terbaik Asia 2021), ditaja oleh Cinco Jotas.

DeAille Tam, executive chef and co-founder of Obscura in Shanghai, has won the title of Asia’s Best Female Chef 2021, sponsored by Cinco Jotas
DeAille Tam, executive chef and co-founder of Obscura in Shanghai, has won the title of Asia’s Best Female Chef 2021, sponsored by Cinco Jotas

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "DeAille Tam ialah seorang ketua tukang masak yang berdaya usaha serta mempunyai bakat kreatif, pendekatan progresif dan pemahaman mendalam tentang tradisi kulinari Cina, yang memberi inspirasi kepada generasi seterusnya."  

Sebelum membuka Obscura di Shanghai, China, Tam dan suaminya – pengasas bersama dan ketua tukang masak, Simon Wong – mengembara selama setahun untuk mengkaji pelbagai jenis masakan dan wilayah di negara ini. Diilhamkan daripada pengembaraan mereka, pasangan ini mencipta menu yang meraikan warisan kulinari Cina dalam konteks kontemporari.

Obscura terletak dalam bangunan tiga tingkat, Tang Xiang Cultural Space di Shanghai yang menempatkan koleksi peribadi khazanah Cina purba. Menerapkan tradisi Cina dalam makanan, wain, teh dan dupa, Obscura menampilkan keanggunan dalam citarasa klasik masakan Cina.

Dilahirkan di Hong Kong, Tam dan keluarganya telah berpindah ke Kanada semasa beliau berumur 10 tahun. Selepas tamat sekolah tinggi, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan. Semasa di universiti, beliau mula berminat dalam bidang masakan dan menamatkan pengajiannya untuk memulakan perjalanan baharu dalam gastronomi. Tam mendaftar dalam program kulinari di George Brown College di Toronto dan memperoleh ijazah pasca siswazah dalam masakan Itali.

Kembali ke Hong Kong pada tahun 2014, Tam mula bekerja di Bo Innovation yang terkemuka di bawah didikan ketua tukang masak Alvin Leung yang terkenal. Dua tahun kemudian, Leung melantik Tam dan Wong sebagai ketua tukang masak eksekutif bersama untuk melancarkan Bo Shanghai di Five on the Bund, sebuah restoran seinduk kepada outlet di Hong Kong. Tam mencapai kecemerlangan sebagai ketua tukang masak wanita pertama di Tanah Besar China yang memperoleh bintang Michelin ketika Bo Shanghai dianugerahkan status tersebut pada tahun 2018.

Ketika menerima penghormatan gelaran Ketua Tukang Masak Wanita Terbaik Asia, Tam berkata: "Anugerah ini menandakan kejayaan besar dalam kerjaya saya. Saya berasa rendah hati kerana ramai pemimpin industri yang saya kagumi telah mengikuti perkembangan saya dalam industri ini. Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mendalami minat mereka."

Pencapaian Tam akan dianugerahkan semasa majlis dalam talian Asia's 50 Best Restaurants 2021, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, pada hari Khamis, 25 Mac, bermula dari jam 4.30 petang (HKT/SG) dan disiarkan kepada penonton global melalui Facebook Asia's 50 Best Restaurants dan saluran YouTube 50 Best Restaurants TV.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1441575/asia_50_best_restaurants.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441574/Asias50Best_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi: CatchOn, A Finn Partners Company, E-mel: asias50best@finnpartners.com, Telefon: +852 2566 8988

Source: Asia’s 50 Best Restaurants
Keywords: Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Awards Survey, Polls & Research