omniture

Hubilo Memperoleh £17 juta untuk Memberi Nafas Baharu kepada Masa Depan Industri Acara

Hubilo
2021-02-25 22:54 1916

- Hubilo telah menyaksikan kadar pertumbuhan sebanyak 10,000% dalam masa kurang daripada 12 bulan semasa berlakunya pandemik Covid-19 ini

- Hubilo berhasrat untuk memiliki ruang pejabat di London dan membina pasukannya di UK serta di seluruh Eropah

- Senarai pelanggan globalnya merangkumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Roche, Informa Markets, Tech in Asia, Fortune, AWS, Siemens

LONDON, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hubilo, sebuah platform acara maya dan hibrid global, telah mengumumkan pelaburan Siri A bernilai £17 juta yang diterajui oleh Lightspeed Venture Partners dan Balderton Capital termasuk beberapa pakar industri dan jutawan seperti John Thompson, Pengerusi Lembaga Pengarah Microsoft dan Chris Schagen, mantan Ketua Pegawai Pemasaran Contentful. Pembiayaan ini diperoleh hanya beberapa bulan setelah memperoleh pusingan permulaan Hubilo bernilai £3.2 juta pada bulan November 2020 yang lalu dan menjadi bukti kepercayaan terhadap visi Hubilo untuk sektor ini.

Tepat setahun yang lalu, Hubilo menyaksikan hasil kewangannya sebagai syarikat acara langsung yang berjaya mula merosot ketika pandemik tersebut menular. Bersandarkan inovasi, Hubilo memberi masa hanya 26 hari untuk membina platform yang baharu sepenuhnya dan bermula daripada asas untuk memenuhi permintaan pelanggan yang didorong oleh pandemik tersebut serta muncul sebagai salah sebuah platform terkemuka untuk acara maya pengalaman, yang meningkatkan hasil kewangannya dari sebulan ke sebulan secara konsisten sebanyak 50% sejak pendaftaran pelanggan berbayar pertamanya pada bulan April 2020 yang lalu.

CMO mengakui bahawa Covid-19 telah merosakkan landskap industri acara buat selama-lamanya. Dari permodalan pasaran bernilai $78 bilion pada tahun 2020, sektor industri acara maya kini dijangka akan berkembang hampir sepuluh kali ganda kepada $774 bilion dalam dekad berikutnya. Sebilangan besar nilai landskap acara fizikal dijangka beralih kepada model penyampaian secara maya dan hibrid baharu buat selama-lamanya. Hubilo mendahului peralihan ini dan merancang untuk membangunkan momentumnya dengan memperluas pasukan penjualannya di seluruh Eropah, memiliki ruang pejabat di London, merekrut pasukan lapangan di UK dan AS serta melabur lebih banyak dalam pasukan produk dan reka bentuk yang berpangkalan di India.

Pembiayaan Siri A juga akan digunakan untuk membantu mempercepat pembangunan platform Hubilo, dengan meningkatkan fokus bagi membolehkan perniagaan membangunkan hubungan yang sah bagi mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan mereka. Dalam beberapa bulan akan datang, Hubilo merancang untuk melancarkan beberapa ciri yang akan membolehkan penglibatan peserta yang lebih kukuh dan peluang menjana pendapatan baharu kepada para penganjur. 

Hubilo telah menganjurkan beberapa acara di platformnya untuk lebih satu juta khalayak - tanpa "keletihan Zoom" yang selalu dialami. Penganjur menyaksikan peningkatan penglibatan khalayak melalui ciri rangkaian terbina dalam yang merangkumi meja mesyuarat, bilik peribadi, jadual mesyuarat dan permainan seperti papan pemarkahan. Penganjur juga amat menyukai integrasi satu klik dengan platform pasaran sedia ada seperti HubSpot, SalesForce dan Marketo yang membolehkan mereka menunjukkan ROI melalui data acara yang disepadukan dengan aliran kerja sedia ada. Integrasi ini memastikan pengetahuan Hubilo yang dipacu data dapat membantu pasukan pemasaran dan penjualan menjadi lebih berkesan dalam usaha berhubung dengan pelanggan mereka. 

"Kami telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa selama beberapa bulan terakhir hasil daripada visi kami untuk meletakkan pengalaman dan kecerdasan bagi mendahului industri acara maya," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hubilo. "Strategi, ciri-ciri produk dan kecerdasan platform kami sedang memperluas peluang pencapaian dalam industri acara dan kami terus memberikan nilai yang lebih besar kepada penganjur, penaja dan pihak berkepentingan lainnya dalam industri acara. Kami teruja untuk mengalu-alukan penyertaan para pelabur ketika kami memulakan fasa seterusnya dalam pengembangan global ini."

Suranga Chandratillake, Rakan Kongsi Utama Balderton Capital, menambah "Kos kewangan dan produktiviti serta perubahan yang melanda industri acara langsung tradisional boleh jadi sangat besar. Walau bagaimanapun, sehingga sekatan pergerakan Covid-19, tiada perubahan yang ditunjukkan disebabkan inersia kolektif kami. Pandemik ini telah menunjukkan bahawa acara maya dan hibrid boleh menjadi semenarik acara fizikal dan jauh lebih murah untuk dianjurkan dan dihadiri, lebih menguntungkan bagi penganjur dan penyumbang serta lebih inklusif untuk khalayak. Hubilo menjadi nadi kepada revolusi cara individu bertemu dan bertukar-tukar idea serta kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka dalam revolusi tersebut."

Pada bulan Mac 2021 akan datang, lebih 4,000 profesional pemasaran, 40 CMO dan 400 profesional industri acara dari seluruh dunia akan berkumpul untuk acara maya Hubilo selama dua hari Restart 2021untuk membina pemahaman kolektif yang lebih mendalam tentang kekuatan acara digital berdasarkan pengalaman dan faedahnya.

Tentang Hubilo: 

Syarikat Teknologi Acara Maya dan Hibrid Hubilo merupakan salah sebuah syarikat SaaS yang berkembang pesat di peringkat global pada masa kini. Hubilo telah menyaksikan kadar pertumbuhan lebih 10,000% dalam masa kurang setahun dan telah memperoleh pembiayaan pusingan permulaan bernilai $4.5 juta dan pusingan siri 'A' bernilai $23.5 juta daripada firma Syarikat Modal Usaha Niaga terkemuka seperti Lightspeed Venture Partners dan Balderton Capital serta beberapa pelabur jutawan terkenal; Hubilo beribu pejabat di San Francisco, AS serta mempunyai pejabat-pejabat di London, UK dan Bengaluru, India dengan pelanggan di Eropah, Amerika Syarikat, APAC, Timur Tengah dan Afrika. Pelanggan Hubilo yang luas merangkumi nama-nama seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Roche, Informa Markets, Tech in Asia, Fortune, AWS, Siemens, Cognizant, Veritas Technologies, GITEX dan beberapa lagi. Diterajui oleh Pengasas, Vaibhav Jain dan Mayank Agarwal, Hubilo membangunkan platform digital paling komprehensif di dunia untuk membantu perniagaan mengukuhkan perhubungan mereka dengan pelanggan serta rakan kongsi mereka melalui acara maya dan hibrid.

Tentang Balderton Capital : 

Balderton Capital ialah sebuah firma modal usaha niaga yang berpangkalan di London yang memberi tumpuan eksklusif kepada menyokong syarikat teknologi terbaik yang ditubuhkan di Eropah. Dalam dua dekad sejak penubuhan kami, kami telah bekerjasama dengan ratusan pengasas Eropah yang luar biasa dan telah mengumpul lapan dana bernilai lebih $3 bilion. Pelaburan yang dikeluarkan sebelum ini seperti Betfair (FTSE: BET), Digital Surgery (Medtronic), Frontier Car Group (OLX Group), Magic Pony (Twitter), NaturalMotion (Zynga), Peakon (Workday), Recorded Future (Insight Partners), Sunrise (Microsoft), Talend (NASDAQ: TLND) dan Yoox Net-a-Porter (BIT: YNAP). Antara portfolio semasa Balderton dengan lebih 90 buah syarikat seperti Aircall, Carwow, Citymapper, Contentful, Darktrace, Depop, GoCardless, Graphcore, Kobalt Music, Nutmeg, Prodigy Finance, Revolut, SOPHiA Genetics, Tessian, THG (LON: THG), VanMoof, Vestiaire Collective, Vivino dan Zego.

 

 

Source: Hubilo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Financing agreements Venture Capital