omniture

Adapdix melantik Jean Lau sebagai Ketua Pegawai Teknikal untuk menerajui pasukan teknologi Edge AI bertaraf dunia

Adapdix Corporation
2021-02-26 01:44 94

PLEASANTON, California, 26 Februari 2021 /PRNewswire/-- Adapdix Corporation, peneraju dalam perisian automasi EdgeOps™, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Jean Lau sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO).

Adapdix appoints Jean Lau as CTO to lead world-class Edge AI technology team
Adapdix appoints Jean Lau as CTO to lead world-class Edge AI technology team

Jean Lau akan mengetuai pasukan teknologi bertaraf dunia Adapdix, memacu seni bina, strategi teknologi dan pembangunan platform EdgeOps™. Sebelum menyertai Adapdix, Lau merupakan seorang Naib Presiden dan Ketua Kejuruteraan di unit perniagaan Software Digital Vantara Hitachi, dengan menggalas tanggungjawab untuk menukar portfolio produk bernilai jutaan dolar kepada model penyampaian perisian sebagai perkhidmatan bagi menyelesaikan cabaran IoT dalam Industri.

Anthony Hill, Ketua Pegawai Eksekutif di Adapdix, berkata, "Jean mempunyai rekod prestasi yang amat mengagumkan selama lebih 25 tahun dalam transformasi digital, kepimpinan, platform pinggir kepada awan, pembangunan aplikasi dan kejuruteraan perisian dalam pelbagai industri. Beliau membawa kemahiran dan pengalaman yang sangat berharga ke dalam pasukan Adapdix yang pelbagai dan sangat sesuai untuk memajukan pembangunan automasi pintar Edge dan perisian kawalan generasi seterusnya."

Platform EdgeOps™ Adaptix merupakan satu-satunya penyelesaian perisian yang menggabungkan analisis kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin (AI/ML) canggih dengan platform berasaskan pinggir yang teragih. Sebagai penyelesaian analitik ramalan pertama berasaskan platform jaringan data industri, Adapdix membolehkan penyelenggaraan adaptif kependaman ultra rendah, yang mengurangkan waktu henti yang tidak dirancang, sambil menyediakan kawalan pintar dengan tindakan pembetulan kendiri.

Lau telah memimpin pasukan pengurusan produk dan kejuruteraan untuk mengubah inisiatif pinggir kepada awan bermula daripada visi hinggalah pelaksanaan pengguna yang berjaya. Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan beliau untuk membimbing strategi produk, visi, GTM, seni bina, model operasi, struktur pasukan dan banyak lagi, yang akhirnya memastikan kejayaan produk tersebut pada perniagaan dan pelanggan.

Dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman kejuruteraan, Lau telah membina minat yang mendalam untuk membangunkan produk dan pasukan kejuruteraan bertaraf dunia dengan menghasilkan produk yang dipercayai dan membolehkan pelanggan mencapai kejayaan. Selama 20 tahun yang lalu, Lau telah memegang peranan kepemimpinan dalam beberapa syarikat terkemuka seperti Sybase, SAP dan GE Digital dengan tanggungjawab untuk menyampaikan Predix Edge ke produk awan dan membantu memacu transformasi digital syarikat.

Tentang Adapdix 

Adapdix menyediakan platform perisian yang inovatif untuk perusahaan yang mengoptimumkan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) yang berada di pinggir. Platform EdgeOps™ yang berpusatkan pelanggan ini memberi peningkatan prestasi yang tiada tandingan kepada masa hidup peralatan, pengurangan rantaian bekalan dan kos logistik serta peningkatan kawalan dan produktiviti untuk pekerja jarak jauh. Ditubuhkan pada tahun 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – sila lihat www.adapdix.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443884/adapdix_corporation_jean_lau_cto.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1359461/ADAPDIX__Logo.jpg?p=medium600

Source: Adapdix Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Data Analytics