omniture

MOTI Lancar Sistem Pod Pintar Baharu Paling Maju MOTI•S Lite

MOTI
2021-02-26 23:30 434

SHENZHEN, China, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Sistem pod ialah e-rokok boleh guna semula yang terdiri daripada satu pod dan satu peranti yang membantu perokok berhenti merokok. Perokok hanya perlu menukar pod, yang lebih menjimatkan berbanding dengan vape pakai buang dan tembakau biasa memandangkan satu pod MOTI·S Lite bersamaan dengan kira-kira 4 kotak rokok.

MOTI New Pod System MOTI·S Lite
MOTI New Pod System MOTI·S Lite

MOTI dikenali sebagai sebuah syarikat e-rokok yang menghasilkan sistem pod dan vape pakai buang dengan pengalaman selama bertahun-tahun dalam industri ini. Setelah kajian dan usaha tanpa henti dijalankan oleh pakar MOTI di dalam makmal. akhirnya MOTI mengeluarkan satu lagi sistem pod mewah – MOTI·S Lite.

MOTI·S Lite telah berjaya dilancarkan di China pada tahun 2020 apabila MOTI·S Lite terjual sebanyak 60,000 kit dalam keluaran pertama. MOTI juga membangunkan secara eksklusif perisa e-cecair yang disediakan untuk pelanggan global. Perisa e-cecair tersebut ialah nanas, kopi susu, limau mandarin dan buah markisa. Kapasiti pod tersebut ialah 1.8mL yang dapat menghasilkan 600 kepulan daripada pilihan nikotin garam 2% atau 5% yang disediakan untuk kawasan yang berbeza. MOTI juga akan mengeluarkan lebih banyak perisa setiap bulan pada masa akan datang.

MOTI mewujudkan rantaian bekalan yang serius bermula daripada penyelidikan dan pengeluaran hinggalah pemasaran dengan menubuhkan kilang miliknya sendiri pada tahun 2019. Kualiti dan pemilihan pembekal bahan berada dalam kawalan ketat. Memandangkan MOTI·S Lite juga direka dengan lebih banyak fungsi dan menggunakan teknik pengisaran CMC bagi mendapatkan palet warna yang pelbagai dengan rasa tangan yang halus buatannya, jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlibat dalam proses pembuatan dengan kecekapan dan standard yang lebih tinggi bagi membolehkan pengeluaran MOTI·S Lite dijayakan.

MOTI·S Lite menggunakan gegelung FEELM yang direka secara eksklusif untuk peranti MOTI·S Lite. Pengabus FEELM membolehkan MOTI·S Lite memberikan perisa yang amat lembut daripada e-cecair yang halus. Biasanya, pengabus mungkin terbakar lantaran pelbagai sebab, seperti menghisap vape terlalu kuat, menghisap vape tanpa henti atau penggunaan vape secara berlebihan. Walau bagaimanapun, kualiti tinggi pod MOTI·S Lite dan penggunaan cip MCU membolehkannya menyokong satu lagi fungsi – mod turbo. Mod turbo akan membolehkan peranti tersebut ditukarkan kepada kuasa watt yang lebih tinggi dan seterusnya membolehkan pengguna menikmati rasa yang lebih kuat dan lebih diperkaya.

Rasa yang konsisten ialah satu perkara yang sentiasa diinginkan pengguna. Namun begitu, kadang kala sukar untuk mengelakkan daripada kehilangan rasa semasa menggunakannya. Dengan adanya pengabus FEELM dan pembinaan pod yang unik, MOTI·S Lite dapat meminimumkan kehilangan rasa bagi memberikan rasa yang sentiasa enak.

Pengalaman pengguna sentiasa menjadi keutamaan MOTI. MOTI menghimpunkan lebih 2 juta data pengguna yang dikumpul di bawah persetujuan agar ia dapat mempelajari tingkah laku dan kecenderungan pelanggan dengan lebih baik. Menurut data tersebut, MOTI menghasilkan lengkung kuasa dan menggunakannya untuk meningkatkan prestasi MOTI·S Lite.

Dengan visi untuk membantu orang ramai mendapat motivasi mereka melalui produk MOTI, MOTI benar-benar yakin dapat membawa pengalaman yang menyenangkan kepada pengguna dengan kehidupan bebas rokok.

Amaran: Sila ambil perhatian bahawa produk ini bukan untuk kanak-kanak yang termasuk dalam golongan bawah umur layak merokok. Produk ini mengandungi nikotin. Nikotin ialah bahan kimia yang menyebabkan ketagihan.

Untuk butiran lanjut: www.motiplanet.cominfo@motiplanet.com 

Source: MOTI
Keywords: Tobacco New products/services MAT (Mature Audience)