omniture

TV Mikro LED 165 inci Boleh Lipat yang Pertama di Dunia - C SEED memperkenalkan M1 yang Mentakrifkan Semula Kemewahan dan Gaya

C SEED ENTERTAINMENT SYSTEMS GMBH
2021-03-01 09:00 39

Mengikuti jejak langkah TV C SEED 201 yang memenangi anugerah, C SEED M1 terbaru kini ditampilkan. Inilah TV LED Mikro 165 inci boleh lipat yang pertama dan merupakan evolusi terbaru dalam teknologi AV mewah 

WIENER NEUDORF, Austria, 1 Mac, 2021 /PRNewswire/ -- C SEED dengan bangganya mempersembahkan M1 yang revolusioner, melambangkan pakej seni terkini dalam teknologi dan reka bentuk TV: Sebuah tiang berbentuk arca yang muncul secara senyap dari lantai, menyingkap paparan TV LED Mikro 4K 165" yang gah dengan kerangka berketepatan tinggi yang diperbuat daripada blok padu aloi aluminium bergred pesawat untuk memberikan pengalaman tontonan TV yang ulung.

CSEEDM1_Tiger2
CSEEDM1_Tiger2

Teknologi LED Mikro 4K menghasilkan warna terang yang mengagumkan dengan resolusi yang sangat menakjubkan. Reka bentuk permukaan skrin khas memaparkan warna hitam gelap yang sangat penting dan tepat yang belum pernah wujud sebelum ini. Selain daripada HDR Tambahan (Julat Dinamik Tinggi) yang ada, Teknologi Penentukuran Jurang Tersuai (AGC) C SEED menjadikan pinggir antara sisi paparan langsung tidak kelihatan.

"Menentukan aras gaya kontemporari yang kemas, bebas daripada beban visual. Dalam suasana masa kini, skrin TV besar yang dipasang di dinding adalah reka bentuk dalaman moden yang ketinggalan zaman," kata Rakan Kongsi Pengurusan C SEED, Alexander Swatek. "Oleh itu, C SEED mengorak langkah yang jauh berbeza lalu menampilkan suatu reka bentuk revolusioner.

Pereka Stefan Pani mencipta reka bentuk bingkai yang pintar lagi meyakinkan dengan sistem pembesar suara bersepadu dan berprestasi tinggi yang muncul dari dasar, tersergam dengan gah di atas tapaknya yang cukup elegan. Fungsinya menyusul daripada penampilan ini dengan visual yang koheren, minimalis lagi mewah disertai regangan yang menarik dan elegan.

M1 meneruskan legasi C SEED dengan lancar yang bermula daripada TV C SEED 201 rekaan Porsche Design Studio yang memenangi anugerah.  Dibina berdasarkan pengalaman hampir sedekad dalam mereka bentuk dan menghasilkan TV mewah untuk kegunaan dalaman, luaran dan marin kelas atasan, C SEED sekali lagi memilih reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi terbaik tanpa kompromi.

C SEED M1 boleh didapati dalam empat warna yang elegan dan pelbagai pilihan bingkai untuk dipadankan dengan semua citarasa, keperluan ruang dan tetapan.

"M1 menyediakan hiburan unik dengan kualiti yang cemerlang tanpa menjejaskan ciri sebuah bilik – satu penyelesaian yang ideal untuk menggabungkan sistem TV yang besar ke dalam reka bentuk dalaman kontemporari yang luas ", ujar Rakan Kongsi Pengurusan C SEED, Alexander Swatek

PAUTAN VIDEO: https://youtu.be/fSfNzsY0LSU

KIT MEDIA C SEED M1: https://www.cseed.tv/en/news-press/press.html

www.cseed.tv 

Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com)

Sila hubungi:
Lea Sepac Basic, Pengurus Pemasaran
C SEED ENTERTAINMENT SYSTEMS GMBH
M +43 676 704 7999
LSB@CSEED.TV 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443145/cseedm1_tiger2.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443146/cseedm1_back.jpg?p=medium600

 

CSEEDM1_Back
CSEEDM1_Back

 

Source: C SEED ENTERTAINMENT SYSTEMS GMBH
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television New products/services