omniture

Lennar Dinobatkan Sebagai Pembina Rumah #1 di Seluruh Dunia dalam Senarai 'Syarikat Paling Dikagumi' 2021 Majalah FORTUNE

Lennar International
2021-03-01 21:21

MIAMI, 1 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Lennar Corporation (NYSE: LEN dan LEN.B), sebuah syarikat pembina rumah terkemuka negara, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai Pembina Rumah #1 Paling Dikagumi dalam senarai Syarikat Paling Dikagumi di Dunia tahun 2021 oleh Majalah FORTUNE.

"Kami berbesar hati kerana dinobatkan sebagai Pembina Rumah #1 di dunia dalam senarai Syarikat Paling Dikagumi di Dunia FORTUNE yang kami percaya menjadi gambaran tentang platform operasi cemerlang kami yang digabungkan dengan strategi teknologi yang komprehensif," kata Stuart Miller, Pengerusi Eksekutif Lennar. "Pengiktirafan ini merupakan bukti kepada usaha dan dedikasi menakjubkan yang ditunjukkan oleh semua Rakan-rakan Bersekutu Lennar dalam menghasilkan rumah berkualiti tinggi sambil memberikan pengalaman pelanggan yang cemerlang dan mencipta nilai untuk para pemegang saham kami. Kami berbangga dapat memupuk persekitaran yang membolehkan Rakan Bersekutu dan Rakan Perdagangan berkembang maju dan berkuasa untuk menyumbang semula kepada komuniti yang kami bina."

Tinjauan tahunan ini yang dijalankan oleh FORTUNE dan Korn Ferry, sebuah firma perundingan organisasi global, diberikan kepada eksekutif, pengarah dan penganalisis kewangan terkemuka untuk mengenal pasti syarikat yang memiliki reputasi tertinggi dalam industri mereka serta di seluruh industri.

Senarai Syarikat Paling Dikagumi di Dunia FORTUNE merupakan sebuah kad laporan sahih tentang reputasi korporat. Korn Ferry telah bekerjasama dengan FORTUNE setiap tahun sejak 1997 untuk mengenal pasti, memilih dan menilai kedudukan Syarikat Paling Dikagumi di Dunia dan menyingkap amalan perniagaan yang menjadikan syarikat-syarikat ini sangat dihormati dalam kalangan rakan-rakan perniagaan mereka. Untuk menyusun kedudukan tersebut, reputasi dan prestasi korporat diukur berdasarkan sembilan ciri-ciri utama: inovasi, pengurusan pekerja, penggunaan aset korporat, tanggungjawab sosial, kualiti pengurusan, kekukuhan kewangan, pelaburan jangka panjang, kualiti produk dan perkhidmatan serta daya saing global.

Senarai Syarikat Paling Dikagumi di Dunia boleh didapati di laman web FORTUNE. Untuk maklumat lanjut tentang cara kedudukan ini ditentukan, sila lihat metodologi penuh pada laman web Korn Ferry

Tentang Lennar 
Lennar Corporation, ditubuhkan pada tahun 1954, merupakan salah sebuah syarikat pembina rumah berkualiti untuk semua generasi, yang terkemuka di negara ini. Lennar membina rumah golongan dewasa yang berpatutan, berdaya maju dan aktif khususnya di bawah jenama Lennar. Segmen Perkhidmatan Kewangan Lennar menyediakan perkhidmatan pembiayaan gadai janji, hak milik dan memuktamadkan urus niaga terutamanya untuk pembeli rumah Lennar melalui LMF Commercial yang menawarkan pinjaman gadai janji bercagar terutamanya oleh syarikat hartanah komersial di seluruh Amerika Syarikat. Segmen Multifamily Lennar merupakan pemaju hartanah sewaan berbilang keluarga yang berkualiti tinggi di seluruh negara. LENX memacu teknologi, inovasi dan pelaburan strategik Lennar. Untuk maklumat lanjut tentang Lennar, sila layari www.lennar.com.

Tentang Korn Ferry 
Korn Ferry ialah sebuah firma perundingan organisasi global. Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk mereka bentuk struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab yang optimum. Kami membantu organisasi mengupah pekerja yang tepat dan memberi nasihat tentang cara untuk memberi ganjaran dan memotivasi tenaga kerja sambil membangunkan para profesional dalam kemajuan dan perjalanan kerjaya mereka. 

Tentang FORTUNE
FORTUNE merupakan peneraju global dalam sektor kewartawanan perniagaan yang terkenal dengan keunggulan aksesnya terhadap para peneraju industri dan pembuat keputusan. Ditubuhkan pada tahun 1930, majalah FORTUNE diedarkan ke seluruh dunia dengan lebih 1 juta naskhah serta jumlah pembaca yang menghampiri 5 juta orang dan merupakan satu-satunya jenama perniagaan yang mengeluarkan edisi Eropah dan Asia, termasuk edisi berbahasa Cina. FORTUNE merupakan induk kepada beberapa francais perniagaan paling kukuh seperti: FORTUNE 500, Best Companies, World's Most Admired Companies, Fastest Growing Companies dan Most Powerful Women. Bahagian Persidangan FORTUNE memperluas misi jenama ke dalam siaran langsung dengan menganjurkan pelbagai persidangan tahunan untuk eksekutif atasan seperti FORTUNE Global Forum (Forum Global FORTUNE) dan Most Powerful Women Summit (Sidang Kemuncak Wanita Paling Berkuasa). FORTUNE boleh didapati dalam talian di fortune.com iaitu laman web khusus untuk perniagaan dan kewangan yang terbesar di dunia.

Source: Lennar International
Related Stocks:
NYSE:LEN NYSE:LEN.B
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Awards