Dua pengambilalihan segera menandakan hasrat tinggi Keyloop untuk mengubah peruncitan automotif
LONDON, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Keyloop, sebuah syarikat pembekal penyelesaian teknologi global terkemuka dalam industri automotif, hari ini mengumumkan pengambilalihan RAPID RTC serta enquiryMAX yang membawa bersamanya pengagregatan, tindak balas, pengurusan pertanyaan dan aplikasi pameran yang terbaik ke dalam portfolio produk Keyloop.
Ini merupakan antara tindakan pertama yang dilakukan oleh Keyloop (dahulunya dikenali sebagai bahagian Antarabangsa CDK Global) sejak diambil alih semalam oleh Francisco Partners. Pengambilalihan ini menunjukkan komitmen Keyloop yang serius untuk membangunkan platform terbuka yang menghubungkan industri peruncitan automotif dan mengubah pengalaman pembelian dan pemilikan kereta kepada yang lebih baik, melalui kerjasama dengan pengedar dan OEM.
Penambahan produk ini akan membolehkan Keyloop meningkatkan penawaran Jualan dan Pemasaran serta membangunkan penyelesaian baharu berkaitan Pengurusan dan Ciri Utama dengan menggabungkan data daripada produk ini dengan Sistem Pengurusan Pengedarnya (Dealer Management Systems, DMS).
RAPID RTC beribu pejabat di Winnipeg, Kanada serta merupakan penyedia Penyelesaian Komunikasi Digital dan Pengurusan Utama (Digital Communication and Lead Management Solutions, LMS) kepada lebih 4,200 lokasi pengedar dan rakan kongsi yang terdiri daripada kebanyakan OEM terkemuka. Glen Demetrioff, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RAPID RTC akan menyertai Keyloop sebagai salah seorang ahli pasukan eksekutifnya.
LMS RAPID RTC membawa keupayaan yang tinggi kepada peruncit automotif termasuk keupayaan untuk mengagregat pertanyaan jualan dari lebih 300 saluran dan mengurus interaksi pelanggan di bilik pameran dengan alat komunikasi digital seperti sembang langsung, media sosial, pesanan teks dan panggilan video.
enquiryMAX beribu pejabat di Leeds, UK dan menyediakan Penyelesaian Pengurusan Bilik Pameran kepada lebih 970 pengedar di UK dan Ireland. Beberapa kumpulan pengedar terbesar di UK dan Ireland merupakan antara pelanggan mereka dan mereka juga merupakan rakan kongsi pilihan kepada beberapa OEM terkemuka.
Penyelesaian bilik pameran enquiryMAX memainkan peranan penting dalam pengurusan pertanyaan pelanggan yang cekap, bermula daripada peringkat awal penjualan, perjanjian, penawaran hingga kepada serahan kenderaan. enquiryMAX telah pun disepadukan dengan sempurna dengan DMS Keyloop dan merupakan rakan kongsi terbesar dalam Program Rakan Kongsinya.
Tom Kilroy, Ketua Pegawai Eksekutif Keyloop mengulas:
"Kami berasa gembira pada hari ini untuk mengalu-alukan kedatangan RAPID RTC dan enquiryMAX iaitu dua buah syarikat penyedia teknologi automotif terkemuka ke dalam keluarga Keyloop. Kami sangat teruja untuk memasukkan produk pengurusan dan bilik pameran utama mereka yang cemerlang ke dalam penawaran pelanggan kami. Gabungan produk-produk ini berserta DMS Keyloop yang terbaik, akan membolehkan kami membangunkan penyelesaian baharu berkaitan ukuran dan ciri utama untuk pelanggan kami.
"Kami juga sangat teruja dapat membuktikan janji kami untuk bergerak pantas dengan sokongan pemilik baharu kami, Francisco Partners.
"Walaupun Keyloop telah mengambil alih RAPID RTC dan enquiryMAX, kami tetap komited untuk mempercepat pembangunan Program Rakan Kongsi Keyloop. Ini akan membolehkan pengedar dan pelanggan OEM kami mendapat kebebasan dalam memilih keperluan untuk teknologi mereka serta sentiasa memanfaatkan faedah tambahan penyepaduan kepada DMS Keyloop."
Glen Demetrioff, Ketua Pegawai Eksekutif RAPID RTC mengulas:
"Ini menjadi satu lagi peristiwa penting kepada RAPID RTC dan ia merupakan salah satu perkara yang membuatkan saya benar-benar teruja. Ia bukan sahaja akan membantu membentuk fasa pertumbuhan seterusnya bagi platform Pengurusan dan Komunikasi Utama RAPID RTC, malah secara kolektif, ia akan turut membuka peluang untuk sesuatu yang saya percaya akan menjadi tawaran produk yang unik dan bertransformasi dalam landskap peruncitan automotif.
"Saya bersyukur dan tidak sabar untuk menyertai Tom dan seluruh pasukan eksekutif di Keyloop sambil kami terus melakukan penskalaan, berinovasi dan menghubungkan industri peruncitan automotif."
Francisco Partners dinasihatkan oleh Paul Hastings LLP, Stikeman Elliott LLP, dan Kirkland & Ellis sebagai penasihat undang-undang serta Alvarez & Marsal's Transaction Advisory Group. UBS Investment Bank bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada RAPID RTC dan Pitblado Law sebagai penasihat undang-undang kepada RAPID RTC sepanjang proses pengambilalihan ini. RAPID RTC merupakan sebuah syarikat portfolio Sageview Capital. RSM Corporate Finance LLP bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada enquiryMAX.
TAMAT
Klik di sini untuk mengakses ruang akhbar maya Keyloop untuk melihat pelbagai aset yang disertakan dengan kisah ini (versi terjemahan akan berada dalam talian sepanjang minggu) termasuk siaran akhbar semasa, soalan lazim, latar belakang media dan logo.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan Perhubungan Awam Keyloop, Flagship Consulting:
Nota Editor
Tentang Keyloop
Misi Keyloop adalah untuk mewujudkan dan menghubungkan teknologi yang memajukan pengalaman pembelian dan pemilikan kereta dengan kerjasama para pengedar dan OEM. Ia merupakan sebuah syarikat penyedia penyelesaian perisian global yang terkemuka dalam industri peruncitan kenderaan dan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 16,000 tapak perniagaan serta kebanyakan pengeluar automotif di lebih 90 buah negara. Beribu pejabat di UK, Keyloop juga beroperasi di seluruh EMEA dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Keyloop.com.
Tentang RAPID RTC
RAPID RTC ialah sebuah syarikat komunikasi digital multinasional yang mengkhusus dalam automotif serta memberi perkhidmatan kepada lebih 4,000 pelanggan peruncitan dan pembuatan. Mereka memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan komunikasi digital perniagaan dan penglibatan pelanggan dengan menghubungkan pembeli dalam talian dengan jurujual dalam masa nyata yang lancar, menggunakan saluran pilihan mereka. Janji jenama mereka adalah untuk memberi nilai kepada pelanggan dan menjadikan pelanggan sebagai keutamaan dalam segala yang mereka lakukan. Melalui gabungan teknologi dan interaksi manusia yang tepat, mereka memastikan pengalaman pelanggan saluran omni yang premium di sepanjang urusan pembelian dalam talian.
Tentang enquiryMax
enquiryMAX ialah penyedia perisian peruncitan automotif terkemuka. Ia bekerjasama rapat dengan pengedar individu, kumpulan pengedar dan pengeluar dengan memanfaatkan sistem Pengurusan Utama Jualan untuk membantu melaksanakan proses jualan yang berstruktur, berdisiplin dan menunjukkan amalan terbaik. Matlamat enquiryMAX adalah untuk terus membangunkan dan menyampaikan penyelesaian perisian automotif yang berkualiti yang akan membawa perubahan kepada perniagaan peruncitan automotif.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1444817/Keyloop_Logo.jpg?p=medium600