omniture

Perniagaan Antarabangsa CDK Global Bertukar Menjadi Keyloop

Keyloop
2021-03-02 19:54 2051

- Sebuah nama baharu, pemilikan baharu, kepimpinan baharu serta komitmen Keyloop terhadap inovasi dinamik 

LONDON, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Today, Francisco Partners (FP) melengkapkan pemerolehannya bagi CDK Global International, pembahagian sebelum ini bagi CDK Global (NASDAQ CDK) untuk $1.45 bilion (https://www.franciscopartners.com/news). CDK Global International kini telah kukuh sebagai perniagaan bebas bernama Keyloop.

Pemerolehan oleh FP, sebuah firma pelaburan global terkemuka yang khusus dalam bidang perniagaan teknologi, meyakini bahawa Keyloop berada pada kedudukan yang unik untuk membantu syarikat yang terlibat dalam sektor automotif, para peniaga dan OEM serta berupaya menangani perubahan besar dalam dekad akan datang apabila mereka mengubah pengalaman peruncitan automotif.

Tom Kilroy menyertai Keyloop dengan serta-merta sebagai CEO baharu. Neil Packham, Ketua Pegawai Eksekutif yang terdahulu bagi CDK Global International, akan terus menyokong perniagaan sebagai penasihat sambil syarikat melangkah ke depan. Tom Kilroy sebelum ini berkhidmat di FP sebagai Rakan Kongsi Operasi. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Finastra; sebuah syarikat teknologi kewangan yang mempunyai lebih 10,000 orang pekerja dengan pendapatan anggaran sebanyak $2 bilion. Beliau membawa bersamanya pengalaman yang luas dalam amalan terbaik perniagaan teknologi global melalui penyediaan perisian misi penting.

Keyloop berhasrat untuk bergerak dengan pantas lagi mantap bagi melaksanakan misinya untuk mengubah pengalaman pembelian dan pemilikan kereta dengan kerjasama para peniaga dan OEM. Pengalaman peruncitan automotif sedang berubah dengan terciptanya kereta terhubung, model peruncitan baharu dan peningkatan dalam penglibatan digital. Keyloop telah bersiap sedia untuk memainkan peranan penting dalam evolusi ini.

Tom Kilroy mengulas tentang pengumuman hari ini:

"Prestasi yang kukuh, sejarah yang mengagumkan dan kakitangan yang pintar merupakan ciri-ciri utama yang menjadikannya sebuah syarikat yang menarik. FP mengambil alih Keyloop bukan sahaja kerana ia menyedari portfolio produk yang hebat yang ia miliki hari ini, tetapi juga potensi untuk inovasi dalam salah satu daripada industri yang amat penting dan berkembang pantas di dunia.

"Kami telah melihat cara pemain teknologi menetapkan standard baharu untuk pengalaman peruncitan digital yang luar biasa. Kini, pengguna automotif mula menuntut perkara yang sama. Ketika para peniaga menarik perhatian dan memberikan perkhidmatan kepada bakal pembeli kereta generasi seterusnya, transformasi digital perlu diutamakan dalam agenda mereka dan Keyloop akan menjadi rakan kongsi yang membantu mereka dan OEM mencapai matlamat ini."

"Kami akan melancarkan syarikat kami sebagai Keyloop dengan matlamat untuk meningkatkan pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan automotif." 

Klik di sini untuk mengakses ruang akhbar maya Keyloop untuk melihat pelbagai aset yang disertakan dengan kisah ini (versi terjemahan akan berada dalam talian sepanjang minggu) termasuk siaran akhbar semasa, soalan lazim, latar belakang media dan logo.

Tentang Keyloop

Misi Keyloop adalah untuk mewujudkan dan menghubungkan teknologi yang memajukan pengalaman pembelian dan pemilikan kereta dengan kerjasama para pengedar dan OEM. Ia merupakan sebuah syarikat penyedia penyelesaian perisian global yang terkemuka dalam industri peruncitan kenderaan dan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 16,000 tapak perniagaan serta kebanyakan pengeluar automotif di lebih 90 buah negara. Beribu pejabat di UK, Keyloop juga beroperasi di seluruh EMEA dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keyloop.com.

Tentang Francisco Partners

Francisco Partners ialah sebuah firma pelaburan global terkemuka yang bekerjasama dengan perniagaan teknologi dan perniagaan didayakan teknologi secara khusus. Sejak pelancarannya lebih 20 tahun yang lalu, Francisco Partners telah melabur dalam lebih 300 buah syarikat teknologi, menjadikannya sebagai salah satu pelabur paling aktif dan paling lama dalam industri teknologi. Dengan lebih $25 bilion aset di bawah pengurusannya, firma ini melabur dalam peluang-peluang yang boleh mempergunakan pengetahuan dan kepakaran operasinya yang mantap, seterusnya membantu syarikat-syarikat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tentang Francisco Partners, sila layari www.franciscopartners.com.

Profil Tom Kilroy

Sebelum menyertai FP, Tom merupakan Ketua Pegawai Operasi Finastra, sebuah syarikat perisian teknologi kewangan yang mempunyai lebih daripada 10,000 orang pekerja, lebih daripada 8,600 orang pelanggan (termasuk 90 daripada 100 buah bank terkenal di dunia) dengan anggaran pendapatan bernilai $2 bilion. Sepanjang sepuluh tahun bersama syarikat tersebut, Tom memegang pelbagai jawatan dan bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan dan keuntungan syarikat. Pada tahun 2017, beliau mengetuai integrasi Misys dan D+H. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim pada tahun 2012, Tom mengetuai misi penswastaan Misys plc dan kemudiannya menjadi orang penting dalam pasukan yang telah mengubah syarikat tersebut kepada syarikat milik persendirian. Sebelum itu, Tom berkhidmat selama lapan tahun di GE Healthcare yang merupakan sebahagian daripada General Electric.

 

Source: Keyloop
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Retail Transportation Acquisitions, mergers, takeovers Personnel announcements